Destinasiku Lombok : The Journey Begin, Gunung Rinjani

Pagi ini bermula cabaran yang sebenar. Cuaca yang baik. Indah pagi ini beri semangat kepada kami. Debaran masih ada.

Hello Rinjani! Selamat pagi

Puncak Rinjani view from Homestay
Dari homestay naik jip setengah jam ke Pejabat Taman Nasional Rinjani untuk daftar masuk. Seronok dapat lihat kiri kanan perkampungan di sini. 
Dalam pejabat ada replika Rinjani. Luas betul Rinjani. Daftarkan diri dulu supaya memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan. Mohon di permudahkan urusan kami sepanjang pendakian.

Selesai urusan di kantor Taman Nasional terus ke rumah potter. Urus beg, warm up dan doa. Upah potter bawak beg. Beg tak lah berat mana tapi ada peluang share bayar potter kita bagi je. Jangan amik risiko. Takpe lah 'invest' skit duit. Nak bawak diri pun belum tentu daya tahannya. Keluar masuk tandas dah lebih tiga kali. Teruk sangat tahap nerves.
8.30 pagi dengan lafaz Bismillah kami mulakan perjalanan. Seperti biasa, awal perjalanan semangat belum luntur. Walau perjalanan tu dah nampak masa hadapan.

Stop 1 : Selepas 1 jam mulakan perjalanan rehat sebentar di sini sambil bergambar.
Perjalanan diteruskan lagi. Mood nak bergambar masih ada. Mana boleh lepaskan peluang. Mana mungkin untuk kembali ke sini semula. Cukup sekali ini. Cantiknya.

Lebih kurang 2 jam trekking kami stop di sini.
Post 1 601m : Di sini kelihatan potter semua buat preparation memasak. Kupas bawang, kupas carrot dan macam-macam. Rehat cuma 10-15 minit sahaja.

 
11 pagi teruskan lagi pendakian. Kalau penat rehatkan diri jangan di paksa. Yang penting tau atur cut off time.
Tiba di Pos 2 ketinggian 1,500m selepas 3 jam trekking. Dari Post 1 ke sini ambil masa dalam 40 minit. Rehat lama sedikit untuk lunch. Penuhkan tenaga sebab dari sini akan mula mendaki tanpa henti. Penat menguasai nafsu makan. Kena paksa juga makan bagi tenaga.
Pemandangan Rinjani tetap terbaik. Melalui padang savana. Pada waktu ini matahari mula terik. Perjalanan terasa makin jauh.
 
4 ptg sampai di sini. Rehat lagi untuk kumpul tenaga didepan adalah Bukit Penyesalan!. 7 bukit harus didaki untuk sampai ke Pelawangan Sembalun, camp site untuk hari pertama. Ini yang terakhir. Mencanak NO BONUS! Lebih kurang ambil masa 2 jam lagi untuk sampai ke camp site.
Seperti tiada kesudahan. Akhir tenaga 20 langkah stop beginilah keadaannya sampai tiada apa lagi nak disesalkan J.
Penampakan puncak Rinjani di sini selepas 1 jam struggle di bukit terakhir. Pada ketinggian lebih kurang 2,000m Post 3. Tiada sesalan lagi. Masih belum boleh nak riang ria, rupanya masih jauh camp site kami. Waktu ini menjerit dalam hati saja. Dari sini ambil masa lagi 1/2-1 jam untuk sampai ke camp site.
Masa mula nampak kawasan ni hati dah rasa riang ria. Tetapi makin jauh berjalan dan melintas khemah orang, tak juga jumpa khemah kami. Malah kawan-kawan yang awal sampai pun tidak kelihatan. Cuba buat lawak..."kita try call dorang, mana khemah kita. Jauh lagi ke". Ha. ha. ha. Hanya Tuhan je tahu perasaan diri ni.
Dan akhirnya dari jauh kawan-kawan dah melambai. Baru aku nak menyumpah korang dah sampai tapi buat senyap. Sampai khemah dan rasa lega teramat. Yang padu dan laju seronok dah dapat berehat lama. Selesai lebih kurang jam 5.30 ptg. Ada lagi yang masih di belakang belum sampai. Syukur sangat. Selesai babak 1. Bersihkan diri dengan segera, selepas jam 6 cuaca dah mula sejuk.
 
Rupanya camp site kami adalah paling hujung dan dekat dengan permulaan untuk summit attack esok.
Subhanallah cantiknya pemandangan disini. Rehat disini pada ketinggian 2700Mdpl. Sunset terindah. Dari sini boleh nampak Gunung Agung Bali.
Behind the scene....
Layanan 1st class kami terima dari Team Uncle Karat ni. Makanan terhidang rapi. Kalau ada yang tak keluar khemah, makanan akan dihantar terus ke khemah. Terima kasih.
Malam menjelma. Hilang penat datang sejuk pula. Satu khemah kami sumbat 4 orang sebab nak kurangkan rasa sejuk. Sangup tido berhimpit asalkan boleh kurang rasa sejuk.
Pemandangan indah Rinjani pasti tidak dilupakan.

Mimpi indah...esok pasti menanti ❤



p/s mita halal guna sumber gambar kawan-kawan.

Destinasiku Lombok : Cabaran Gunung Rinjani

Cabaran mendaki tahun 2015 adalah Gunung Rinjani. Suatu masa dulu Lombok terkenal dgn wanita-wanita Malaysia yang dibawa lari oleh jejaka Lombok. Berdebar pulak rasa nak ke Lombok.

Gunung Rinjani adalah gunung yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Gunung yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3,726m dpl (Sumber : Wikipedia)

Cabaran utama adalah puncak. Sejuk. Cabaran kedua kata mereka 7 Bukit Penyesalan. Tengok la nanti nak rasa sesal kat level mana.


Flight 8:40am AA. Dalam 3 jam akan sampai di lapangan terbang Lombok. Selamat datang!


Kami di jemput oleh 1st group yang dah sampai semlam. Kemain korang berjimba tanpa kami. Selesai urusan di airport maka bermulah misi team Lomboklah kau! Angkutan rasmi kami.


Isi perut dulu di Rumah Makan Cahaya. Dari airport ke sini dalam 1 jam. Perut pun dah mula berdendang.


Kedai makan ni hidangkan Nasi Balap Puyung. Senang cakap Nasi Ayam Penyek. Lumayan makannya. 


Sebelah restoran ada kedai serbaneka so cari jajan dan apa yang patut sebelum teruskan journey ke Homestay. 

Dalam 2 1/2 jam perjalanan bukit bukau dan perkampungan. Ala-ala dari KK ke Kundasang feelnya. Stop di kaki bukit untuk amik mood bergambar. Nah tu puncak gunung. Yang pasti aku dah mula berdebar (penyakit ni memang selalu ada tak kira gunung mana pun).


Selamat sampai di homestay. Selesaikan urusan check in dan sedikit taklimat. This trip di uruskan oleh Uncle Karat dari Karat Adventure. Memang recommended sebab service tip top. Orang berpengalaman. Kita respect.


Gunung rinjani lebih dekat di mata. Aduh makin kencang jantung berdegup. Bawak bertenang. Jangan ditenung lama sangat. Esok itu pasti..


Dinner jam 7:30pm. Menu Nasi Goreng Ayam. Mencari ayam dalam pinggan hanya beberapa ketul ayamnya saje. 


After dinner repack utk next journey. Malam yang dingin. Bulan terang menyambut kedatangan kami. Long journey for today. Pastikan tidur mu lena untuk esok.


Destinasiku Bali : Last Day

Hari ni ada beberapa tempat nak di tuju. Layan bayu laut.

Nusa Dua Beach. Mandi manda.


Lunch di Rumah Makan Rindu Rasa. Menu makanan padang. Nama kedai pun special je bunyinya. Boleh tahan sedap juga.


Lanjut ke Dreamland. Untuk masuk dalam Dreamland kena bayar harga lain. Kami memang tak nak pegi, jadilah di tepi je. Sama je air laut. Cuma pemandangan berbeza.


Last tempat nak layan sunset di Uluwatu. My fav view. Kalau ada extra budget boleh ke Jimbaran Bay makan fresh seafood sambil layan sunset. Honeymoon best la berduan dengan kekanda/dinda kan. Dapat tengok luasnya lautan Subhanallah...


Tapi hari cuaca mendung jadi sunset tak berapa sangat. Still syukur dengan indah ciptaanNya.


Biar mata sahaja yang berkata-kata


Tour hari ni semua pandang ke laut. Boleh la dengan harga yang kami bayar. Puas hati tengok keindahan laut di sini.

Last day..Esok free and easy. Flight malam. Thank you Bali.

Destinasiku Acheh : Selamat Datang

Menghayati kesan Tsunami. Tak pernah pula terlintas untuk ke Acheh. Ikut rombongan Ustaz dan di bantu oleh 2 orang ustaz dari sebuah madrasah di Acheh. Trip ini dedikasi untuk Bonda. Harga pakej RM1350 all in. Telah ku jangkakan rombongan orang-orang pencen. Tapi sangat sporting pakcik dan makcik ni.

Hari pertama di Acheh, dari Airport terus ke Restoran untuk sarapan tapi singgah di KUBURAN MASSAL SIRON bersemadinya 46.718 korban jiwa Tsunami. Sedekahkan fatihah buat mereka.



Sarapan pagi di taja oleh Restoran Ring Road Coffee. Sedap juga menu sarapan pagi ni..


Menu air pelbagai.


Makan lontong dan kuih muih tempatan




Check in hotel dan rehat sebentar. Besar juga biliknya untuk 3 org. Hotel kategori 3 stars. Tak kisah brapa star pun asalkan lena tidur itu penting.



Selesai urusan check in, rombongan ke Muzium Acheh. Belajar skit tentang budaya dan adat resam Acheh. Lebih kurang budaya Melayu. 




Solat Zohor di Masjid Baiturrahman satu-satunya masjid yang terselamat di bandar Acheh selepas Tsunami. Ambil iktibar atas kejadian. Cantik senibina. Putih berseri.




Ke Muzium Tsunami tidak jauh dari masjid. Muzium di bina sempena memperingati peristiwa Tsunami. Besar juga. Menonton video tayangan tsunami. Tiada apa sangat di sini mungkin sebab baru dibina. Yang menarik laluan masuk dinding air seolah2 merasai kejadian tsunami. Bentuk muzium ni berupa sebuah kapal. Nama-nama mangsa korban terpahat dinding. 


Lunch kami di taja oleh Warung Hasan. Ayam kampung goreng, panas-panas,  sedap sangat dan lembut. Lauk-pauk memang kena dengan tekak kami. Lauk kampung. Terbaik!



Untuk solat Asar kami ke Masjid Rahmahtullah agak jauh sedikit dari bandar. Di sini pun ada cerita Tsunami. Seronok tengok waktu petang kanak-kanak di sini mula berkumpul untuk belajar ngaji. Subhanallah…bantu kami untuk sentiasa ingat padaMu.




Akhir sekali aktiviti hari pertama sebelum masuk waktu Maghrib, kami lepak di tepi pantai Ulee Lheuh (sebutan Ulele). Sambil makan local food dan tunggu sunset. Kenyang makan bakso goreng, semua celup tepung dan goreng. Sambil tu dengar kisah hidup ustaz. Layan…




Malam menjelma, solat Maghrib di Masjid Baiturrahim tak jauh dari tempat kami melepak tadi. Masjid tepi laut tapi tetap selamat dan menyelamatkan beberapa orang penduduk di situ. Maha kuasa Allah.


Sebelum balik hotel makan malam di restoran sebelah restoran pagi tadi. Makan ayam goreng kampung.  Masih kenyang. Makan petang tadi masih berbaki dalam perut belum habis hadam.

Kebanyakkan waktu kami tunaikan solat di masjid-masjid yang selamat dari arus Tsunami. Mendengar cerita dari penduduk setempat. Pengalaman mereka. Menyentuh hati.

Rest. Jadual pack. Puas hati

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...