Selepas gunung Indonesia dan Philiphine, kali ini target Vietnam pula.
Mengintai peluang yang ada. Survey khidmat local guide. Pada mula memang was-was risau kalau scam, kena tipu. Tapi alhamdulillah, agent ni memang terbaik.
Pada asal perancangan kami nak cross country, memandangkan ada antara kami cuti terhad keputusan kami hanya mendaki gunung dan sekitar Hanoi sahaja. Hanoi banyak tempat menarik tapi perjalanan jauh antara satu destinasi.
Fansipan adalah puncak tertinggi di Indochina dengan ketinggian 3143M. Trek Fansipan boleh dikatakan mencabar juga.
PAKEJ FANSIPAN
Kami gunakan khidmat dari Vietnam Vnomadtrails http://www.vietnamnomadtrails.com/ . Package Rate bergantung pada bilangan peserta. Untuk 6 orang (seorang tarik diri last minute) kami bayar 84usd/pax (lebih kurang RM360 ikut currency semasa) selama 2 hari.
Include:
1/ English guide,
2/ Meals( 2 lunches , 1 diner, 2 breakfasts ) ,
3/ 1,5 litres of water/pax/day,
4/ Transport,
5/ Room for shower and leave your luggages in there,
6/ Porters,( the porters will cary only the equipement for the trek( Cook, food, sleeping bags, water…, if you would like to hire a porter to cary your personal bags/luggages, you will pay 25$ / 1porter/ day).
7/ Entrance fee, permits
8/ First aid kits bag.
9/ Accommodations: Camping, sleeping bag.
Not include:
1/Personal purchases
2/ insurance,
3/ Personal expenses
4/ Train/bus tickets (Hanoi-Laocai-Hanoi) - Agent tolong arrange belikan tiket train.
Day 1: Sapa-Fansipan trek (6-7h of trekking)
The fansipan trek around 8h30 am. The driver will take you to the Tram Tom Pass, the starting point for the ascent of Mount Fansipan. You‘ll pass through forests of pine, bamboo along different streams. After picnic lunch, you continues our adventure trek on a ridge to the summit. You‘ll have time to admire the variety of the vegetation. Arriving at base camp in the late afternoon. Dinner -and sharing the Fansipan adventure experience, overnight at 2800 m.
Day 2: Fansipan trek-Sapa (6-7h of trekking)
Enjoy the breakfast, then we start this special Sapa trek crossing bamboo forests before reaching the summit where the vegetation is a little more rare. At the top, you could finally celebrate your victory over the roof of Indochina. Great views over the valleys of Sapa and Lai Chau. You can even see the high mountains of Yunan Province of China. Picnic lunch and then down the neck of Tom Tram where the car will be waiting to take you back to Sapa
Hari Pertama - Mendaki ke Camp Site
Pendakian pada 16 September. Hujan masih turun. Fansipan ada tiga trail Tram Ton, Sin Chai dan Cat Cat. Bermula di Tram Ton di national park entrance gate. Kebanyakkan group ikut trail ini sebab mudah sedikit berbanding yang lain. Pada laluan ini kami akan bermalam di campsite pada ketinggian 2,800m.
Fansipan boleh DIY tapi kami prefer local guide. Secara tak langsung kita beri sedikit pendapatan kepada mereka. Fansipan sekarang dah ada cable car, boleh sampai puncak guna cable car. Pendapatan yang guider terima tidak setimpal dengan penat mereka.
Happy sokmo bersama guider yang sentiasa murah dengan senyuman. Hari masih hujan. Perjalanan kami bertemankan hujan hari ini. Mudahan esok hari cerah.
Guide offer tongkat. Dia buatkan guna buluh yang ada dalam hutan. Rezeki tak tolak. Terima seadanya. Tongkat membantu juga nanti. Ada keperluan.
Akhirnya sampai di kawasan rehat dan lunch. Kulit tangan dan kaki dah mengecut. Sejuk jangan disebut. Rehat-rehat dan makan. Dari sini akan mula mendaki. Penuhkan tenaga sebaik mungkin.
Agak menarik menu hari ini. Ditambah dengan bekalan sendiri. Makan secukupnya. Tiada apa yang nak complaint. Layanan yang baik dan pantas. Tak tunggu lama untuk dapatkan makanan.
Perjalanan diteruskan. Perlu sampai di campsite selewatnya jam 5 petang. Bila dan mula menaik sahaja mood terganggu. Berhenti dan ambil mood. Masih tiada view. Dalam kebaasahan mengharapkan segera sampai di camp site.
Ada juga tempat yang bahaya sedikit. Batuan licin dan kerikil. Hujan dah reda sedikit. Cuaca ada kalanya sejuk mengigit kulit.
Dan akhirnya sampai camp site. Camp site ni berupa bilik-bilik yang dipisahkan dengan dinding kayu sahaja. Dengan pantas menukar pakaian kering sebab hari dah makin sejuk dan untuk tunaikan solat sebelum makan malam. Bilik air berkongsi dan macam biasa kurang menyenangkan. Di tepi luar camp site ada laluan air mengalir, jadi disitulah guna untuk berus gigi, cuci muka dan ambil wuduk.
Tak lama untuk tunggu makan malam. Terkejut bila lihat apa yang dihidangkan. Meriah dan yang paling kelakar semua berunsurkan sayur. Mentang-mentang mintak vege. Dah deal awal-awal dan explain pada agent tentang keadaan kami as muslim and what we can't eat. Alhamdulillah sedap semua tu.
Tidur malam selenanya....
Hari Kedua - Summit Attack
Jam 3 pagi perlu bersiap dan mulakan perjalanan ke puncak. Pagi ni disajikan dengan menu panas. Menarik juga tapi awal pagi begini sukar sikit untuk menikmati makanan sepuasnya. Hidangan sup dan mee. Semua barang peribadi tidak boleh ditinggalkan di camp site. Angkut beg ke puncak.
Cuaca masih gelap dan berkabus. Agak kecewa sedikit tapi itu semua punya keistimewaan tersendiri. Pada diri masing-masing untuk menilai. Kadang kala rehat sebentar hilangkan rasa mengantuk dan penat.
7 pagi masih di bawah dan puncak masih jauh. Tiba-tiba jendela dunia terbuka. Terbentang sebuah keindahan.
Dari sini masih sayup-sayup puncak. Mulalah malas. Rasa nak lepak sini layan pemandangan. Guider dah hint minta cepat-cepat. Tunggu kejap, awan tu favourite ku. Nak tatap sepuasnya.
Perlu naik anak tangga yang banyak untuk sampai puncak. 7:50 pagi jejak kaki di puncak. Sedikit kecewa sebab disini telah ada pembangunan untuk tempat pelancong hadir. Tiada lagi nilai asal sebuah puncak Fansipan. Semua dah komersial. Apa pun officially Fansipan selamat kami tawan. Masih tiada view. Kabus tebal. Enjoy dengan cara sendiri.
Hari Kedua - Turun dan kembali ke Hanoi
Sewaktu turun operasi cable car dah mula. Mujur kami cepat bergerak, tidaklah bertembung dengan kumpulan pelancong.
Masih perlu berhati-hati kerana cuaca masih berkabus dan penglihatan kurang jelas. Pagi tadi lalu sini tak nampak apa-apa sebab gelap. Menikmati keindahan.
Alhamdulillah cuaca semakin baik dan akhirnya dapat lihat view yang cantik. Barulah jelas laluan naik semalam. Aduh cantik dan sungguh puas hati.
Sepanjang turun bergembira. Meredah sungai sekali lagi. Langit biru. Lihat flora dan fauna. Seronok.
Tiba di pos pendaftaran dalam jam 4 ptg. Tunggu guider uruskan sijil dan medal. Untuk disimpan kenangan. Happy macam menang medal emas sukan olimpik.
Kami kembali semula ke Sapa bersihkan diri dan bertolak ke Lao Chai untuk menaiki keretapi jam 9 malam. Tak dapat nak bergambar di paddy terrace. Dapat snap beberapa pemandangan dari dalam bus je.
Malam itu kami tiba di stesen keretapi Lao Chai jam 8. Bus drop kami depan restoran. Pandai ye. Kebetulan nampak ada tanda wifi, jadi untuk dapat wifi percuma kami beli 3 bungkus nasi putih untuk makan malam.
Di station nampak ramai tourist. Cuba bertanya di information kaunter mengenai train tapi hampa tiada jawapan. Jadi kami tunggu sahaja. Risau juga terlepas. Pengumuman pun dalam bahasa ibunda. Bila dah sampai waktu train, kelam kabut juga bertanya sana sini adakah train yang sampai tu akan ke Hanoi.
Akhirnya berjaya naik tren. Makan malam dan tidur. Rehatkan diri sebaik mungkin. Hilangkan penat hiking. Fansipan tidak mengecewakan. Kepada yang berminat boleh cuba tour agent ni. Servis puas hati.
Selamat tinggal Sapa. Kembali ke Hanoi.
No comments:
Post a Comment