Destinasiku Vietnam : Hanoi dan Halong Bay

HELLO HANOI !


Tujuan ke Hanoi nak daki Gunung Fansipan. Hanoi dan Fansipan 6 hari 5 malam. Di Hanoi untuk 4 hari dan mendaki 2 hari.

Flight KUL-HAN flight pertama jam 6:35 pagi. Harga tiket return RM464.30. Selamat tiba di Noi Bai International Airport jam 8:50 pagi. Urusan imigresen lancar.


Dari Hanoi airport ke city kami ambil public transport. Ikut guideline dari Hostel kami boleh naik Bus tapi masa keluar airport, dah ada yang approach jadi kami pun naik lah coach dan harga juga masih dalam budget. Perjalanan ambil masa satu jam. 

Sepatutnya kami perlu turun di Le Duan dan cuma perlu berjalan 8 minit (800m) ke hostel. Seperti biasa  communication always breakdown dan driver drop kat depan hotel sekitar Old Quarter.  Terpinga kejap. Minta bantuan dari pekerja hotel dan dengan baiknya dia bagi city map. Boleh tahan jauh walking distance dari sini tapi seronok dapatlah lihat culture dan lifestyle local. Berbeza sedikit suasana dan cuaca disini berbanding HCM. Rasa lebih prefer Hanoi dari HCM.

no internet, no gps..just map and people to guide our direction


Penginapan

Soft Pillow Hostel - Located in Hoan Kiem, this hostel is within a 10-minute walk of Hang Da Market, Hoa Lo Prison Museum and Hanoi War Museum. Hoan Kiem Lake and St. Joseph's Cathedral are also within 15 minutes. Hanoi Railway Station is 9 minutes by foot and Hanoi Long Bien Station is 19 minutes.

Pilih di sini sebab harga murah dan dekat dengan Railway. Jimat masa dan senang untuk carry backpack yang berat. Dekat dengan Hang Da Market yang popular kat Hanoi. Tinggalkan beg sementara tunggu check in time.

Sumber google
Gambar sumber Google

Ada rooftop boleh lepak makan dan minum. Boleh layan suasana malam.



Aktiviti hari ini jalan-jalan sekitar city, cari local coffee, window shopping. Untuk permulaan misi penting mencari makanan halal. Perut yang lapar boleh buat gaduh. 

Misi pertama mencari halal food. Alhamdulillah jumpa juga masjid dan restoran. Tidak jauh dari hostel. Solat dan tapau nasi untuk dinner. Selesai. Restoran ni kecil je tapi makanan kena dengan tekak masing-masing. Semua pun puas hati.



antara menu yang ada. Sedap dan kenyang.

Misi kedua jalan-jalan sekitar Old Quarter. Seronok banyak kedai. Rambang mata dibuatnya. Melintas jalan yang best. Bersimpang siur kenderaan. Yang dah biasa ke HCM sini sama je culture jalanrayanya.




Misi ketiga merasa local coffee. Kalau boleh jangan ke cafe hipster, cari cafe klasik. Jalan je memang banyak di sana sini cafe.


Ada pelbagai jenis coffee. Tapi kali ini aku nak cuba Vietnamese Egg Coffee (Cà Phê Trứng). Hilang dahaga. Kawan aku kata rasa coffee ni macam kuih bahulu. Kena cuba baru tau. Sedap segalanya tentang kopi disini.



Misi terakhir adalah window shopping. Survey harga. Window je dulu sebab kami ada 2 hari lagi di Hanoi selepas balik dari mendaki. Boleh dah siapkan budget.


Petang dah mula hujan. Balik ke hostel rehatkan diri sambil layan movie. Free wifi kan. Hujan tak menunjukkan akan reda. Makin lebat. Nampaknya malam ini berjalan kaki ke Railway meredah hujan.


Selamat tinggal Hanoi. Jumpa dua hari lagi...


HELLO HALONG BAY !

Kembali ke Hanoi selepas misi mendaki selesai dengan jayanya. Pakej ke Ha Long Bay telah diurus pada hari pertama di Hanoi. Deal terus dengan hostel. Subuh kami kembali ke hostel yang sama. Bersihkan diri dan bersiap untuk ke Halong Bay. Sementara menunggu, hantar baju untuk dobi. Semua serahkan kepada pihak hostel. Dengan budget yang ada kami ambil day tours sahaja.

Itinerary
Stop At:   Tours Bus starts picking up all in Old Quarter area from 8:45-9:15am. Passing by Hanoi Opera House around 9:20am to pick up the other who is not staying in Old Quarter area. After pick-up, you will depart for Halong Bay. The drive to Halong Bay is approximately a 2.5-hour journey. Along the way relax and enjoy the stunning scenery of the peaceful villages, farm workers in their green fields, herding their water buffalo and trading garden herbs by the side of the road. You'll make a rest stop at a halfway point before continuing to Halong Bay. 
Duration: 15 minutes 
Admission Ticket Free 

Art and gift shop. Jika berminat untuk beli craft. Kagum dengan hasil seni halus

Stop At:   Tuan Chau Island At 12:15pm-12:30pm, Bus arrival at Tuan Chau international port. Duration: 15 minutes 
Admission Ticket Free 

Sumber Google

Stop At:   Halong Bay Arriving in Halong Bay, board your traditional wooden junk for your day cruise on the bay. Sailing around the stunning natural wonders of Halong Bay with thousands of gorgeous limestone cliffs jutting from its calm jade waters (such as: Dog Rock, Incense Burner, Fighting Checking islet...). the UNESCO World Heritage site offers spectacular scenery for a relaxing excursion. 
Duration: 4 hours  
Admission Ticket Included 



Stop At:   Dong Thien Cung. While on board, you will be served set menu lunch with plenty of seafood dishes. After lunch, enjoy stops to explore 2 water caves at Ba Hang Floating village for kayaking or bamboo boat activities. Then continue cruising to Dau Go island for hiking to Thien Cung (Heavenly Cave) with your experienced guide during an hours Duration: 45 minutes Admission Ticket Included

Hidangan menu seafood yang superb. Kenyang sebab kelaparan. Cabin pun selesa dan bersih.


Dah kenyang, berkayak dalam 15 minit. Relax je dalam sampan nanti ada pekerja yang mendayung. Bagi lah tips ikhlas. Dia offer ambil gambar, ikut je la dia suruh posing macam mana pun.





Dah berpanasan di laut, hiking masuk gua pula.



Pemandangan dari atas gua. Tinggi juga gua ni


Stop At:   Hon Ga Choi Island. Passing by the symbol of Halong Bay - Fighting chicken before reaching Tuan Chau port. Get on the bus around 4:45pm. Driving to Hanoi. Arrival Hanoi center around 7:00pm Finish tour around 7:30pm-8:00pm 
Duration: 15 minutes 
Admission Ticket Included

Tamat tour Halong Bay. Sepanjang balik ke Hanoi Qada tidur. Keletihan. Ada berbaki 2 hari di Hanoi sebelum pulang ke Malaysia. 

Keesokkan hari aktiviti kami shopping dan flight hari terakhir jam 3:30 ptg. Banyak masa dihabiskan di Old Quarter jalan-jalan, ambil peluang breakfast Vietnam Pho. Banyak restoran halal dan kami pilih D'Lion. Sedap masakan disini. Kebetulan restoran tu buat promo yang lahir bulan September akan dapat 20% dari total bil. Ada 2 orang dalam group yang sama bulan lahir. Rezeki.

Ambil kesempatan jalan sepuasnya sekitar Old Quarter. Masuk lorong-lorong kedai. Menarik dengan senibina zaman lama. Balik hostel solat dan lunch kemudian kembali berjalan sampai malam. Share lebih sikit gambar sekitar Old Quarter.







Terima kasih kawan-kawan sekali lagi untuk trip yang awsome. Entah bila kita dapat bersama macam ni lagi. Hanoi best tak rugi ke sini. Ada peluang pegi lah bergambar di jalan keretapi yang lalu celah rumah-rumah. Klasik.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...