Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Destinasiku Korea : Last Day

Untuk last day di sini kami rehat2 sahaja. Flite lewat petang So pagi jalan2 sekitar kawasan perumahan, minum coffee for the last time here.

Trip santai kali ni. Actually banyak tempat lain yang menarik boleh di explore. Kami pilih apa yang kami dah budget kan. 

Seoul tempat yang masih selamat dan aman untuk datang. Jadi jangan risau. Di Korea banyak juga Masjid atau Islamic Centre. Ada lebih kurang dalam 13 masjid. Busan and Jeju pun ada. Overall kami dah puas hati dengan trip ni. Yang penting dah sampai KOREA. Yeay! 

Selesai lah destinasi kali ini dengan bantuan sahabat yang menetap di Korea segalanya mudah bagi kami sepanjang berada di sini.


Ke airport naik bus. Senang juga dari rumah kawan jalan kaki je ke tempat bas. Tapi boleh tahan jalan kaki nya lah.

안녕히계세요 [an-nyeong-hi gye-se-yo]

Destinasiku Korea: Shopping Area

For the past three days dah explore serba sedikit tempat yang menarik di Korea. Alhamdulillah. So 4th day its time for shopping. Souvenir penting ni. Ada beberapa spot place yang biasa akan di jengah untuk cari barang. Bestnya...Sebelum pergi jangan lupa amik tahu business info each place. Jom start cuci mata.

* Namdaemun Market - subway line 4, Hoehyeon St., exit 5/7.

Open air market. Apa sahaja yang nak ada sini. Pakaian, kasut, house ware, flowers, tools, wigs, glasses dan pelbagai accessories. Di sini kebanyakkan orang malaysia beli brooch. Orang kata. Kami pon terjebak jugak beli. Orang perempuan rambang mata, cepat je membeli. Kalau tak di tahan nafsu bankrap. Paling suke tengok boot "pua choo kang" pelbagai design dan payung.




Kalau lapar nak alas perut cari kiosk kebab halal  berdekatan station area sini. Harga sebiji dalam KRW3,000-4,000. Sedap pedas kenyang seketika.

* Myeong-Dong - subway line 4, Myeong-dong St., exit 8 or line 2, Euljiro 1(il)-ga St. exit 5

Kota fesyen. Kedai-kedai di sini jual baju, handbags, accessories dan cosmetic. Tak kira malam atau siang tempat ni penuh dengan young people yang gilakan fesyen. Best jugak rounding sini. Beli bag kat sini ok jugak. Tak dapat nak ambil banyak picture sebab sibuk belek sana sini. Masuk keluar kedai. Happening lah kat sini.


* Insa-Dong - Subway line 1, Jonggak St, exit 3; line 3 Angguk St exit 3; line 1,3 or 5 Jongno 3 (sam)-ga St exit 1

Ini adalah tempat jual barang kraf, art, antik dan accesories. Seronok juga di sini pada yg suka kraf dan art. Di gelar 'living musuem of folk history'. Macam central market la. Insa-Dong juga di kenali sebagai 'Mary's Alley'. Di sini juga ada banyak local food dan teh tradisional. Sesuai dengan jiwaku yang suka kan art. Boleh top up lagi souvenir harga macam mahal skit dari Namdaemun.



Ada juga kedai moden. Yang pastinya harga mahal la kalau dalam kedai macam ni. Tengok dari luar kedai aje la.


* Dongdaemun Market - Subway line 1 or 4 Dongdaemun St.

Last place cuci mata. Kedai kecil dan malls banyak juga area ni. Kat sini kami beli t-shirt yang ada perkataan "Korea". Boleh tawar menawar. Dalam mall boleh juga layan macam2 fesyen baju. Dah penat melayan karenah kaki dan mata lepak kejap depan shopping mall sambil layan lampu dan music hip hop yang di pasang kat bangunan depan mall ni. 


Yang kami pergi ini the most popular shopping area. Lain2 tempat Ewha Woman's University Vicinity, Hongik University Vicinity, Apgujeong-dong Rodeo Street dan Sinsa-dong antara tempat yang di sebut juga dalan information book.

* Itaewon - Line 6, Itaewon St.

Sebelum balik tido, dinner di Itaewon. Tempat halal food. Jauh jugak ke sini. Jalan kaki naik bukit. Fuh peluh. My friend selalu beli ayam/daging halal di sini. Singgah solat di Seoul Grand Mosque. Syukur Islam ada di mana2 sahaja. 


Makan di restoran halal korean food Muree Restaurant. Kedai kecil je. Sesungguhnya tekak ini tidak boleh terima Korean food walau dah ku cuba. Maaf. Malam ni dinner kami di taja oleh kawan kami. Semoga rezki bertambah hendaknya. Terima kasih sahabat.


Alhamdulillah selesai juga urusan hari ini. Kaki pun dah penat, perut dah kenyang, mata dah layu. Time to go home...


Destinasiku Korea : Bukchon Hanok Village

Selesai dengan palace we heading to Bukchon Hanok Village. Exit dari palace ikut signboard. Sampai di information centre tanya apa yang patut dan dapatkan map. Berjalan kaki sahaja ke sini dalam 10-15 minit. Boleh basahkan tekak di coffee shop sebelah coffee beans. Selama di Korea kami layan Mocha Mudslide. Sedapnya...sampai balik malaysia dok ketagih beli air tu di Coffee Beans.


Apa yang ada di Hanok Village? Ini adalah perkampungan traditional Korea. Terletak dalam Bukchon. Besar jugak kawasan ini kalau tengok dalam map. Berbukit. Dalam area ini ada Tradisional Experience Workshop, Hanok Guest House, Musuem, Gallery. Kami singgah lalu sahaja sebab kebanyakkan kena bayar.

Suggestion dalam map ada 'Bukchon 8 Views'. Yang di maksudkan adalah -


'Top 8 photogenic places where you can go to enjoy the best characteristic views of Bukchon, have a "Photo Spot" marked by a metal plate for the each place.'


Bagi yang naik tren turun di Anguk Station, Line 3 (oren), Exit 2. Jalan 300 meter. Ada signboard utk ke sini. 


Cuba cari setiap spot yang ada dalam map. Jenuh! Turun naik bukit. Celah-celah rumah. Tapi nice view dan boleh nampak palace dari atas. 


Lalu di kedai-kedai yang pelbagai design.


Rumah-rumah yang pelbagai design.



Sangat luas sangat penat. Tapi seronok sebab dapat tengok traditional house. Kalau dapat masuk dalam rumah kan best. Jadi jangan risau kalau sesat dalam kawasan ni sebab ada "information people' yang bergerak. Find them if you need them.


Bye Hanok! End of the day...

Destinasiku Korea : Visiting Palace - GYEONGBOKGUNG

Satu lagi palace yang perlu di lawat tidak jauh dari palace pertama. Lebih kurang 15 min berjalan kaki atau naik train ke Gyeongbokgung Station, Exit 5, subway line 3. Sebelum sampai ke 2nd palace kita ada melewati monumen.




Kebetulan sampai di palace, ada guard di luar. Kali ini pakaian dan karakter yang berbeza. Masuk perlu bayar entry fee KRW3,000.


Menariknya di palace ini, lebih kepada suasana nature gitu. Luasnya jangan di tanya. Letih juga berjalan. Ia di bina pada tahun 1935. Di sini ada 13 zon yang boleh di singgah ikut kaki masing-masing.  Kami singgah-singgah tgk architecture je. Dah tak larat nak bergambar bagai. Dalam kawasan ini ada convenience store dan souvenir shop. Best juga baca sejarah setiap bangunan dan kawasan yang di bina. Imagine masa zaman dahulu kala, hulubalang atau pekerja istana berjalan dalam kawasan ini. 

1- Gwanghwamun Gate and the Palace Wall
Four gates tell of the dynasty's glory (Gwanghwamun, Yongseongmun, Heungnyemun, Hyeopsaengmun)


2- Geunjeongjeon and Vicinity
Main throne hall of the palace. The name means 'all affairs will be properly managed if Your Majesty demonstrate diligence'.



3- Donggung and Vicinity
Residence of the crown prince. The crown prince was regarded as a rising sun, which is why his living quarters were built to the east of the king's palace.



4- Hyangwonjeong and Geoncheonggung
King Gojong's palace within a palace. In the rear garden of the concubines' quarters is a square pond named Hyangwonji, in the center of which lies an islet.



5- Gyeonghoeru Pavillion
The apex of architectural beuaty. It was where the king threw formal banquets for foreign envoys. The king and his party went up to Gyeonghoeru to enjoy a sweeping view of the palace and Mount Inwangsan.



Part ini sahaja yang sempat di rakamkan. Selebihnya memang menarik. Kalau datang musim autumn ke mesti lagi cantik pemandangan dalam kawasan ini. Di tambah dengan pemandangan Gunung Inwangsan. 

Lain-lain area.
a- Sajeongjeon and Vicinity -Where the king managed routine state affairs.
b- Gangnyeongjeon and Gyotaejeon - A glimpse into everyday life in the royal household.
c- Heumgyeonggak and Hamwonjeon - Buildings near the Inner Court served the needs of the royal household.
d- Jangyeongjeon and Vicinity - Queen dowager's residence.
e- Hamhwadang and Jipgyeongdang - Residence for concubines and court ladies.
f- Jibokjae and Vicinity - Harmony of Qing Chinese and traditional Korean styles.
g- Taewonjeon and Vicinity - King Gojong strives to secure legitimacy for his rule.

Last sekali dekat pintu keluar ada National/Folk Musuem. Berminat boleh lah masuk.


Simpan tenaga untuk cari next place pulak....

Destinasiku Korea : Visiting Palace - DEOKSUGUNG

Hari ketiga di Seoul kami plan ke Palace dan Hanok Village. Setiap pelancong yang ke Korea mesti pergi tempat bersejarah ini. Di Malaysia pun tidak pernah nak masuk Istana Negara. Hari ini kita belajar sejarah (Subjek yang kurang gemar zaman persekolahan dulu).

First melangkah ke DEOKSUGUNG PALACE. Untuk ke sini melalui subway turun di stesen City Hall. Dua line ke sini Line 1 Biru, Exit 2 atau Line 2 Hijau, Exit 3 Berhadapan dengan Citi Hall. Entrance fee adalah KRW1,000. 


Bila masuk jangan lupa ambil Handbook for free (best dapat benda free ni). Sambil tu baca la skit info sejarah pembinaan setiap bangunan. Dalam kawasan yang luas ini ada lebih kurang 9 kawasan yang boleh di teroka. Layankan aje kaki tengok seni bina bangunan istana ni. Luasnya. Dalam kawasan ini kami hanya pergi ke 6 area sahaja memadai. Tak perlu lama-lama di sini.

1- Daehanmun Area 
Great Han Empire opens its doors to the modern world. The gate was rebuilt in 1906 when it was renamed as Daehanmun. Daehan of Daehanmun means 'Hanyang (today's Seoul) will prosper'


2- Jungwajeon Area
Main hall of palace. It served as the main throne hall of Deoksugung and was used for ceremonial occasions such as coronations and receiving of foreign envoys.


3- Jeukjodang Area
The original part of Gyeongungung. It served as the main throne hall.


4- Hamnyeongjeon dan Deokhongjeon Area 
Emperor's sleeping and living quarters. Hamnyeongjeon was built as his sleeping quarters. Deokhongjeon was built on the site of Gyeonghyojeon, the spirit hall of Empress Myeongseong.



5 - Jeonggwanheon Area
Combination of traditional and modern architecture. It was designed by the Russian architect A.I. Sabatin with both Korean and Western features and was completed in 1900.


6 - Seokjojeon Area
Symbol of a nation seeking to modernize. According to traditional Korean Philosophy, it was the law of nature for water to flow down from above. A manmade waterfall was the common feature of a traditional garden, not a fountain.


Rouding sekitar sini je dah ambil masa dalam 1 jam lebih. Palace ni tutup pada hari isnin dan selasa. Kalau datang sebelum jam 11am, 2pm dan 3.30pm ada upacara changing guard.


Sebelum ke palace kedua, kami jalan-jalan sekitar belakang palace ini. Sibuk pulak Canadian promote Canadian's Day.


Jalan punya jalan jumpa la Seoul Museum of Art. Tak sempat la nak masuk. Cuma dekat situ ada miniature orang yang di perbuat dari batu ala-ala 3D. Kreatif.


Ke lokasi seterusnya...

Destinasiku Korea: Summer day in NAMI ISLAND

Hari kedua di Korea. Itenary berubah. Ke Nami Island. Kawan bagi tahu lebih baik pergi hari biasa sebab less crowd. Lepas breakfast fast track ke subway. Perjalanan ke Nami jauh jugak hampir 3 jam dari penginapan kami.

Aturan subway adalah depend di mana kita stay. Apa pun turun kat Sanbong Station, tukar Line Gyeongchun, turun di Gapyeong Station. Dari sini keluar dari bangunan terus ambil taxi cakap nak pergi Namiseom. Tambang dalam KRW3,000 untuk sebuah taxi.

Betapa la sukarnya liku-liku subway ni. Ada kat satu station lost sekejap nak tukar Line tapi ada pakcik cuba tunjuk jalan. Mungkin dia nampak kami lost dan macam tau aje kami nak ke Nami. Mulanya was-was jugak nak follow tp dia dok panggil-panggil. Tawakal aje. Benar belaka arah yang dia bawa. Selamat kami. Mula la boring tunggu train. Time is running too fast. Be patient. Hari ni cuaca panas juga. Perjalanan ke Gapyeong Station amik masa dalam sejam lebih untuk sampai.


Akhirnya sampai. Ramai pulak umat pelancong ni. Dapat teksi terus ke jeti. Kena beli tiket entrance KRW 8,000. Feri ke Nami Island dalam 10 minit sahaja.


Time to feel the Sonata...


Bila pergi musim panas...hijau sahaja la kawasan ini. Best juga. Sambil tu bayangkan la musim luruh, musim bunga dan musim sejuk memang cantik pemandangan di sini. Cool.


Imbas kembali drama winter sonata lokasi penggambaran. Suatu masa dulu peminat setia drama ni. Lagi best kalu dapat jumpa pelakonnya. Dapat la jumpa tapi gambar-gambar aje lah.


Banyak pulak patung-patung yang di buat tanda kasih sayang ibu pada anaknya. Semua di Nami Island ni ada kenangan Winter Sonata. 


Masa untuk solat dan lunch. Alhamdulillah di sini ada di sediakan surau (Musola). Kalau tak jumpa tanya aje pelancong-pelancong dari Malaysia. Dari info yang dapat ada halal cafe. Nama kedai tu Drama Cafe' atau Cafe' Yeonga Jiga. Ramai yang suggest untuk cuba KIMCHI. Apa benda la kimchi ni kan. Bole pilih nasi kimchi dalam tin atau Kimchi Pancake harga dalam KRW5,000. Cafe' ni agak tersorok sedikit ke belakang. dan boleh tahan full. Cafe kecik je. Jenuh juga nak cari pada mulanya. Cari landmark ni...


Kami pilih pancake. Ini pendapat kami. Kimchi rasa masam, pedas skit. Nasib baik la amik satu plate je. Besau juga. Tak tertelan tekak ni. Maaf ye. Another group next to our table dorang pilih kimchi dalam tin. Pakai sarung tangan untuk goncang tin sebab panas tin dan goncang supaya semua bahan dalam tin bergaul mesra sebelum makan. Kami tengok bukan main berselera dorang makan. Hehehe. Kami decide no more Kiimchi after this.


Balik ikut route yang sama. Ambil teksi ke Geopyong station semula. Letihnya. 

Hari masih cerah. Kami ke Seoul saje nikmati suasana malam di bandar Seoul. Sambil tu cari makanan untuk alas perut bila Kimchi was rejected. Bukan senang nak cari halal food. Layan coffee aje. Nak tengok pembangunan di Seoul ni.


Dapat juga jumpa CHEONGGYECHEON STREAM. Ada dalam senarai kami untuk pergi. Ikut sejarah ini adalah aliran sungai "Hangang River". Sekitar sini dulu kala ada penempatan penduduk. Kalau ikut geography Istana tak jauh dari sungai ni. Sambil lepak tengok kesejukan air sambil tu cuba bayangkan kawasan ini pada zaman dulu..


Direction ke sini. Stop di City Hall Station dan walking distance. Untuk bagi exactly the location panduan paling mudah guna je App subway. Seblom balik ingat nak singgah tengok N Seoul Tower tapi tak berjaya jumpa. Takpe la saje je pun nak pergi kalau jumpa. Hehehe.

Destinasiku Korea : Sonata Musim Panas

Tahun travelling sakan 2012.


Selepas rehat dari Perth continue journey to Seoul Korea Selatan dalam bulan Julai so tiadalah winter sonata musim salju tapi musim panas. Kali ni berdua dengan office mate. Entah macam mana dia boleh agreed teman kan ke Korea. Yahooo. Tq to her hubby jugak la sebab beri kebenaran. 

Seoul baru start musim panas. Tkpe la yang penting dah ada kat sini. Sekali lagi fly with Air Asia X. Besaunya airport. Usai urusan imegration destinasi seterusnya ambil bus ke rumah kawan. Alhamdulillah sepanjang kami di Korea akan stay di rumah schoolmate. Working with Samsung almost 2 yrs. Segan juga menumpang ni. Tapi dah kawan pelawa. Rezki jangan sekali di tolak.

~Pembangunan di Korea~

Lepas lunch time, wife dia ajar kami everything about Seoul. Mcm mana fungsi tren, how to buy the ticket. Paling mudah download application. Mudah nak tukar-tukar train. Pening lalat tengok rail nya. Berselirat tapi mengagumkan.

So kami berdua pilih la Seoul Station sebagai stesen percubaan. Suka hati je pilih. Asalkan ada word Seoul. Dalam tangan penuh info tempat-tempat nak pergi. Terjah aje nanti as usual.

Lepaking kat Seoul Station ni. Jalan ke sana sini tanpa tujuan. Saja nak get used dengan life sini. Jakun kejap. Ada shopping mall. Dan ini adalah railway station yang agak lama juga.

~Zara di dalam bukan di luar~

Alas perut dengan bekalan. First time naik subway jakun kejap sebab semua nya on time. Lepas tu laju-laju pulak orang di sini kejar masa. Yang bestnya setiap yang naik tren asyik mengadap phone masing2. Ada yang siap dgn ariel. Makcik tua pon pkai smartphone.

Rupanya...org Korea mmg "mengagungkan" jenama buatan sendiri. Boleh di katakan hampir semua la guna SAMSUNG.


Survey semua places to go yang dalam senarai. Nanti boleh tahu stesen mana nak berhenti. Bila dah penat...masa untuk pulang dan rest secukupnya. Esok dan hari seterusnya 12 jam non stop every day.

Ni lah 'hotel' kami....Kami rehat dulu.


Ini baru introduction....

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...