Destinasiku Lombok : The Journey Begin, Gunung Rinjani

Pagi ini bermula cabaran yang sebenar. Cuaca yang baik. Indah pagi ini beri semangat kepada kami. Debaran masih ada.

Hello Rinjani! Selamat pagi

Puncak Rinjani view from Homestay
Dari homestay naik jip setengah jam ke Pejabat Taman Nasional Rinjani untuk daftar masuk. Seronok dapat lihat kiri kanan perkampungan di sini. 
Dalam pejabat ada replika Rinjani. Luas betul Rinjani. Daftarkan diri dulu supaya memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan. Mohon di permudahkan urusan kami sepanjang pendakian.

Selesai urusan di kantor Taman Nasional terus ke rumah potter. Urus beg, warm up dan doa. Upah potter bawak beg. Beg tak lah berat mana tapi ada peluang share bayar potter kita bagi je. Jangan amik risiko. Takpe lah 'invest' skit duit. Nak bawak diri pun belum tentu daya tahannya. Keluar masuk tandas dah lebih tiga kali. Teruk sangat tahap nerves.
8.30 pagi dengan lafaz Bismillah kami mulakan perjalanan. Seperti biasa, awal perjalanan semangat belum luntur. Walau perjalanan tu dah nampak masa hadapan.

Stop 1 : Selepas 1 jam mulakan perjalanan rehat sebentar di sini sambil bergambar.
Perjalanan diteruskan lagi. Mood nak bergambar masih ada. Mana boleh lepaskan peluang. Mana mungkin untuk kembali ke sini semula. Cukup sekali ini. Cantiknya.

Lebih kurang 2 jam trekking kami stop di sini.
Post 1 601m : Di sini kelihatan potter semua buat preparation memasak. Kupas bawang, kupas carrot dan macam-macam. Rehat cuma 10-15 minit sahaja.

 
11 pagi teruskan lagi pendakian. Kalau penat rehatkan diri jangan di paksa. Yang penting tau atur cut off time.
Tiba di Pos 2 ketinggian 1,500m selepas 3 jam trekking. Dari Post 1 ke sini ambil masa dalam 40 minit. Rehat lama sedikit untuk lunch. Penuhkan tenaga sebab dari sini akan mula mendaki tanpa henti. Penat menguasai nafsu makan. Kena paksa juga makan bagi tenaga.
Pemandangan Rinjani tetap terbaik. Melalui padang savana. Pada waktu ini matahari mula terik. Perjalanan terasa makin jauh.
 
4 ptg sampai di sini. Rehat lagi untuk kumpul tenaga didepan adalah Bukit Penyesalan!. 7 bukit harus didaki untuk sampai ke Pelawangan Sembalun, camp site untuk hari pertama. Ini yang terakhir. Mencanak NO BONUS! Lebih kurang ambil masa 2 jam lagi untuk sampai ke camp site.
Seperti tiada kesudahan. Akhir tenaga 20 langkah stop beginilah keadaannya sampai tiada apa lagi nak disesalkan J.
Penampakan puncak Rinjani di sini selepas 1 jam struggle di bukit terakhir. Pada ketinggian lebih kurang 2,000m Post 3. Tiada sesalan lagi. Masih belum boleh nak riang ria, rupanya masih jauh camp site kami. Waktu ini menjerit dalam hati saja. Dari sini ambil masa lagi 1/2-1 jam untuk sampai ke camp site.
Masa mula nampak kawasan ni hati dah rasa riang ria. Tetapi makin jauh berjalan dan melintas khemah orang, tak juga jumpa khemah kami. Malah kawan-kawan yang awal sampai pun tidak kelihatan. Cuba buat lawak..."kita try call dorang, mana khemah kita. Jauh lagi ke". Ha. ha. ha. Hanya Tuhan je tahu perasaan diri ni.
Dan akhirnya dari jauh kawan-kawan dah melambai. Baru aku nak menyumpah korang dah sampai tapi buat senyap. Sampai khemah dan rasa lega teramat. Yang padu dan laju seronok dah dapat berehat lama. Selesai lebih kurang jam 5.30 ptg. Ada lagi yang masih di belakang belum sampai. Syukur sangat. Selesai babak 1. Bersihkan diri dengan segera, selepas jam 6 cuaca dah mula sejuk.
 
Rupanya camp site kami adalah paling hujung dan dekat dengan permulaan untuk summit attack esok.
Subhanallah cantiknya pemandangan disini. Rehat disini pada ketinggian 2700Mdpl. Sunset terindah. Dari sini boleh nampak Gunung Agung Bali.
Behind the scene....
Layanan 1st class kami terima dari Team Uncle Karat ni. Makanan terhidang rapi. Kalau ada yang tak keluar khemah, makanan akan dihantar terus ke khemah. Terima kasih.
Malam menjelma. Hilang penat datang sejuk pula. Satu khemah kami sumbat 4 orang sebab nak kurangkan rasa sejuk. Sangup tido berhimpit asalkan boleh kurang rasa sejuk.
Pemandangan indah Rinjani pasti tidak dilupakan.

Mimpi indah...esok pasti menanti ❤



p/s mita halal guna sumber gambar kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...