Showing posts with label Marathon. Show all posts
Showing posts with label Marathon. Show all posts

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian kurang lebih 40 minit belum campur dengan macit.

Solat subuh di tapak larian. Ramai juga muka-muka dari Malaysia. Rata-rata kenal antara satu sama lain. Untuk hari ini aku tanamkan semangat untuk berlari dengan hati yang gembira. Doa ku titip semoga tiada kecederaan kaki.

COT untuk 25k adalah 4.5 hours Sebab itu aku rasa boleh buat larian ni dengan COT ni. Kami akan berlari melalui kampung traditional, menikmati keindahan kebudayaan Samosir dan pemandangan yang sangat indah di Indonesia.

Tarikh kejadian :  23 September 2017
Tempat mula kejadian : Samosir Regency
Mula larian : 05:00 am
Kategori 'cari nahas' : 25 km

Selamat pagi Samosir. Permulaan larian lancar. Angin bayu. Cuaca pagi ni membantu untuk berlari sebaik mungkin.



Setakat 14km masih enjoy larian. Berlari sambil kenal budaya setempat. Lihat kampung. Lihat pemandangan. Semangat yang diberikan penduduk sini. Semangat masih kukuh.



Tapi bila dah sampai pada km20 mentari dah mula terik. Hanya bertemankan jalan tar. Pemandangan pun hambar sebab yang hanya difikir cuma 'aku dah penat, aku kena selesaikan misi'. Pada 3km terakhir rasa tiada penghujung.

Berjaya juga tamatkan larian dalam COT. Tak terhingga gembira macam menang medal olympic. Jangan ditanya berapa lama aku lari, yang pasti aku dah berjaya langsaikan misi cari nahas.

Habis larian, kami ambil kesempatan pergi ke beberapa tempat menarik sekitar Samosir. Sangat menarik. Melihat juga trek larian bagi 50km. Enjoy keindahan buat kali terakhir. Berbayar segala penat berlari.






Selesai makan malam, kami lepak di Romlan Guesthouse. Boleh dicadang tempat ni kalau ada yang ingin ke Samosir. Habiskan sisa malam melayan angin malam.

Esoknya kami berangkat pulang ke Malaysia. Sebelum ke airport kami minta supir carikan kedai Eiger. Antara jenama yang paling aku suka kalau ke Indonesia dan tak lupa Amanda brownies. Aku lebih prefer brownies jenama ini.

Selamat tinggal kenangan. Mungkin suatu hari aku ingin kembali ke sini...


Marathon : Day 1 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Selepas Bali Marathon mencuba nasib pula Samosir Lake Toba Ultra. Tahun 1995 pernah jejak ke Lake Toba. Lama dulu. Tapi kali ini di Samosir Island.

Pertama kali marathon lebih dari 10km. Tahu kemampuan diri. Tapi kali ini cuba cabar diri atas desakan kawan-kawan. Korang memang syaiton kan.


Trip back to back dari Fansipan rehat sehari terus ke Lake Toba pula. Tukar beg, tukar kasut dan tukar mata wang. Dengan harapan energy masih ada untuk larian pula.


Flight Air Asia destinasi kali ini turun di Kualanamu International Airport. Perjalanan ke Samosir Island ambil masa dalam 4 jam dari Airport. Hari pertama hari Jumaat, jadi supir singgah dulu solat Jumaat dalam perjalanan nak ke jeti feri. Alhamdulillah. Supir sporting. Budak muda mulut kepoh. Aku macam biasa tiada apa nak complaint tentang servis supir ni. Memang tip top dan mudah bicara.

Dari Airport singgah minum pagi. Terus lapar bila bayangkan tempe. Sedap juga menu gerai ni. Aku jarang travel kalau makan local food nak kata sedap. Tapi yang ni memang sedap.


Sepanjang perjalanan mata dijamu dengan suasana perkampungan. Akhirnya terlena...Bila sedar nampak tasik membiru luas. Subhanallah.



Di jeti uruskan pembelian loket (tiket). Rezki hari tu ngam-ngam sampai feri dah ada. Tak perlu la nak tunggu lama. .



Naik feri dalam 1 1/2 jam untuk sampai di Samosir Island. Layan angin bayu dalam feri. Macam layan feri Pulau Pinang lah. Tapi angin kat sini nyaman dan pemandangan luas.



Bila dah jauh perjalanan perut pun minta di isi semula. Berhenti di gerai sekitar jeti di pulau tu. Masakan padang. Sedap juga. Lauk simple dah memadai untuk rasa kenyang.


Dari jeti Samosir ke penginapan ambil masa dalam 1 jam. Jauh betul destinasi hari pertama. Perlu rehat cukup untuk berlari esok.

Malam menjelma sekali lagi perut minta diisi. Berjalan kaki tidak jauh dari guesthouse ada warung makan muslim. Kena dengan selera. Selesai semua urusan untuk hari ni.


Tidur awal. Malam yang sejuk. Penginapan tiada aircond. Dan yang paling jahat tiada heather (bukan main demand ingat ini New Zealand ke). Gigil setiap kali keluar dari tandas. Kalah dengan sejuk. Pada aku selesa je homestay ni. bilik luas.


Selamat malam. Hati mula berdebar. Dapat ke aku selesaikan misi kali ini.

Marathon : Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016

Trip kali ini bukan sahaja Marathon tetapi kami selitkan sekali dengan leisure hiking dan foodhunt. 

Leisure Hiking - Berekeh Hill
Kita mula dulu destinasi ke sini yang terletak di Sungai Siput. Dengan hanya ketinggian 454 meter. Rendah tapi pemandangan yang menarik. Sekiranya bernasib baik akan dapat melihat pemandangan awan karpet. Kita datang santai sahaja. Melihat sendiri pemandangan yang indah itu. Terdapat 5 buah puncak bukit yang setiap satunya menjanjikan pemandangan yang menarik.

Kami mulakan pendakian agak lewat. Matahari sudah mula memancar. Bila cuaca sudah panas badan akan cepat letih dan tidak berdaya. Tetapi disebabkan pemandangan itu kami tetap ceria.

Bermula dengan melalui ladang kelapa sawit. Mendaki sahaja sehingga ke puncak. Ada kala landai.

Masuk ke kawasan hutan sedikit. 


Keindahan mula nampak dan makin bersemangat untuk cepat sampai ke puncak.



Dan berjaya menawan puncak. Walau tidak tinggi mana tetapi untuk menempuh 5 bukit menguji juga. Akhirnya kami berkelah di atas puncak. Hanya kami sahaja yang ada. Mungkin pendaki lain semua datang awal untuk mengejar matahari naik. Semasa kami dipuncak muncul seekor kucing. Kesian juga jauh mendaki. Jadi kami berkongsi KFC dengan kucing itu.



Marathon - Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016
Date : 13th November 2016 (Sunday)
Venue : Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar, Perak
Distance :  7km ||  10km  || 15km

Seterusnya kami perlu segera ke Kuala Kangsar untuk event keesokkan hari. Bergegas untuk ambil race kit dan berehat secukupnya. Bermalam di homestay tidak jauh dari bandar. Makan malam digerai depan homestay. 

Daftar larian dengan harga yang murah berbanding larian lain. Berlari untuk suka sahaja. Menarik tentang acara ini, sarapan pagi ringan disediakan dan pelbagai makanan dan minuman disediakan sepanjang larian.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bersama-sama lebih 7,000 orang menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak. Beruntung kome dapat sultan yang baik dan peribadi mulia.


Seronok dapat berlari dikawasan kampung. Teringat zaman sekolah menengah acara merentas desa. Sorakan orang kampung. Acara kebudayaan. Memang menarik acara kali ini. Patutlah selling fast.



Berjaya juga habiskan larian 10km. Dapat pengalaman acara larian luar Kuala Lumpur. Daulat Tuanku! Terima kasih Tuanku. Semoga Tuanku berada dalam lindunganNya dan dimurahkan rezeki dan dapat bantu rakyat Tuanku. Patik hanya menumpang untuk kali ini sahaja.


Kami beransur pulang. Sebelum itu singgah di jambatan yang terkenal di Kuala Kangsar. Photoshot kononnya. Simpan sebagai kenangan bukti telah sampai di sini. Selesai bergambar sebelum pulang ke homestay kami cari Laksa Sarang Burung yang femes di sini. Kami perlu bergegas untuk balik Kuala Lumpur dan singgah ke destinasi terakhir.
Victoria Bridge is one of the oldest railway bridges in the country, having been constructed between December 1897 and March 1900 by the Perak Government Railway as a crossing over the Perak River to serve the local tin mining industry.


Food Hunt - Ipoh Mali
Sampai di Ipoh Perak kami terjah dulu Nasi Ganja yang femes tu. Katanya nasi kandar sedap di Ipoh. Must try. Nama pun pelik mungkin sebab ramai yang ketagihan dengan kesedapan masakan ini seolah-olah diletaknya ganja.

Kedai makan ini terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan. Waktu operasi antara 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Tutup pada hari Isnin. Nasi ini halal walau beroperasi di kedai kopi Cina. Smua lauk menarik untuk dicuba tapi cadangan lauk menu popular adalah Ayam merah dan telur masin. Terliur dah. Tambah berat badan walau dah berlari 10km pagi tadi.

Ramai sungguh yang datang makan ke sini. Beratur panjang yang nak makan di kedai dan bungkus. Jadi bersabarlah.Datang Ipoh mesti wajib makan Nasi Ganja! Muka senyum puas hati dapat merasa.



Seterusnya kami berjalan sekitar bandar ipoh menjenguk kedai atau kafe hipster yang femes dan mencuba sendiri makanan tersebut. Banyak pilihan dan kami tertarik dengan Chokodok Reggae House Cafe & Backpackers. Bagus idea owner kedai ini. Terletak dijalan Sultan Iskandar betul-betul berhadapan Balai Polis Pekan Batu. Lokasi strategik, menu cekodok simple tapi menarik dan hiasan dalaman yang kreatif. Selain makan ada disediakan ruang penginapan bagi backpackers budget.
Nestled in the nostalgic Ipoh, just 2297 feet from Ipoh Parade, Chokodok Reggae House offers accommodations in a rustic, yet artistic building. Located near bustling traffic, rooms at this backpacker's lodge overlook the streets and are made of recycled material, with each room separated with plywood and zinc.
Minum petang kami jamu cekodok pisang. Masih kenyang dengan nasi ganja. Kami dilayan isteri pemilik kedai yang bukan warganegara Malaysia. Sambil mengunyah kami dengar cerita pertemuan beliau dan suaminya seorang warganegara Malaysia.




Nak cuba menu lain banyak lagi. Boleh tengok senarai ni. Susah sangat order je cekodok pisang.


Cuaca panas, jom cari makanan sejuk. Hokkaido Icecream Puff pilihan seterusnya. Banyak pilihan perasa ice cream. Boleh diterima dan menarik untuk dicuba.


Banyak lagi makan menarik sekitar Ipoh. Ada rezeki lain aku akan kembali untuk misi Food Hunt. Dah jom balik, Buat penat je lari 10km tapi makan macam-macam.


Marathon : Bali Marathon 2016

Hello Bali!

Here i am again. Dulu kata dah tak nak datang. Kan dah kena sumpahan. Datang semula. Kali ni bukan untuk bercuti.

Kali ini 2 in 1. Marathon dan Hiking. Kegilaan apakah ini? Register Marathon sekadar suka-suka. Bukanlah pelari tegar tapi ini sukan kegemaran. Sekadar 10KM dah memadai untuk pengalaman pertama berlari di negara luar. Menarik juga idea ini.


Touch down airport Bali, terus ke Nusa Dua untuk race kit collection. Adalah dalam 10% rakyat Malaysia.


Lepas berpeluh settlekan race kit minta supir singah di Water Blow. Berjalan ke sana dari parkir lebih kurang 15 min. Supir dah sound jangan lama-lama. Ada kami peduli. Bukan dekat nak berjalan dengan panas teriknya.


Selamat datang ke Water Blow. Jalan lagi kedalam...


Kelihatan ramai yang dah bertebeng di situ. Tapi still blom nampak water blow nya.






Dapatlah tengok kejadian semulajadi walau blow nya tidak berapa tinggi penat tunggu nak snap gambar. Kalau tinggi memang cantik lah.


Selesai di Nusa Dua, berangkat ke hostel di Ubud Puji Bungalow with nice view. Ada swimming pool dan view sawah. Best betul. Sila google kalau nak stay di sini Pada aku ok hostel ni. Amik bilik dorm for 6. Jadilah untuk rehatkan badan. Kali pertama dulu datang ke Bali tak dapat nak menginap di area Ubud. So kali ni ambil peluang.



Area sini banyak je accomodation.



Dinner malam ni perlu walking distance dalam 10-15min. Malam ni perlu rehat dan tidur awal. Best juga area Ubud ni. 

Makan ini je. Harga makan area Ubud boleh tahan juga. Lagipun badan masih penat blom ada selera nak makan.


Marathon day

Bas disediakan dari Ubud ke Nusa Dua. Jam 3am. Rabak mata nak kena bangun awal. Letih semalam belum recover. Dalam bas dah macam suasana disco pulak. Sempat la lelap untuk sampai ke Nusa Dua.


Nasib baik amik 10km je. Panas terik bila matahari dah mula naik. Tapi view sepanjang jalan dalam kampung best. Pengalaman pertama masuk marathon kat negara orang. Dapat tengok pakaian traditional, gelagat penduduk setempat.




Berjaya juga selesaikan larian, walau sebenarnya banyak berjalan. Event ni dekat dengan Bali Safari Marine Park. Dapat kupon less untuk peserta larian. Cuma kami takde masa nak ke sana sebab ada misi lain malam ni.


Selesai event dah bergambar sakan, rehat sakan, terpaksa berjalan kaki jauh untuk dapatkan bas. Naik bas pkl 11pagi kalau tidak kena tunggu bas tengah hari.


Perut pun dah kebulur. Sampai di Ubud kami cari kedai makan. Susah nak dapatkan yang halal. Kami jumpa satu yang boleh diterima. Yang penting ada tempe. hehehe...Nice juga kedai ni tingkat atas so boleh tengok view area Ubud ni dari atas.




Lepas kenyang jalan-jalan sekitar sini. Ada toko Eiger, tapi ongkos nya enggak ada mau dibeli begnya. Konon-konon pos lah poskad dari Ubud. Haram sampai sudah tak sampei malaysia. Banyak-banyak tempat aku pegi dan pos poskad, kat sini je yang tak sampai.


Balik hostel rehat secukupnya sebab agenda malam ini lagi perlukan tenaga. Selesai la pengalaman berlarian di Bali ni. Mungkin satu masa lain boleh masuk marathon kat negara lain.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...