Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Show you the real CHINA : Yellow Mountain - End Story

Hari terakhir di sini. Lepas subuh hike up untuk enjoy sunrise. Purple cloud peak adalah area sunrise paling dekat dengan hotel.

Tunggu sang mentari dgn penuh kesabaran. 


Another WOW!…Puas hati.


Balik hotel, breakfast and packing. ‘Rush hour’ lagi. All the way, pelbagai tempat boleh singgah. Pilih mana yang rasa sempat sampai. Banyak jugak area dan peak yg dapat singgah. 

Pelbagai bentuk batuan yang unik macam Flying Over Rock ni


Pokok yang tumbuh renek

Teruja nak ke Fairy Walking Bridge. 2 jam pergi balik. Seksa juga nak smp sini. Tapi berbaloi. Tak ramai org ke sini mungkin sebab jauh.

Jalan berliku-liku

Turun naik tangga

Dan akhirnya sampai...

Mana la station cable car ni. Hadap pulak One Hundred Ladders. Penyeksaan. Rasa gayat. 


Sayup di kejauhan masih tak nampak cable car.



Dan akhirnya muka masing2 ceria bila dah nampak station cable car. Makin tersenyum bila baca notis ni.

Mencari sesuap nasi..Walau ini perkara biasa kita lihat di mana-mana mountain tapi perlu hormat mereka juga.




Bagi kecemasan ada je 'ambulance manual'. Bayaran tak pasti.



Keluar dari station cable car, round sekitar sini dulu sebelum naik bus.



Kembali ke tempat Mr Hou. Packing. Lunch. Perut gembira dapat nasi, sayur rebus and telur rebus. Naik taxi ke airport. Kalau nak cepat kena ikut highway and charge mahal sikit dari route biasa. Kami pilih route biasa nak jimat cost. Hon sana sini. Sampai airport Huangshan on time. Flight ke Beijing 2 jam. Segala nya on time. Alhamdulillah. Nasib menyebelahi kami. Everything also rush in Beijing for us. Amazing Race.

Pada yang minat mountain dan view cuba la datang ke sini. Dah terbukti dalam Lonely Planet keindahan Yellow Mountain

Tinggalkan kenangan di Yellow Mountain...

Berbaloi untuk ke sini...Maka berakhir lah episod AKU MELAYU di YELLOW MOUNTAIN. Terima kasih CHINA sbb menghidangkan panorama yang indah. Another mountain conqured hehehe.
Flight to KL 1am…Safe flight everybody. Alhamdulillah.

Show you the real CHINA : Yellow Mountain - Story II


Fajar menyinsing. Subuh dalam train. 7:45 am akhirnya sampai Huangshan. Lena juga tido. First time naik tren mcm ni. Exit je station, sekali lagi ramai yang jakun tgk kami. Kami pun jakun tengok dorang hehehe.

Masih awal pagi, jalanraya belum sesak dengan kenderaan.





Ini kalau kat malaysia dah kena saman bergaya macam ni



Communication problem lagi nk ke pejabat tour agent tu. So kami decide jalan kaki dulu. Rasa agak jauh dari station, cuba tanya lagi pada penduduk tempatan. Ah nasib baik lah ada yang tahu tempat tu. Tolong tahankan taxi dan arahkan taxi ke tempat tu dengan jayanya. Mmg jalan kaki boleh tapi buang masa sebab agak jauh juga.

Tiba di pejabat agensi, amik kesempatan bersihkan diri, repack dan dapatkan bantuan untuk info.

Ruang pejabat tour agent. 



Mr James yang banyak membantu



Langkah seterusnya…Ambil teksi dari pejabat agent ke local terminal bus. Naik bus ke Tangkou. Bus penuh baru jalan.



Sampai  di Tangkou kena game. Padahal dah tunjuk tempat nak turun.  Try tanya passanger sebelah dia pun inform conductor bus utk hantar ke tempat yang kami nak pergi tapi conductor tu refused. Sebolehnya suruh kami turun jugak kat pekan tah mana. Bus memang akan lalu dulu terminal shuttle bus. Turun dari bus blank. 

Muka-muka tak puas hati. Dah macam pekan koboi...



Tetiba ada sorang mamat dari seberang jalan dtg kearah kami dan bagi tau kawan dia boleh tolong sebab tahu ckp English. Ermmm nampak sangat mmg semua ni dah plan. Dalam 10 min datang lah Mr Hou dengan kereta. Dan offer la pelbagai service. So kami deal untuk segala bagai. Ada hikmah juga ‘berkenalan’ dgn Mr Hou sebab settle semua masalah kami dengan bayaran kami consider boleh terima.
  • untuk cari tempat simpan beg
  • untuk dapatkan bekalan makanan, (nasi, sayur dan telur rebus)
  • untuk return transport to and from terminal shuttle bus
  • untuk salin pakaian
  • untuk transport ke Airport (balik time)
Simpan beg di tempat Mr Hou dan dia hantar ke terminal shuttle bus. Shuttle bus ni yang bawa ke entrance Cable Car.



Beli tiket. Jaga tiket elok-elok sebab sizenya kecik. Mudah hilang. Tapau jagung. Alahai tkde rasa. Cable car mcm di Genting.



Naik cable car. Wow amazing view. 



Sampai sudah di station. Take 10 min scan pemandangan sekeliling.





Kami mula dari Western Steps. Jadi amik Yuping Cable Car. Scan map plak mana arah nak tuju. Larat atau tidak aje nak hiking around. Target as usual sunset. Map ni ada tunjuk spot area sunset and sunrise. I like...


Ni pula map yang ada di Yellow Mountain. Nak jelajah dan tawan semua area ni mmg tak mampu dgn limited time.

Sesungguhnya ciptaanMu sungguh luarbiasa. 



Jumpa sekumpulan Malaysian. Hepi betul. Mana tak nya AKU MELAYU DI YELLOW MOUNTAIN!

Hiking lagi...dan lagi...





Macam-macam gaya nak abadikan keindahan gunung ni..


Sebelum check in hotel, enjoy sunset. Pegi negara mana pun sunset mmg tak boleh di pisahkan. Trademark.

Warna langit sebelum malam menjelang











Bila malam menjelma, tulang belulang mula la gigil kesejukan. Malam ni kami dinner maggi. Sedap makan panas. Bilik hotel sempit. Double bed. Jadilah untuk semalam.



Selain hotel pilihan lain untuk bermalam di dalam khemah



Esok last episod


Show you the real CHINA : Yellow Mountain - Story I

Kisah ke Huangshan lagi thrill. Di sebabkan last minit plan untuk ke Huangshan kami terpaksa menaiki train 20jam. Kami gunakan khidmat tour agent di Huangshan untuk hotel. Deal dari Msia.

Pada hari keberangkatan, salah seorang travel-mate misplaced her train ticket. Kelam kabut kejap. Sebab tanpa tiket macam mana nak ke Huangshan. Dan akhirnya dalam perjalanan ke Beijing Railway Station dapat juga jumpa tiket. Yang lagi scary rupanya tiket tu aku yang punya. Baru lah kami sedar pada tiket tertera nombor passport. Patutlah masa hari pertama beli tiket perlu serahkan passport. Tak terfikir semua tu. Dapat tiket terus simpan dalam dompet.


Sampai di Railway Station lagi satu masalah timbul. Cari info train. Apa yang tulis pada tiket banyak Chinese character.  Cari kesamaan tiket dengan info kat board. Beratur dulu untuk check in. Cop tiket tunjuk passport. Kat dalam scan beg lagi. Huru hara sebab crowded. Ke platform 6. Agak2 je apa yg tulis pada tiket. Baru je nak bernafas orang seblah kata dah boleh masuk platform. Rush lagi..

Nah sikit guide apa yg tertulis pada tiket



Slowly enter train. Tarif nafas panjang. Ok la condition train. Selesa. Dpt la experience travel 20 jam dalam train. 3 tingkat katil. Aku pilih atas sekali. Privacy la konon. 17 hentian untuk sampai ke Huangshan. 


Dalam train mcm2 jualan. Buah, air, makanan, power bank, massage dll. Pekerja semua perempuan. Orang yang sama dari pagi sampai malam. 


Ada penumpang yang cuba tanya kami dari mana. Ayam dan itik lah. Masing2 buat2 faham. 



Google map tunjuk location Kuala Lumpur. Jilongpo dalam Mandarin. Tah ye tahu mana KL-Malaysia. But at least ada yang nak "berkenalan" hehehe



20 jam dalam train, borak, makan, layan view luar dan akhirnya 9:45pm lampu tutup untuk semua tido. Lena…Rehat secukupnya. Esok perlu full energy.

Esok episod baru untuk Queen of the Road.



Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...