Selepas Bali Marathon mencuba nasib pula Samosir Lake Toba Ultra. Tahun 1995 pernah jejak ke Lake Toba. Lama dulu. Tapi kali ini di Samosir Island.
Pertama kali marathon lebih dari 10km. Tahu kemampuan diri. Tapi kali ini cuba cabar diri atas desakan kawan-kawan. Korang memang syaiton kan.
Trip back to back dari Fansipan rehat sehari terus ke Lake Toba pula. Tukar beg, tukar kasut dan tukar mata wang. Dengan harapan energy masih ada untuk larian pula.
Flight Air Asia destinasi kali ini turun di Kualanamu International Airport. Perjalanan ke Samosir Island ambil masa dalam 4 jam dari Airport. Hari pertama hari Jumaat, jadi supir singgah dulu solat Jumaat dalam perjalanan nak ke jeti feri. Alhamdulillah. Supir sporting. Budak muda mulut kepoh. Aku macam biasa tiada apa nak complaint tentang servis supir ni. Memang tip top dan mudah bicara.
Dari Airport singgah minum pagi. Terus lapar bila bayangkan tempe. Sedap juga menu gerai ni. Aku jarang travel kalau makan local food nak kata sedap. Tapi yang ni memang sedap.
Sepanjang perjalanan mata dijamu dengan suasana perkampungan. Akhirnya terlena...Bila sedar nampak tasik membiru luas. Subhanallah.
Naik feri dalam 1 1/2 jam untuk sampai di Samosir Island. Layan angin bayu dalam feri. Macam layan feri Pulau Pinang lah. Tapi angin kat sini nyaman dan pemandangan luas.
Bila dah jauh perjalanan perut pun minta di isi semula. Berhenti di gerai sekitar jeti di pulau tu. Masakan padang. Sedap juga. Lauk simple dah memadai untuk rasa kenyang.
Dari jeti Samosir ke penginapan ambil masa dalam 1 jam. Jauh betul destinasi hari pertama. Perlu rehat cukup untuk berlari esok.
Malam menjelma sekali lagi perut minta diisi. Berjalan kaki tidak jauh dari guesthouse ada warung makan muslim. Kena dengan selera. Selesai semua urusan untuk hari ni.
Tidur awal. Malam yang sejuk. Penginapan tiada aircond. Dan yang paling jahat tiada heather (bukan main demand ingat ini New Zealand ke). Gigil setiap kali keluar dari tandas. Kalah dengan sejuk. Pada aku selesa je homestay ni. bilik luas.
Selamat malam. Hati mula berdebar. Dapat ke aku selesaikan misi kali ini.
No comments:
Post a Comment