Showing posts with label Outdoor. Show all posts
Showing posts with label Outdoor. Show all posts

SKYTREX ADVENTURE

Skytrex Adventure ~ walk - crawl - glide - swing - challenge your fear - test your agility.

Saje try extreme activity kali ni. Cabar diri pada ketinggian. Sememangnya ada sikit gayat wujud dlm diri. Ada 3 jenis adventure. Little Adventure, Big Thrill & Extreme Challenge. Hah 1st timer trus amik Extreme Challenge. Harganya RM50. 

Extreme Challenge ada 34 halangan perlu di lalui. Bole ke lepas ni? Gayat....Platform Height up to 22m. Dengar skit taklimat dh buat dada mula berdebar. 

Tambahan bayaran selain bayaran Skytrex as per list below
  • Entrance fee for Taman Botani Negara - RM3 Adult; RM1 Child
  • Glove - RM3 *if yg free ada, used glove*
  • Bekas gantung botol air - Rental RM1 + Deposit RM5
  • Locker - RM1

Jangan ingat they don't make extra money...Business minded mmg hebat. Reminder lagi before dtg sini better booking sbb tk di jamin tempat untuk walk in. Ada timing for each group. Bas disediakan dr entrance gate to skytrex-FOC. Duration of time at least 2 hours to finish out all the obstacle. Berpeluh ketiak. Ada platform yg di jaga guide. Ada yg tak. Keselamatan diri terletak pada diri sendiri. Huh.

Just us


For more info log on http://www.skytrex-adventure.com

Saya dah....anda bila lagi????

Destinasiku Selangor : Merempit dgn ATV

Mcm ganas je title kali ni. Ada la skit unsur2 ganas. Xtvt kali ni lasak skit. This time nak try ATV plak. Kenal benda ni pun dr rancangan tv. Tak sangka ada geng2 yg berminat. Dh ada chance.. grab je. Harga utk xtvt ni mmg mahal belaka.

1~RM100 jarak dekat je
2~ RM150 journey 2 jam sampai Air Terjun Sofea Jane
3~ RM300 journey seharian meliputi belantara Kemensah ni. (mmg ganas)

Kami sekadar yg no 2 cukup lah. 12 org dr group kami. Pecah 2 kpd 2 groups. Sbbnya senang nak guide. Bila giliran...aiseh berdebar plak. Kata ganas tp nape gigil. Mula2 brader tu tunjuk la skill nk start moto tu. Mcm aku bole igt. Actually sama je proses start moto biasa. Pastu kita akan disuruh utk test drive area parking. Turun naik bukit. Alahai susahnya....nak handle. rasa nk terjatuh tp tak terjatuh pun. Tkpe2 aku test lagi round ke-2. Cari skill.

Bila dh pening lalat dok pusing area tu je so the journey begin...

Wreng...wreng...wreng...bunyi skit..Hon.....heeee *berlagak ye* tunggulah nasib ko di dalam hutan nun *hati kecil ku memperli diri sendiri*

Bila dh mula msk area belantara. Kepayahan mula terasa. Hati berdegup kencang. Boleh ke aku ni??? Try smp bole. Alamak tersangkut plak moto ni. Brader tlg tarik sat. haaaaa. sian brader guide ni bersusah payah sbb aweks2 ni. Nak amik gmbr lg. Nk tarik moto lg. Nk jg kami lg. Sabar ye..dpt pahala tlg org.

Tk leh nk gmbrkn perasaan ku. Korang meh try naik rasa sendiri perasaan itu. Dh hempas pulas smp gak kami kat check point~Air terjun sofea jane (ntah lupa tnya nape nama ni bkn nama aku). dah puas mandi..

Panic dtg lagi...nk balik kena lalu jln td. Ngeri bila fikir turun naik bukit. Tp lama2 dh dpt inspirasi bila ada beberapa brader scrambler selisih. Alaaaa nape aku tk terfikir ye. ATV ni umpama moto tu le cuma beroda empat & rendah. Heeee gelak dlm hati. So jgn risau kalau terasa mcm nk terbalik je moto tu tp tk terbalik pun.

Alhamdulillah...berakhirnya segala penyeksaan. Sambung mandi dekat kolam area start tadi. best pulak. Td mandi ujan + terjun..sambung sini plak. Akhir sekali mandi kat bilik air bersihkan diri.

Pendek kata...mmg puas ATV ni. Jgn tak cuba. Yg biasa merempit tu cuba alih2 angin cuba ATV. Aku rasa lepas ni tercapai la cita2 ku utk jd minah rider. Haaaaahaaaa

Boleh layan foto2 ni...bukti kami merempit.



Kalau nk rasa sendiri keganasan ATV cari info di sini atvadventurepark.com

Lokasi kat Kemensah belakang zoo negara atas dari bukit belacan.

Lama tidak bersenam

Sudah lama tidak bersenam. Badan dah tak fit. Cepat penat, letih, otak lembab, ngantuk je memanjang. Faktor usia kot. Tapi selalu nak salahkan usia mana boleh. Kurang bersenam. Bukan cara hidup yg sihat. Yes, ini baru lah fakta yg betul.

Sejak tinggalkan zaman sekolah dah kurang aktif dengan aktiviti sukan. Walau dulu bukanlah olahragawati tetapi minat sangat pada sukan olahraga sejak sekolah rendah. Terlibat dalam sukan olahraga Lari pecut 100M, 200M, 4X100, 4x400 & lompat jauh semua hadiah bolot.

Masuk sekolah menengah kurang terlibat dengan sukan. Cuma wakil bola jaring. Acara larian masih tetap pilihan hatiku. Nekad untuk menang satu medal merentas desa buat pengubat rindu. 

Dah mula bekerja masa untuk aktiviti sihat kurang dibuat. Bila pada 2007 kembali masuk larian mengalami kecederaan di lutut. Tak mampu untuk habiskan larian berbaki 3km lagi. Perit dan ngeri. Sejak tu mula slow down dengan sukan sampai perasaan takut injured tu hilang. Aku tanamkan minat suka bersukan pada anak-anak buah.

"Memori yg sukar nak di lupakan"

"Anak-anak buah pun aku didik untuk minat bersukan"

Selepas setahun peristiwa ngeri tu, mula bersukan. Jadilah dapat keluarkan peluh dan demi kesihatan sepanjang hayat.

Satu-satunya kenangan abadi dalam aktiviti sukan di bangku sekolah menengah.

"satu2nya medal yg msih di simpan. Kenangan abadi"

WAR!!!!PAINTBALL

"Dusun Ali King. Aman & Nyaman.
Jgn tertipu dgn date foto silap tu"

Semalam adalah hari pertempuran dengan kengkawan ofis. Most of us first timer.

Alkisahnya...Game start jam 11am. Masing2 amik kesempatan isi perut dulu dekat gerai depan Sek. Men. Teknik Gombak. Semua dah sampai dan settle isi perut jom ke medan perang pulak.

Dusun Ali King..Destinasi yg dituju. Hanya 10km dr UIAM Gombak. Jln msk imagine lah jln ke dusun. Seksanya. Kete kwn aku Pesona tersangkut. Jd kena lah tinggalkan kat jln msk. Sesampai kami di sana di sambut oleh seekor itik yg mesra. Disini lah medan pertempuran kami. Very excited everybody.

"Itik yg mesra"

Mula2 dgr dulu penerangan about peralatan, safety dan corak permainan. Msg2 blur tk dpt gambaran sebenar.

"Ini adalah masker brand Tippmann. Boleh tahan berat.
Boleh muat 200 pallet"

"Ini pulak Mask. Utk cover muka dr kena tembak.
Penting ni"

Selesai penerangan siap sedia untuk bertempur. Sambil bersiap sesi bergambar tk di lupa. Seingat aku lah sesi bergambar je dah amik masa yg lama.

"Vest ni penting utk cover badan dr terkena tembakan"

"Tapi bagi Pa'an ini adalah bengkung utknya.
Tgk lah brapa ramai yg tlg pakaikan sbb saiznya yg istimewa"


Lets begin the war. 1st game women team vs men team. Kami kalah. Selesai game rehat dulu. Wat post mortem. Change team (campur2). 2nd game aku still location atas bukit. Penat lah bukit ni. Terkena tembakan kena naik semula touch bendera then cpt2 msk balik. Oh tidak....Akhirnya game kedua team aku kalah juga walau aku sempat tembak musuh yg dh hampir dgn bendera tp tk dpt selamatkan bila musuh kedua pulak secara tiba2 dtg meluru. Tak dpt aku selamatkan sebab time tu aku dh terkorban. Sorry le kengkawan...Kedua-dua game aku dh nk hampir kubu lawan tp still gagal...Frust giler.

Habis game msg2 dgn kecederaan. Nama pun perang sure lah ada yg terluka. Kat dahi, pinggang, lutut, peha & jari. Yg kat jari tu boleh berdarah sbb kulit nipis. Tempat2 lain cuma lebam je tp still sakit.

Overall kami enjoy game walau pd asalnya yg confirm 18 org tp lastly tinggal 12 org je. Aku dh agak. Byk penyakit last minit cancel.

Paintball aku boleh kategorikan sebagai aktiviti yang mmg fun, penuh strategi, berani & lasak. Game ni ajar kita supaya berani ambil tindakan dgn rintangan yg ada dan saling kerjasama. Walau ada sorang teamate aku yg statik kat satu tempat and pallet dia plg byk yg tinggal. wat rugi je tk guna. Gelak sakan kami.

Pada sape2 yg berminat boleh lah visit this page https://dusunaliking.multiply.com Pakej yg kami amik RM70=250 pallet + RM5=vase. Berbaloi-baloi. Kalau yg suka kawasan hutan boleh ke sini. Yang best ada photographer then korang leh grab gambar dr website mereka. Masa berperang camne nk amik gambar. So mmg ada photographer yg disediakan.

The Team. Women vs Men














The WAR!!!






































































The pain














All of us. We did it!!!

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...