Malam ini bertolak ke Sapa untuk mendaki gunung. Dari Soft Pillow Hostel berjalan ke Railway meredah hujan. Sejak petang dah mula turun dan tak reda hingga malam.
Sampai di stesen sunyi tiada siapa. Mungkin masih awal. Perlu cari kaunter untuk ambil tiket train. Kami minta agent yang uruskan tiket pergi dan balik.
Bila dah ada pegawai di kaunter kami tanya dan dia arahkan ke bangunan sebelah. Rupanya ruang menunggu dibangunan lain.
Disini ambil tiket dari wakil agent. Tergelak bila tengok papan tanda ini. Keliru jugak sebab ini kedai jajan. Selesai urusan tiket dengan tiada masalah.
Ini keadaan sebenar station. Yang masuk tadi ikut pintu belakang bukan main entrance. No wonder tiada ramai orang. Seronok dapat pengalaman lagi menaiki train di negara orang.
Baru boleh rasa happy dan lega bila dan hampir tiba perjalanan kami. Katanya ada wifi dalam train tapi jangan haraplah.
Dinner dalam train dengan bekalan yang dibawa. Baru boleh lena tidur bila perut dah kenyang. Perjalanan ambil masa 8 jam bermula dari Tran Quy Cap (Hanoi Station B) ke Lao Cai, Sapa
Keesokan hari sampai di Lao Cai, hujan masih turun. Mudahan pendakian hari ini berjalan seperti biasa. Di luar station keadaan tidak serabut.
Untuk ke Sapa wakil agent dah tunggu di luar station. 45 minit sampai di sebuah restoran. Disini berjumpa dengan wakil yang kami berurusan melalui email. Segalanya lancar dan senang berurusan dengan dia. Highly recommended this agent.
Suka dengan suasana dalam restoran. Pekerja ramah tamah dan comel dan yang paling suka ada wifi. Sepanjang trip kami tak beli local sim. Hanya harapkan wifi percuma sahaja.
Pakej ni kami minta untuk sediakan makanan vegi. Sarapan yang disediakan memang tepat dengan cuaca Sapa pada ketika ini.
Tiada kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar Sapa kerana tujuan ke sini untuk mendaki sahaja. Sapa berada di tanah tinggi sama keadaan di Cameron.
Bersiap-sedia untuk perjalanan mendaki Gunung Fansipan. Hujan menandakan tidak akan reda sepanjang hari ini.
No comments:
Post a Comment