Destinasiku Mekah : Ziarah lagi

Tiba masa untuk ziarah luar. Ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Bazar kurma & ladang kurma.
Tempat pertama di tuju ke Masjid Quba. Tak jauh dari kota Madinah. Rasanya dlm 3km. Sejarah yag di ketahui, ia merupakan masjid pertama yg di bina oleh Rasulullah s.a.w semasa baginda selamat tiba di Madinah. Solat tahiyat masjid dilaksanakan sesuai dgn firmanNya

"sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya..."
(al-Taubah : 108)

~Masjid Quba~
Selesai solat & posing (harus ni), ke masjid Qiblatain. Tidak singgah hanya lalu sahaja sekadar melihat dari bas. Begitu juga dengan Masjid Tujuh. Masjid Qiblatain sejarah nama kerana peristiwa 2 kiblat, turunnya perintah Allah s.w.t agar Rasulullah s.a.w menjadikan Kaabah arah kiblat menggantikan Baitul Maqdis.
Bagi Masjid Tujuh pula kini hanya terdapat sebuah masjid sahaja yang ada untuk di ziarahi. Sejarahnya agak panjang untuk di ceritakan di sini. Sebuah masjid yang ada di kenali sbg Masjid al-Fath.


~Salah satu masjid tujuh-Masjid al-Fath~


Seterusnya ke Jabal Uhud. Lokasi agak jauh dari kawasan masjid-masjid tadi. Sepanjang jalan dapat lah lihat arus kemodenan dah mula menular di Madinah. Boleh tahan juga.
Jabal Uhud tempat berlakunya Perang Uhud. Cuba bayangkan suasana peperangan. Kagum aku. Sambil2 ambil gambar ustaz aku volunter amik gambar kami sambil dia kata "rugi tak amik gmbr batu di syurga..." eh ye ke ustaz. Tak tahu pulak aku. Kami pun tk lps peluang la buat kenangan.


~Di belakang nun batu yg akan diangkat ke syurga. Wallahualam~
Masa naik ke puncak Jabal (tak lah terlalu tinggi untuk di daki pun), terasa macam aku pulak salah seorang tentera pemanah. Seronok tak terhingga bila dapat melihat sendiri sejarah Islam. Aku dah mula sukakan sejarah. Kalau dulu zaman sekolah subjek ni la paling aku tak suka (benci la senang kata).
~Makam pahlawan. Lupa pulak namanya~
Jom ke ladang kurma. Pokok kurma serupa bentuknya dengan pokok kelapa sawit. Di sini ada kilang kurma. Boleh beli kurma kualiti baik di sini tp harga mahal sedikit berbanding di bazar. Sedap kurma nabi. Mestilah sedap pokok yang di tanam oleh nabi sendiri. Percuma air kurma. Sedap. Hilang dahaga. Mcm2 produk kurma ada di jual di sini. Borong jgn tk borong. Tp kalau budget ciput nnt beli je kat bazar kurma.

~Salah sebuah kedai di kawasan ladang. Baru perasan B.Melayu iklan tu~
Kualiti kurma di bazar kurma tak berapa best, kena pandai cari. Tp sini harga yg di tawarkan sgt murah. Borong ler selagi mampu. Dari ladang ke sini tk berapa jauh. Duit pun dah habis jom la balik ke hotel kerana keutamaan bersolat di Masjid Nabawi adalah lebih baik dari membuang masa memilih kurma. Nasihat je. Petikan dari sabda nabi

~Bazar kurma. Ada jual makanan lain~

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

Sekadar ingatan sebelum hilang ingatan eheee....

Destinasiku Madinah : Madinah Al Munawarah

Perjalanan ke Madinah lebih kurang 3-4 jam dari Jeddah. Suasana sepi dan sejuk dalam bas. Lenguh tengkuk. Tak selesa tolak tepi asalkan mata terpejam. Hilangkan penat. Di pertengahan perjalanan jemaah berhenti untuk makan.

Makan?Alahai aku ni mengantuk tak lapar pun. Rezki jangan di tolak. Makan juga la. Nasi bungkus. Sedap tp tak dapat nk habiskan, terlalu banyak kuantitinya. Org Arab mmg mkn sebanyak tu. Aku Malaysian perut conet je.

Sesampai di Madinah azan subuh dah berkumandang. Melihat ramainya orang berpusu-pusu ke masjid. Alhamdulillah sampai juga aku di sini. Air mata dah bergenang. Terpegun tgk Masjid Nabawi. Nah depan mata.

Kami tak dapat nak solat subuh di masjid pagi ni sebab perlu selesaikan semua urusan bilik dan beg. Aku berkongsi bilik bersama seorang jemaah. Bilik katil 4 tp kami berdua. Selesa.

Selesai urusan dan bersarapan, semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah iaitu ziarah dalam. Bermaksud ziarah ke Masjid Nabawi. Disitu terletaknya makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat, raudhah dan perkuburan Baqi.

Aku terpinga-pinga. Cuba membayangkan suasana di dalam. Dari sok-sek makcik pakcik yang berpengalaman macam ssh je untuk tembus ke makam dan raudhah. Hati mula gelisah. Kelajuan degupan jantung luarbiasa. Kalau tak silap 3 pintu untuk kaum hawa masuk ke masjid. Setiap pintu ada pengawal. Tak tahu apa yang dorang cari dalam beg. Yang aku tahu tak di benarkan untuk bw masuk kamera/handphone. Nasihat aku, usung je kasut/selipar kemana pergi. Takut kehilangan. Tp kalau dah hilang redha kan je.

Dengan langkah kanan masuk ke dalam masjid. Terpegun lagi dgn seni bina dalam. Solat tahiyatulmasjid di laksanakan. Selesai sahaja aku terus ikut jemaah lain ke raudah. Ramainya.....Sedang kami berjalan tetiba di sergah oleh pengawal . "Duduk ibu, duduk..." Terkejut aku. Pengawal tu boleh berbahasa Melayu. Tp pelat arab ttp ada.

Untuk masuk ke raudhah ada masa yang di tetapkan. Tak menentu. Kena selalu tanya pengawal kalau nk ke sini berulang kali. Dari apa yg aku lihat, semua jemaah yang sedang tunggu giliran untuk masuk di letakkan mengikut negara. Malaysia bersama Indonesia. Serumpun. Kalau bangsa Arab senang-senang je dapat masuk raudhah tanpa perlu beratur dan menunggu lama. Ada juga jemaah yang cuba ciluk-ciluk masuk, pengawal dapat tangkap. Geli hati juga tgk gelagat dorang.

Sambil menunggu, berzikir ke...baca Quran ke...jgn biarkan masa terbuang. Tp aku tk boleh nk kusyuk. Asyik la mata meliar lihat gelagat orang di sini. Jakun la jgk. Akhirnya dah dekat pkl 11am lepas hampir tunggu 2 jam tunggu, tiba giliran kami untuk bersedia masuk. Bila mana pengawal membenarkan masuk, berasak-asak, tolak-menolak jgn citer lah. Pengalaman pertama. aku tak dapat nak bayangkan. Di dalam sana...aku tak nk citer. Korang alami lah sendiri.

Rezki untuk masuk ke raudah untuk kali ke-2 dan seterusnya tiada. Dia hanya izinkan aku untuk sekali sahaja. InsyAllah masa mendatang...aku redha dengan apa yang aku dh dapat. Alhamdulillah selesai urusan ziarah. Tunggu solat zohor.

Berjalan kaki balik ke hotel. Bukan jauh pun. Kota ini kota yang tenang. Bandar yang di diami oleh Rasullullah. Penduduk sini ada budi pekertinya. Laluan ke masjid bersih. Tiada apa yang nak di takutkan. Jiwa tenang berada di sini.

Untuk shopping, jgn risau. Sekitar hotel dah memadai. Deretan kedai, shopping mall ada di sekitar hotel. Bila-bila masa terluang boleh pergi. Sanggup untuk tinggal di kota ni. Aman je. Lagipun Madinah bertambah maju. Madinah ada starbuck (mcm manalah bole lepas masuk brand Yahudi ni?), ada subway dan mcm2 lagi outlet yg moden2. Tp yg plg penting ada Masjid Nabawi hehee.

Lepas solat asar, rehat2 diri untuk maghrib pula, tp tah mcm mana aku & roomate bole terbabas tido sedar2 pkl 10pm. Buruk perangai. Isyak pun terlepas. Aduyaii..Godaan syaitan kuat sggh. Kepenatan sggh nampaknya...Taubat

Tinggalkan cerita ziarah ini dengan foto-foto tenang suasana sekitar Masjid Nabawi


Semoga and semua punya semangat yang berkobar-2 untuk abdikan diri di sini jua. InsyAllah

Kembara paling best

Apa nak jd dgn aku ni..sungguh pemalas untuk update blog. Pemalas ke? bukan..tetapi kurang masa utk update blog. Bermakna ada kerja yg lebih penting utk dilaksanakan konon...

Kali ni aku nk kisahkan kembara yang paling best di dunia. Kesinambungan dari kembara jordan for last posting. Tak kira nk citer juga dlm blog walau pemergian dh berlalu 3 bulan. Tujuan bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi utk takbur dan bongkak tapi kan berkongi ilmu sgt di tuntut.

Tempat ini memberi ketengangan yang tak dpt di mana2. Alah tak kan tk tahu kot..Citer nak mula dah....

Selamat tiba di airport Jeddah. urusan kemasukkan kat imigresen dgn hati yg berdebar. Mana tak aku dh ler menumpang mahram. Selain aku ada lagi 4 org senasib. Bila tiba giliran kami pegawai imigresen tu geleng kepala sambil kata "MasyALLAH". Maknanya dia terkejut mahram pakcik tu ramai. Alhamdulillah lepas. Ikut kata ustaz kat sini strict skit nk lepas imigresen.
Tunggu pulak urusan beg. Dah selesai baru lah lega nk kuar dari kawasan imigresen. Bila nak keluar dari gate tetiba aku jd panik. Sebabnya ada jemaah yang serahkan passport pd pegawai yang jaga gate. Eh nape sewenang-wenang bg passport kat org tk di kenali. Hati aku was-was tp tangan tetap serah kan passport. Akhirnya baru aku teringat yang ustaz ada berpesan tadi mmg kena serah passport pd pegawai imigresen. Hahaaa....gelak sorang2. Cuak di buatnya.

Yelah mana tak cuak dh ler dtg sini lone ranger. Hah padan muka. Mmg pd mulanya agak ssh tp lama kelamaan dh boleh terima keadaan yang nnt mati akan keseorangan jua. Anggap jemaah ini adalah keluarga sendiri.

Masing2 dgn keluarga, anak2, ibu & bapa, suami isteri, bila paling & tanya aku..."Saya seorang je. Mak & ayah dh penah dtg. Mereka nak buat haji jd kumpul duit utk haji lah" Itu je jawapan yg aku ada. Lantas dpt pujian "alhamdulillah...muda2 dh dtg sini. Seorang diri pulak tu" sambil dlm hati aku menyahut "Alhamdulillah...tp saya tak muda lagi...eheee".

Lega hati bila segala urusan kat sini dh selesai. baru le bole senyum. lepas ni perjalanan lebih kurang 4-5 jam ke destinasi seterusnya menaiki bas. Jam dah pukul 1am. Mata dh mula layu. Sunyi sepi dalam bas. Masing-2 dh melayan mimpi. Kepenatan...


"keluarga yg ditinggalkan"


"sibuknya airport jeddah"



"senyum lega"

Kembara Jordan

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi memberi peluang untuk kembara lebih jauh. Rezki yang di kurniakan olehNYA di manfaatkan sebaik mungkin. Kembara kali ini memberi peluang untuk melihat sendiri sejarah peninggalan Islam. Tk pandai nk bercerita psl sejarah. Tapi dengan kembara ini secara langsung mula belajar sedikit demi sedikit. Kerana kembara hidup ini sebagai Islam masih perlu pembelajaran yang tiada henti.


Jordan-negara yang kecil. Hasil negara hanyalah dari Argiculture. Matawang tinggi. Bukan negara pengeluar minyak seperti negara-negara jiran. Suhu kat sini masa mula sampai sejuk. Tak tahu pulak sejuk. Panas tp udara sejuk. Best. Bukit bukau. Pembangunan tak tersusun. Messy.


Perkara yang dpt dr kembara ini...

~kisah teladan orang beriman yang dibalas dengan kebaikan. Ashabul Khafi yang di maksudkan. Kerana memperjuangkan iman mereka terhadap Islam, mereka (di maksudkan beberapa pemuda) di tidurkan selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Kemudian di bangkitkan setelah zaman pemerintah raja mereka yang kejam telah berakhir. Bagaimana kita perlu ingat setiap kebaikan @ perjuangan terhadap Islam akan mendapat balasan yang baik kelak. Kisah teladan ini ada di riwayatkan dalam Al Quran Surah ke 18-Al Kahf (bermaksud gua). Sila la baca ye.

Singgah sebentar di Makam Nabi Shuib. Dapat di bayangkan suasana perkampungan Nabi Syuib yang berbukit bukau, kampung yang aman...Tk perlu lah aku kisahkan di sini.

Akhir sekali perjalanan ke Laut Mati. Rasa jauh juga sebab lena selenanya dalam bas. Sesampai je kat sini. Sekali lagi kagum dengan keindahan laut.

~Pengajaran yang perlu kita ingat di mana orang yang ingkar kepada perintah Allah, ajaran yang cuba di sampaikan oleh Nabi Lut kepada kaumnya telah di balas dengan kehinaan. Kaum ini (Sadum) telah menerima azab dari Allah. Kaum ini hancur kerana amalan homosex. Perkampungan mereka telah diterbalikan. Sbb itu air laut mati masin semasinnya. Kalu ada yang cuba letak kat bibir akan rasa kebas. Kalu mandi kat sini secara automatik akan terapung. Yang tk tahu nk apungkan diri dalam air tk perlu risau. Menurut kajian terbaru ada 12 perkampungan yang di terbalikkan. Kat sini lah paras bumi yang paling rendah. Ye lah kan bumi di terbalikkan ke atas. Jd rendahlah...

Before we heading back to hotel. Singgah di gift shop. Boleh beli garam laut dan mudd.
Ikut hati banyak yang nk story mory. Tp tkpe dalam kembara lain yang lebih best. Kembara belum tamat.

Destinasiku Thailand : James Bond Island + canoeing

Sebenarnya kat Phuket ni byk island yang boleh kita pegi. Asalkan ada duit & masa terlebih pilih je mana nak pegi. This time we choose to Phang Nga Bay. Akan ada transport pick up from hotel around 7.45am (kekadang tu lambat gak). From hotel fetch other tourist along the way to jetty. Smp je kat jeti semua berkumpul kat travel agent's office utk skit info dan bebelan. Hehehe. Yg ni different jetty dr semlm. Jauh juga dalam 1 jam (if not mistaken).

Pakej travel dari ejen Leo Canoe. Pro tour guide. Pakej bot laju THB2000. Tour include land transfer, coffe/tea, fruit, soft drinks (minumlah byk mana pun). canoeing gear, life jacket & full insurance. Bole kalu nk pilih pakej Big boat slow skit and cheaper. Dengan speed boat ikut itenarary bole settle tour of the day by 4pm, but if slow boat by 5pm. Different 1 hour. Since this is our last day, kami perlu kejar masa.

1st place of course to Bond Island. Bukan ada apa pun cuma leh tgk view yg cantik dan bayangkan masa filem tu di buat di sini. Tu je.

Ke Panyee Island untuk lunch. Makanan alhamdulillah sedap. Tempat selesa. Pemandangan cantik. Berselera makan. Andaman Restaurant. 

Dh kenyang jom pegi kayak kat Hong Island.

Air kat sini tenang & cetek. Ciptaan Tuhan. Mmg cantik. Subhanallah...
Dont wory ada tukang dayung kayak. Satu boleh 3 persons (termasuk tukang kayak) or 4. So kita relax je atas kayak & jgn lupa snap gmbr byk2 sbb viewnya sgt unik. Tukang kayak ni boleh la speaking london skit2. Jd sediakan skit duit je utk upah dia kayak nanti. Jgn terkejut sbb nnt akan ada "pro photographer" snap gmbr kita. Tggu lah apa akan jd nnt.
Last place ke Naka Island untk mandi-manda & relaxing. Air mmg best dan jernih. Puas berendam time to go home. Atas bot di sediakan fruit. Dr sini ke jeti dh tk jauh. Estimate time utk tour ni dr 8.30-4.30 ptg bergantung pd keadaan.
Bila sampai jeti..jeng..jeng...igt tk gmbr yg di snap masa canoeing di jual kat sini dgn harga THB200. Rugi plak tk sambar gambar cantik beb..

Conclusionnya kalu sape2 nk ke phuket try plan mcm kami. Balik KL amik flite mlm skit jd dpt lah penuh masa pegi tour island je..pd yg lebih berani bole try buggy jumping. Info cari sendiri. Tak sempat nk survey.

One more thing better jgn amik trip ke Phuket FantaSea sbb bukan ada apa pun. setakat nk tgk kuil buddha, pondan menari & suasana kebudayaan thailand tu je. Baik abis duit tgk keindahan ciptaan Tuhan. Dapat pahala.

~THE END~

Destinasiku Thailand : Nite life Phuket - Nite 2

2nd nite at Phuket. Mlm ni mencari lagi apa yg nk di makan.

Free shutter (provide by our hotel) turunkan kami kat satu shopping mall. Actually nk repeat cari barang kat jln Bangla but end up tah ke mana ikut kaki kami.

Perut makin lapar rounding cari restoran yg sesuai utk di makan. And at last jmpa Dubai restaurant again. Yang ni branch. Not bad byk branch. We decide to order tom yam. Mmg marvelous..dtg thailand this food jgn lupa. Jadi ini je la makanan yang boleh di advise utk di makan. Cari Dubai mmg tk kecewa makanannya.

Dtg Phuket belasah je jln sure jmpa jln pulang. Before balik terjumpa tut tut yang bentuk asal.
Nxt story island trip 2nd series...

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...