Destinasiku Mekah : Ziarah lagi

Tiba masa untuk ziarah luar. Ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Bazar kurma & ladang kurma.
Tempat pertama di tuju ke Masjid Quba. Tak jauh dari kota Madinah. Rasanya dlm 3km. Sejarah yag di ketahui, ia merupakan masjid pertama yg di bina oleh Rasulullah s.a.w semasa baginda selamat tiba di Madinah. Solat tahiyat masjid dilaksanakan sesuai dgn firmanNya

"sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya..."
(al-Taubah : 108)

~Masjid Quba~
Selesai solat & posing (harus ni), ke masjid Qiblatain. Tidak singgah hanya lalu sahaja sekadar melihat dari bas. Begitu juga dengan Masjid Tujuh. Masjid Qiblatain sejarah nama kerana peristiwa 2 kiblat, turunnya perintah Allah s.w.t agar Rasulullah s.a.w menjadikan Kaabah arah kiblat menggantikan Baitul Maqdis.
Bagi Masjid Tujuh pula kini hanya terdapat sebuah masjid sahaja yang ada untuk di ziarahi. Sejarahnya agak panjang untuk di ceritakan di sini. Sebuah masjid yang ada di kenali sbg Masjid al-Fath.


~Salah satu masjid tujuh-Masjid al-Fath~


Seterusnya ke Jabal Uhud. Lokasi agak jauh dari kawasan masjid-masjid tadi. Sepanjang jalan dapat lah lihat arus kemodenan dah mula menular di Madinah. Boleh tahan juga.
Jabal Uhud tempat berlakunya Perang Uhud. Cuba bayangkan suasana peperangan. Kagum aku. Sambil2 ambil gambar ustaz aku volunter amik gambar kami sambil dia kata "rugi tak amik gmbr batu di syurga..." eh ye ke ustaz. Tak tahu pulak aku. Kami pun tk lps peluang la buat kenangan.


~Di belakang nun batu yg akan diangkat ke syurga. Wallahualam~
Masa naik ke puncak Jabal (tak lah terlalu tinggi untuk di daki pun), terasa macam aku pulak salah seorang tentera pemanah. Seronok tak terhingga bila dapat melihat sendiri sejarah Islam. Aku dah mula sukakan sejarah. Kalau dulu zaman sekolah subjek ni la paling aku tak suka (benci la senang kata).
~Makam pahlawan. Lupa pulak namanya~
Jom ke ladang kurma. Pokok kurma serupa bentuknya dengan pokok kelapa sawit. Di sini ada kilang kurma. Boleh beli kurma kualiti baik di sini tp harga mahal sedikit berbanding di bazar. Sedap kurma nabi. Mestilah sedap pokok yang di tanam oleh nabi sendiri. Percuma air kurma. Sedap. Hilang dahaga. Mcm2 produk kurma ada di jual di sini. Borong jgn tk borong. Tp kalau budget ciput nnt beli je kat bazar kurma.

~Salah sebuah kedai di kawasan ladang. Baru perasan B.Melayu iklan tu~
Kualiti kurma di bazar kurma tak berapa best, kena pandai cari. Tp sini harga yg di tawarkan sgt murah. Borong ler selagi mampu. Dari ladang ke sini tk berapa jauh. Duit pun dah habis jom la balik ke hotel kerana keutamaan bersolat di Masjid Nabawi adalah lebih baik dari membuang masa memilih kurma. Nasihat je. Petikan dari sabda nabi

~Bazar kurma. Ada jual makanan lain~

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

Sekadar ingatan sebelum hilang ingatan eheee....

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...