H1N1

Semalam anta bonda ke hospital selayang sebab bonda amik shift malam jaga anak buah yang sakit.
Anak buah ni dah demam berlarutan di campur dengan muntah2 dan cirit birit. Itu kan simpton penyakit tu. Mulanya kena tahan hospital sebab nak kuarkan air dalam perutnya. Anak buah mmg ada sakit buah pinggang. So pagi semalam doktor kata dia dh kena infection penyakit tu. Kena tggu ujian darah. Keputusan X-Ray lung dah ada kuman. Kesiannya... 

Ya Allah hambamu ini memohon kepadaMu jauhkan lah kami sekeluarga dari penyakit itu. Sembuhkan anak buah ku..Amin Semoga negara kita juga segera bebas dari penyakit ini. Makin hari makin meningkat kes kematian. Ramai yang dah mula demam, batuk, dll. Begitu juga team mate aku yang sejak minggu lepas tak tunjuk sebarang petanda nak baik. Musibah dariNya agar umatnya lebih bertaqwa kepadanya...
   
"Langkah berjaga2..."

Cikgu tak bertauliah

Kat umah pun ngajar lagi. Alahai cucu kesayangan opah yg sorang ni slalu byk main je. Jadi bila makciknya skang balik umah awal kena lah paksa belaja. Sorry no excuse. Pelajaran makin merosot.

Yang nk amik PMR dan SPM pulak mcm tk risau je. Mana boleh makciknya tgk keadaan anak2 buah yang makin leka dgn pelajaran. Tinggal beberapa hari lagi je untuk peperiksaan besar. Yang PMR penentu kelas baik tingkatan 4. Yang SPM penentu masa hadapan. Aduyaiiii bila lah korang nk berubah ni????

Lunch time td singgah Alamanda since today's job was that area. Rounding MPH cr buku kerja utk anak2 buah. Lepas ni no more aktiviti sosial. What you have to set in your mind is study..study..study..Hahaha mcm komandar lah makciknya.

Makciknya pun mlm ni study manual modul sistem baru. Nk kena hafal dan faham selok-belok sistem. Masih tak expert lagi. Nanti nk ajar orang terkial-kial wat malu company je. Sampai tua belaja je. Yang muda2 nape lah tak nk belaja lagi...Tak faham lah sikap budak2 sekarang. Moden bebenor.

Nie moto makciknya dari zaman skolah lagi.
Banyak baca banyak lupa
Sikit baca sikit lupa
Tak baca tak lupa

Lu pikirlah sendiri....

"apa punya gaya blaja nie....????
meja study ada tp makciknya prefer gini..santai"

"Hasil beli belah kat MPH..berkorban duit utk masa depan."

Mengajar lagi


Hari ini job dekat sini.

Jauh juga perjalanan aku hari ini. 146km from my house. Jauhkan?Tugas & tanggungjawab tk dpt di elakkan. Lewat sampai ke sini. Jangkaan aku mungkin ke sini amik masa 2 jam pun cukup. Tp tidak 2 1/2 jam rupanya. Tersalah anggar akibatnya peserta menunggu penceramah. Mmg tk patut.

Dah lah sepanjang perjalanan masuk ke jajahan kuala selangor jerebu yg teruk. Tambahan plak kawan pesan kat sini byk speed trap. So aku sbg "pemandu yg patuh pd peraturan" membawa kereta dgn kelajuan hanya 90km. Mana boleh camni. Jalan clear. Bawak slow tambah ngantuk lah. Tp sebenarnya bukan itu yg aku takut. Kalu kena saman aku ada 2 kesalahan besar. Yg plg utama lesen dah tamat tempoh tp dgn selamber drive gak kete. Maaf ye tuan2 polis & tuan2 JPJ aku bukan sengaja. Jgn contohi aku. Minah brutal mmg sikapnya begini...heheeee. Dah ler lalu depan pejabat JPJ dan Balai Polis. Tk rasa bersalah langsung. Kuikuiiiii...

Sesampai je Sabak Bernam hujan turun selebat-lebatnya. Padan muka aku kuyup walau berpayung. Denda sbb dtg lambat. Tuhan byr cash trus.

Masuk je makmal komputer perkenalkan diri and start enjin trus msk gear 5 tanpa henti aku bercakap. Luarbiasa sungguh energy aku hari ini. Mungkin semangat dgn peserta2 yang hadir tekun mendengar bebelan aku. Aku hargai mereka.

Pkl 3 selesai tugas mengajar. Byk juga yang aku blaja dari peserta2. Trimas..

Pada pihak Kolej aku ucapkan ribuan terima kasih atas layanan anda dan kesudian untuk belajar pada hari ini. Tak sia2 aku dtg jauh2 bila org menghargai ilmu kita.

I luv this job...teaching

Perjalanan balik seronok sbb laluan kg. Tenang je. Sempat lah menyinggah beli jagung susu untuk di rebus. Fresh from farm.

Mengajar dan belajar

Misi hari kedua.... 
mengajar & belajar.

Hari ni bermulalah taklimat dan training di Jabatan Laut Sarawak. Sesi taklimat ku serahkan kepada wakil pegawai. Bilik yg dingin sgt tp soklan2 yg hangat. Mmg mencabar bila byk persoalan tp at least ada sesuatu yang kami belajar. Tp ada juga pertanyaan yang buat kami gelak dalam hati aje. Oh sungguh tk msk akal.Hikhikhik...




Sesi training aku dipertanggungjawabkan. CIKGU KASUT TUMIT TINGGI. Padan muka sape suh pakai kasut tu kesian kaki sbb kena berdiri sepanjang masa..Mengajar seberapa yang boleh dengan harapan mereka faham. Bahasa kitak dan kamik kan berbeza. Pemahaman sedikit berbeza. Sedaya upaya lah mengajar.

Bila ada event begini setiap masa makanan di hidangkan. Mmg best2 belaka kesudahannya perut aku meragam lepas kelas. Sian perut. Kejam betul aku ni menyeksa kaki dan perut.

Esok ada lagi kelas. Sambung esok ye tuan2 dan puan2.

Byk perkara yang kita tidak tahu kita perlu belajar. Byk perkara yang kita tahu org lain tidak tahu kita haruslah mengajar. Adil kan? Kesimpulannya kita perlu mengajar dan belajar.

Pada cikgu2 semua selamat mengajar dengan penuh dedikasi. Pada murid2 sekalian belajarlah selagi ilmu itu utk dimanfaatkan. Tiada kerugian mengajar dan belajar.

"Pemandangan dari tingkat 3 free2 time tangkap gambar"

Destinasiku Sarawak : Misi Kerja di Sarawak

Misi hari pertama...discussion, preparation & installation

Ke sarawak lagi kamik...pegi je lah nnt dh tk leh outstation sangap kat kl. Ni pun atas permintaan kawan utk ganti tempat dia.
Flite kul 8.15am and delayed ke 9am. 5.15am dh kena kuar umah. Aduh ngantuknya.

Breakfast kat cafe marche klia.tetiba teringin nk mkn sandwitch. Tu dia...org melayu breakfast like omputih hehehe..Nafsu tekak lebur duit RM18 juz for bread + hot chocolate.

Naik flite mkn pulak nasi lemak + mcm2 side dish. Makan lagi. Senget plane tu. Nsb baik naik airbus. Ramai lak omputih. Bahaya ni H1N1. Byk protocol nk kuar dr airport. Kena isi form declaration utk H1N1 and custom clearance. Bosan betul lah. Amik teksi trus ke Jabatan Laut Sarawak kat Tanah Putih. Taxi fare RM27. Rabak lagi poket. Dh ler blom dpt advance. Tkpe tolak tepi soal duit yg penting misi berjaya. Sesampai di sini jumpa urusetia. Skit discussion. Then wat installation & preparation utk training esok. Letihnya...5.45pm baru dpt balik hotel. Dinner tapau Mc'D je.


Rehatkan minda. Esok dh mula ngajar. Tk larat ngantuk....

"Kena panjat ke tingkat 3. Patah kaki"

"sauh sinonim dgn laut"

"Practise utk pertandingan akhir bulan ni"

"Keindahan alam..mempesonakan"

Celebrate birthday

Last saturday buat skit celebration birthday utk anak2 buah yg lahir dari mac-august. Sekali sambutan senang keje..jimat..dan tak terlupa nanti. Ye la kena adil dan saksama pd semua org. Bila semua adik-beradik berkumpul rasa seronok. Kami duduk bukan lah jauh2 pun satu kawasan je dan hari2 nampak btg hidung masing2 tp bila ada acara mkn2 lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lagipun ada pertambahan ahli dalam keluarga kami. Welcome to our family-my sister's hubby. Riuh rendah dapur kami. Itupun satu keluarga tk dpt hadir jd kurang lah ahlinya...If not lagi bising.. Apa2 pun semua happy. Aku suka bila semua happy. Puas hati bila perkara yang kita buat semua org happy dan merasainya..

So pd anak2 buah ku...mira, anis, ariyana, ayeem, harris. umairah & ikram hepi birthday uder ucapkan pada korang semua. Ingat pesan uder selalu. Walau nanti satu hari uder ada keluarga sendiri korang semua tetap dalam hati uder (permata hatiku)...Pada yg belum dapat hadiah tunggulah ye..


Thanks pada along gak jd chef of the day...

Ok semua apa yang penting kat sini keluarga kena sentiasa diutamakan. Susah senang bersama. Air dicincang tidak boleh putus begitu juga hubungan adik beradik. Seburuk2 or sejahat2 mereka tetap darah daging kita. Kalau lah satu hari nanti anda jd jutawan jgn lupa pd keluarga. Ingat pesan org tua ye....

"My name is aliya. my birthday is on november. I like this cake thats why i ask my uder to take my photo with this sweet cakes...i'm sweet like this cake right??? cheese!!!!"

"doa lah dulu"

"Ustaz shahir baca doa makan. atuk din baca doa selamat. pak usu tk sabar nak makan"

"part of my happy family"

"My name is ariyana. Tq uder for this cake"

"Jom makan. Nasi goreng cina+ayam goreng+sausage goreng+potato wedges"

"Pencuci mulut"

"Part of birthday girls & boys"

"Hai i'm umairah...yummy...yummy..."

Yang penting kerjasama...

Aku terlupa psl mggu seblom masuk ofis baru tu..kami beramai2 gotong royong atur meja & kerusi dan bersihkan bilik tersebut untuk kegunaan bersama. Tp ramai juga yang tk dtg...ermmmm sendiri mau ingat lah kalu mmg sengaja tk dtg.

Jadi teringat pada mulut murai farah fauzana dgn dialog nya..."yg penting kerjasama..." YA mmg betul ada kerjasama ada muafakat keje selesai dgn cepat.

Ok kwn2 ingat tu "yg penting kerjasama....."

"Org pompuannya..."

"Ustaz ni dok je ke?"

"Ni lah kerjasama..tolong menolong. 2 org wat keje yg lain pakat tolong........"

"tolong pandang hahaha"

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...