Mengajar lagi


Hari ini job dekat sini.

Jauh juga perjalanan aku hari ini. 146km from my house. Jauhkan?Tugas & tanggungjawab tk dpt di elakkan. Lewat sampai ke sini. Jangkaan aku mungkin ke sini amik masa 2 jam pun cukup. Tp tidak 2 1/2 jam rupanya. Tersalah anggar akibatnya peserta menunggu penceramah. Mmg tk patut.

Dah lah sepanjang perjalanan masuk ke jajahan kuala selangor jerebu yg teruk. Tambahan plak kawan pesan kat sini byk speed trap. So aku sbg "pemandu yg patuh pd peraturan" membawa kereta dgn kelajuan hanya 90km. Mana boleh camni. Jalan clear. Bawak slow tambah ngantuk lah. Tp sebenarnya bukan itu yg aku takut. Kalu kena saman aku ada 2 kesalahan besar. Yg plg utama lesen dah tamat tempoh tp dgn selamber drive gak kete. Maaf ye tuan2 polis & tuan2 JPJ aku bukan sengaja. Jgn contohi aku. Minah brutal mmg sikapnya begini...heheeee. Dah ler lalu depan pejabat JPJ dan Balai Polis. Tk rasa bersalah langsung. Kuikuiiiii...

Sesampai je Sabak Bernam hujan turun selebat-lebatnya. Padan muka aku kuyup walau berpayung. Denda sbb dtg lambat. Tuhan byr cash trus.

Masuk je makmal komputer perkenalkan diri and start enjin trus msk gear 5 tanpa henti aku bercakap. Luarbiasa sungguh energy aku hari ini. Mungkin semangat dgn peserta2 yang hadir tekun mendengar bebelan aku. Aku hargai mereka.

Pkl 3 selesai tugas mengajar. Byk juga yang aku blaja dari peserta2. Trimas..

Pada pihak Kolej aku ucapkan ribuan terima kasih atas layanan anda dan kesudian untuk belajar pada hari ini. Tak sia2 aku dtg jauh2 bila org menghargai ilmu kita.

I luv this job...teaching

Perjalanan balik seronok sbb laluan kg. Tenang je. Sempat lah menyinggah beli jagung susu untuk di rebus. Fresh from farm.

2 comments:

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...