Marathon : Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016

Trip kali ini bukan sahaja Marathon tetapi kami selitkan sekali dengan leisure hiking dan foodhunt. 

Leisure Hiking - Berekeh Hill
Kita mula dulu destinasi ke sini yang terletak di Sungai Siput. Dengan hanya ketinggian 454 meter. Rendah tapi pemandangan yang menarik. Sekiranya bernasib baik akan dapat melihat pemandangan awan karpet. Kita datang santai sahaja. Melihat sendiri pemandangan yang indah itu. Terdapat 5 buah puncak bukit yang setiap satunya menjanjikan pemandangan yang menarik.

Kami mulakan pendakian agak lewat. Matahari sudah mula memancar. Bila cuaca sudah panas badan akan cepat letih dan tidak berdaya. Tetapi disebabkan pemandangan itu kami tetap ceria.

Bermula dengan melalui ladang kelapa sawit. Mendaki sahaja sehingga ke puncak. Ada kala landai.

Masuk ke kawasan hutan sedikit. 


Keindahan mula nampak dan makin bersemangat untuk cepat sampai ke puncak.



Dan berjaya menawan puncak. Walau tidak tinggi mana tetapi untuk menempuh 5 bukit menguji juga. Akhirnya kami berkelah di atas puncak. Hanya kami sahaja yang ada. Mungkin pendaki lain semua datang awal untuk mengejar matahari naik. Semasa kami dipuncak muncul seekor kucing. Kesian juga jauh mendaki. Jadi kami berkongsi KFC dengan kucing itu.



Marathon - Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016
Date : 13th November 2016 (Sunday)
Venue : Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar, Perak
Distance :  7km ||  10km  || 15km

Seterusnya kami perlu segera ke Kuala Kangsar untuk event keesokkan hari. Bergegas untuk ambil race kit dan berehat secukupnya. Bermalam di homestay tidak jauh dari bandar. Makan malam digerai depan homestay. 

Daftar larian dengan harga yang murah berbanding larian lain. Berlari untuk suka sahaja. Menarik tentang acara ini, sarapan pagi ringan disediakan dan pelbagai makanan dan minuman disediakan sepanjang larian.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bersama-sama lebih 7,000 orang menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak. Beruntung kome dapat sultan yang baik dan peribadi mulia.


Seronok dapat berlari dikawasan kampung. Teringat zaman sekolah menengah acara merentas desa. Sorakan orang kampung. Acara kebudayaan. Memang menarik acara kali ini. Patutlah selling fast.



Berjaya juga habiskan larian 10km. Dapat pengalaman acara larian luar Kuala Lumpur. Daulat Tuanku! Terima kasih Tuanku. Semoga Tuanku berada dalam lindunganNya dan dimurahkan rezeki dan dapat bantu rakyat Tuanku. Patik hanya menumpang untuk kali ini sahaja.


Kami beransur pulang. Sebelum itu singgah di jambatan yang terkenal di Kuala Kangsar. Photoshot kononnya. Simpan sebagai kenangan bukti telah sampai di sini. Selesai bergambar sebelum pulang ke homestay kami cari Laksa Sarang Burung yang femes di sini. Kami perlu bergegas untuk balik Kuala Lumpur dan singgah ke destinasi terakhir.
Victoria Bridge is one of the oldest railway bridges in the country, having been constructed between December 1897 and March 1900 by the Perak Government Railway as a crossing over the Perak River to serve the local tin mining industry.


Food Hunt - Ipoh Mali
Sampai di Ipoh Perak kami terjah dulu Nasi Ganja yang femes tu. Katanya nasi kandar sedap di Ipoh. Must try. Nama pun pelik mungkin sebab ramai yang ketagihan dengan kesedapan masakan ini seolah-olah diletaknya ganja.

Kedai makan ini terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan. Waktu operasi antara 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Tutup pada hari Isnin. Nasi ini halal walau beroperasi di kedai kopi Cina. Smua lauk menarik untuk dicuba tapi cadangan lauk menu popular adalah Ayam merah dan telur masin. Terliur dah. Tambah berat badan walau dah berlari 10km pagi tadi.

Ramai sungguh yang datang makan ke sini. Beratur panjang yang nak makan di kedai dan bungkus. Jadi bersabarlah.Datang Ipoh mesti wajib makan Nasi Ganja! Muka senyum puas hati dapat merasa.



Seterusnya kami berjalan sekitar bandar ipoh menjenguk kedai atau kafe hipster yang femes dan mencuba sendiri makanan tersebut. Banyak pilihan dan kami tertarik dengan Chokodok Reggae House Cafe & Backpackers. Bagus idea owner kedai ini. Terletak dijalan Sultan Iskandar betul-betul berhadapan Balai Polis Pekan Batu. Lokasi strategik, menu cekodok simple tapi menarik dan hiasan dalaman yang kreatif. Selain makan ada disediakan ruang penginapan bagi backpackers budget.
Nestled in the nostalgic Ipoh, just 2297 feet from Ipoh Parade, Chokodok Reggae House offers accommodations in a rustic, yet artistic building. Located near bustling traffic, rooms at this backpacker's lodge overlook the streets and are made of recycled material, with each room separated with plywood and zinc.
Minum petang kami jamu cekodok pisang. Masih kenyang dengan nasi ganja. Kami dilayan isteri pemilik kedai yang bukan warganegara Malaysia. Sambil mengunyah kami dengar cerita pertemuan beliau dan suaminya seorang warganegara Malaysia.




Nak cuba menu lain banyak lagi. Boleh tengok senarai ni. Susah sangat order je cekodok pisang.


Cuaca panas, jom cari makanan sejuk. Hokkaido Icecream Puff pilihan seterusnya. Banyak pilihan perasa ice cream. Boleh diterima dan menarik untuk dicuba.


Banyak lagi makan menarik sekitar Ipoh. Ada rezeki lain aku akan kembali untuk misi Food Hunt. Dah jom balik, Buat penat je lari 10km tapi makan macam-macam.


No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...