Hari kedua di Korea. Itenary berubah. Ke Nami Island. Kawan bagi tahu lebih baik pergi hari biasa sebab less crowd. Lepas breakfast fast track ke subway. Perjalanan ke Nami jauh jugak hampir 3 jam dari penginapan kami.
Aturan subway adalah depend di mana kita stay. Apa pun turun kat Sanbong Station, tukar Line Gyeongchun, turun di Gapyeong Station. Dari sini keluar dari bangunan terus ambil taxi cakap nak pergi Namiseom. Tambang dalam KRW3,000 untuk sebuah taxi.
Betapa la sukarnya liku-liku subway ni. Ada kat satu station lost sekejap nak tukar Line tapi ada pakcik cuba tunjuk jalan. Mungkin dia nampak kami lost dan macam tau aje kami nak ke Nami. Mulanya was-was jugak nak follow tp dia dok panggil-panggil. Tawakal aje. Benar belaka arah yang dia bawa. Selamat kami. Mula la boring tunggu train. Time is running too fast. Be patient. Hari ni cuaca panas juga. Perjalanan ke Gapyeong Station amik masa dalam sejam lebih untuk sampai.
Akhirnya sampai. Ramai pulak umat pelancong ni. Dapat teksi terus ke jeti. Kena beli tiket entrance KRW 8,000. Feri ke Nami Island dalam 10 minit sahaja.
Time to feel the Sonata...
Bila pergi musim panas...hijau sahaja la kawasan ini. Best juga. Sambil tu bayangkan la musim luruh, musim bunga dan musim sejuk memang cantik pemandangan di sini. Cool.
Imbas kembali drama winter sonata lokasi penggambaran. Suatu masa dulu peminat setia drama ni. Lagi best kalu dapat jumpa pelakonnya. Dapat la jumpa tapi gambar-gambar aje lah.
Banyak pulak patung-patung yang di buat tanda kasih sayang ibu pada anaknya. Semua di Nami Island ni ada kenangan Winter Sonata.
Masa untuk solat dan lunch. Alhamdulillah di sini ada di sediakan surau (Musola). Kalau tak jumpa tanya aje pelancong-pelancong dari Malaysia. Dari info yang dapat ada halal cafe. Nama kedai tu Drama Cafe' atau Cafe' Yeonga Jiga. Ramai yang suggest untuk cuba KIMCHI. Apa benda la kimchi ni kan. Bole pilih nasi kimchi dalam tin atau Kimchi Pancake harga dalam KRW5,000. Cafe' ni agak tersorok sedikit ke belakang. dan boleh tahan full. Cafe kecik je. Jenuh juga nak cari pada mulanya. Cari landmark ni...
Kami pilih pancake. Ini pendapat kami. Kimchi rasa masam, pedas skit. Nasib baik la amik satu plate je. Besau juga. Tak tertelan tekak ni. Maaf ye. Another group next to our table dorang pilih kimchi dalam tin. Pakai sarung tangan untuk goncang tin sebab panas tin dan goncang supaya semua bahan dalam tin bergaul mesra sebelum makan. Kami tengok bukan main berselera dorang makan. Hehehe. Kami decide no more Kiimchi after this.
Balik ikut route yang sama. Ambil teksi ke Geopyong station semula. Letihnya.
Hari masih cerah. Kami ke Seoul saje nikmati suasana malam di bandar Seoul. Sambil tu cari makanan untuk alas perut bila Kimchi was rejected. Bukan senang nak cari halal food. Layan coffee aje. Nak tengok pembangunan di Seoul ni.
Dapat juga jumpa CHEONGGYECHEON STREAM. Ada dalam senarai kami untuk pergi. Ikut sejarah ini adalah aliran sungai "Hangang River". Sekitar sini dulu kala ada penempatan penduduk. Kalau ikut geography Istana tak jauh dari sungai ni. Sambil lepak tengok kesejukan air sambil tu cuba bayangkan kawasan ini pada zaman dulu..
Direction ke sini. Stop di City Hall Station dan walking distance. Untuk bagi exactly the location panduan paling mudah guna je App subway. Seblom balik ingat nak singgah tengok N Seoul Tower tapi tak berjaya jumpa. Takpe la saje je pun nak pergi kalau jumpa. Hehehe.
No comments:
Post a Comment