Show you the real CHINA : Yellow Mountain - Story I

Kisah ke Huangshan lagi thrill. Di sebabkan last minit plan untuk ke Huangshan kami terpaksa menaiki train 20jam. Kami gunakan khidmat tour agent di Huangshan untuk hotel. Deal dari Msia.

Pada hari keberangkatan, salah seorang travel-mate misplaced her train ticket. Kelam kabut kejap. Sebab tanpa tiket macam mana nak ke Huangshan. Dan akhirnya dalam perjalanan ke Beijing Railway Station dapat juga jumpa tiket. Yang lagi scary rupanya tiket tu aku yang punya. Baru lah kami sedar pada tiket tertera nombor passport. Patutlah masa hari pertama beli tiket perlu serahkan passport. Tak terfikir semua tu. Dapat tiket terus simpan dalam dompet.


Sampai di Railway Station lagi satu masalah timbul. Cari info train. Apa yang tulis pada tiket banyak Chinese character.  Cari kesamaan tiket dengan info kat board. Beratur dulu untuk check in. Cop tiket tunjuk passport. Kat dalam scan beg lagi. Huru hara sebab crowded. Ke platform 6. Agak2 je apa yg tulis pada tiket. Baru je nak bernafas orang seblah kata dah boleh masuk platform. Rush lagi..

Nah sikit guide apa yg tertulis pada tiket



Slowly enter train. Tarif nafas panjang. Ok la condition train. Selesa. Dpt la experience travel 20 jam dalam train. 3 tingkat katil. Aku pilih atas sekali. Privacy la konon. 17 hentian untuk sampai ke Huangshan. 


Dalam train mcm2 jualan. Buah, air, makanan, power bank, massage dll. Pekerja semua perempuan. Orang yang sama dari pagi sampai malam. 


Ada penumpang yang cuba tanya kami dari mana. Ayam dan itik lah. Masing2 buat2 faham. 



Google map tunjuk location Kuala Lumpur. Jilongpo dalam Mandarin. Tah ye tahu mana KL-Malaysia. But at least ada yang nak "berkenalan" hehehe



20 jam dalam train, borak, makan, layan view luar dan akhirnya 9:45pm lampu tutup untuk semua tido. Lena…Rehat secukupnya. Esok perlu full energy.

Esok episod baru untuk Queen of the Road.



1 comment:

  1. bestnya ke china. thankyou for sharing :) oh btw boleh contact 014-6111014 (wan) trip ke mount pulag ;)

    ReplyDelete

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...