Destinasiku Gunung : Mendaki Yong Belar

Pendakian antara 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Aku bukan seorang pendaki kental tetapi kerana minat dengan hiking aku cuba.
 
Gunung Yong Belar atau singkatannya YB merupakan gunung ke-3 tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,181 meter. Suhu di puncak ini boleh mencapai antara 12 hingga 15 celcius bergantung kepada keadaan cuaca dan angin

Pendakian bermula di Cameron Highland. Naik di Pahang dan gunung ini terletak pada garis sempadan negeri Perak dan Kelantan. Menarik fakta ini.

Seramai 10 orang bersama Guider dan GOGO. Harap semuanya bekerjasama dan saling hormat menghormati. 

Hari Pertama - Menuju Kem Tudung Periuk


Menaiki 4WD untuk sampai ke kawasan kebun sayur iaitu starting point. Dari sini akan memulakan perjalanan sampai ke Kem Tudung Periuk.


Tanah agak becak. Hari pertama banyak elakkan lumpur. Kadang kala termasuk juga kaki dalam lumpur. Membajak kita Yeop!


Hilang sedikit penat melayan karenah adik-adik yang kepala ting tong. Cantik pemandangan gunung ganang. Berharap 10 tahun akan datang, hutan di sini masih terpelihara untuk generasi akan datang.



Sampai di campsite Kem Tudung Periuk. Unik namanya. Selepas meredah 4 puncak tipu. Lega rasa bahu dapat lepaskan beban beg. Perjalanan dari bawah ke tapak khemah masih mudah kerana kami bermula dari 'pintu rimba' bukan ikut laluan asal laluan paip.  Persiapkan khemah dan masak untuk makan tengah hari. Selesai urusan, bergerak ke Air Terjun Pelaur untuk bermandi manda dan recharge energy.



Malam hari tidak dapat tidur lena kerana cuaca yang sangat sejuk menusuk ke tulang sum-sum. Sekali kala terjaga. Macam mana nak rehat secukupnya untuk ke puncak esok pagi. Perancangan asal untuk bangun dan bersiap pada jam 3 pagi, semua terbabas tidur termasuk gogo.

Hari Kedua - Menuju puncak

Mula bergerak jam 4.30 pagi lewat dari perancangan awal. Tiba di puncak view untuk solat subuh dan rehat seketika di Kem Kasut. Jam 8 pagi baru tiba di sini. Masih jauh. 


Dari sini ke puncak lebih kurang 1 jam. Itu bagi yang padu. Tenaga yang macam aku akan ambil masa lebih sikit. Laluan trek yang teruk dengan lumpur. Akhirnya ada yang malas nak elak terus membajak. 

Cantik hutan disini. Mossy. Tapi Gunung Irau lagi cantik bak kata mereka. Aku belum pernah sampai Irau pun. 




Sampai puncak sudah lewat. Tiada view. Aku yang penting sudah berjaya tawan puncak. View itu bonus. Jika sampai puncak sebelum jam 10 pagi boleh dapat view cantik. Officially YB telah ku tawan. Sejuk gigil di puncak. 

 
Rehat dan bergambar sakan. Kami perlu bergegas turun kerana sudah agak lewat dari jadual asal. Siapa suruh gogo tidur lena.  Alhamdulillah semua selamat sampai. Cuma 2 orang saja yang stay di campsite kerana masalah fizikal yang tidak dapat dielak. Dengan teman baik menawan puncak. Seronok tidak terhingga.


Pelbagai aksi bila bergambar. Penuh gelak ketawa. Tahniah semua.



Turun dari puncak sangat azab. Dehydrate terasa panas sangat. Bekalan air dah habis. Nasib baik terserempak dengan kawan yang baru top up air. Dapat sebotol hilangkan dahaga. Sudah mula rasa fed up. Melayan perasaan seorang diri. Sekali kala terserempak dengan pendaki lain. 

Tiba di campsite, rehat sebentar dan terus mengemas barang. Keluar dari sini sudah lewat petang dan berjalan waktu malam. Paling aku cuba elak berjalan waktu malam, tapi apakan daya ambil pengalaman.

Selesai misi menawan gunung tertinggi. Tidak disangka aku masih mampu. Syukur tiada kecederaan. Pengalaman yang menarik. Post mortem untuk diri sendiri kenapa dehydrate teruk sangat. Puncanya pakai baju thermal. Lupa nak tukar sebab asyik fikir di puncak sejuk. Thermal guna untuk tidur waktu malam sahaja. Selepas kejadian yang teruk, aku beringat belajar dari kesilapan.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...