Umrah

11pm mula gerak ke Masjidil Haram.

11pm keadaan sekeliling masih sibuk. Aku rasakan mmg sentiasa sibuk lah. Jantung ni berdebar lagi. Makin nak dekat masjid makin laju lah degupan. Rasa jantung nak terkeluar je.

Ya Allah permudahkan urusan hamba Mu ini. Amin

Terpana dgn senibina masjid. Depan mata. Alhamdulillah.



Aku ke mana je akan usung kasut. Sumbat dlm beg. Sejuk mata bila pertama kali tgk Kaabah. Keadaan dh beza. Dulu tk leh nak amik gmbr dpn kaabah pun. Sekarang teknologi dh canggih, phone pun ada kamera jd pak polis tk leh nk larang. Tp cuak gak. Tangkap gmbr pun cepat2 takut kena rampas kamera/phone sia2 je. Buat tawaf tk terasa 7 pusingan. Tak sama dgn penatnya jalan dalam One Utama.


Jgnlah isau, 1st time buat umrah ikut je apa mutawif tu baca. Semua ada dalam buku panduan. Selesai tawaf dgn mudahnya dan selesa trus ke Sa'ie.

Berulang-alik dr Safa ke Marwah sedikit mencabar fizikal. Kekuatan di perlukan di sini. Dgn semangat yg ada segalanya mudah. InsyAllah. Seumpama round satu One Utama lah. Kalau window shopping bole ini kan Sa'ie.

Sepanjang tempat Sa'ie di sediakan tong-tong zam2. Haus stop la kejap minum. Untuk habiskan 7 ulang alik betul2 mencabar. Amik la masa selagi ada masa untuk selesaikan urusan Sa'ie. Gopoh-gopoh pun buat apa kalau tak menghayati. Tp ada sesetengah kaum Adam aku tgk sepanjang masa berlari je. Ada satu masa tu aku kagum dgn seorang anak lelaki yang kendong emaknya yang dh uzur. Mungkin tk berkemampuan untuk bayar duit kerusi roda. Waktu malam harga sebuah kerusi boleh cecah ke 100 riyal. Agak mahal dan agak laju je yg tukang bwk tu bwk jd mcm robot la nk baca doa2.

Abis je Sa'ie ramai2 akan berdiri atas batu di Marwah untuk baca doa penamat. Lepas tu bertahlul la. Jgn le lupa bwk gunting ye. Bagi org lelaki yang nk rupa mcm Mawi lps tahlul pegi je kedai2 gunting rambut. Botak. Ada gak nk jg penampilan tk nak botak.

Pada mlm ni urusan umrah selesai jam 2am. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Tak ramai orang tu yang memudahkan.

~beginilah gambaran tempat Sa'ie~


~di atas batu di Marwah~
~lepak hilangkan penat sambil tggu jemaah lain bergambar~


~macam ni la bertahluh..afdal gunting rambut depan tau~


Jadi bila dh tahu cara-cara mengerjakan umrah, untuk umrah hari2 berikut kita buat sendiri tanpa bantuan mutawif. Ikut kemampuan fizikal masing-2 berapa kali umrah yg mampu di buat. Lebih byk pahala kalu dapat buat umrah Badal (bagi ahli keluarga yg dh meninggal). Umrah boleh di buat sepanjang masa. Cuma kena cari masa keluar dr border tanah haram bg tujuan Miqat.

Maka tercipta lah lakaran sejarah mencari cinta abadi di tanah suci. Pengalaman yang bermakna bagi setiap jemaah ke sini. Harapan aku biarlah cinta ini terus abadi di dalam diri.

'Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami
sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia'

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN