Setiap pertemuan pasti akan berpisah. Begitulah kisah ziarah di kota Madinah. Walau cuma 2 1/2 hari di sini byk perkara baru yg di belajar.
Lepas ziarah terakhir kami bergegas ke hotel. Packing dan bersihkan diri untuk ke Masjid Nabawi kali terakhir. Ucapan salam kepada nabi junjungan semoga aku dpt dtg lagi menziarahi beliau di sini. Ku panjatkan doa. amin.
Mcam2 dh dilalui. Dgn pelbagai karenah manusia. Mcm2 gaya solat smp kan hilang kusyuk solat aku. ahahaa. Pengalaman solat subuh yg melucukan. Mmg berbeza dgn apa yg di amalkan. Apa pun aku dh belajar sesuatu yg baru.
Apa yg penting dalam buku panduan semua dh tertulis cuma kdg2 terlepas baca je.
Jd sebelum meninggalkan jejak di kota ini aku abadikan kenangan di dpn Masjid Nabawi. Akhirnya aku berjaya snap gmbr dgn pertolongan penjual di situ. Main belasah je aku. Nasib baik la tak malang sbb aku terlupa yg bwk kamera, masa nk enter masjid pengawal dpt kesan kamera aku. Ada ke dia halau suh aku balik hotel simpan kamera. Jgn hrp la...aku gi pintu ke-2 mencuba nsb. kamera aku sorok dlm2. alhamdulillah bolos.
Selesai solat dan ucapan selamat tinggal, langkah kaki berat menuju ke hotel. Destinasi penting sdg menanti. Mungkin lebih mencabar. Aku tk pasti. Tp apa yg akan terjadi di sana telah tertulis. Moga perjalanan kami dipermudahkan. Amin.
No comments:
Post a Comment