Destinasiku Madinah : Ziarah terakhir

Ziarah pilihan Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet. Untuk ziarah ini perlu byrn tambahan SR20. Takpe keluarkan ongkos.

Lapangan magnet. Menurut citer mutawif kami, tempat ni adalah penemuan baru. Lebih kurang tahun 2005 (harap ingatan aku betul lagi ehee). Di sini tarikan magnet sangat kuat sehingga kan setiap kenderaan yang melalui kawasan ni tak perlu tekan pedal minyak. Kenderaan bergerak sendiri. Kuasa tuhan.

Kalau lah kat KL ada tarikan magnet tk ler lenguh kaki aku nk drive kete. Silap2 semua kete berlanggaran heheee.

Sebagai bukti pemandu bas kami tunjukkan eksperimen. Mmg benar. Aku tgk sendiri bas bergerak sendiri tanpa tekan pedal minyak. Magic!. Kuat gak tarikan. Sbb bas meluncur laju. Seram pun ada.

Kiri kanan kawasan penuh bukit-bukau, batu-2 keras. Cuasa panas. Tapi ada satu kawasan sekitar tu suhu agak sejuk. SubhanAllah. Tiada apa lg yg menarik sekitar sini.


~Panas~



~pemandangan yang boleh di pandang~




~bukit di belakang nun kalau tgk betul-2 ada ukiran perkataan ALLAH~




~kenangan kami~

~pemandangan kontang~


Lepas kagum dengan dgn kuasa magnet, perjalanan diteruskan ke kilang Quran. Takde pengalaman best utk aku story sbb perempuan tak di benarkan masuk ke kilang. Alasannya semua pekerja kilang adalah lelaki. Jadi, lelaki aje lah yg bole masuk dan tgk macam mana Quran di hasilkan. Dah lah dpt msk dpt lagi Quran percuma. Kalau org muda dpt Quran kecik, yg tua sikit Quran bsr. Ahahaaa sbb senang baca kata seorang pakcik. Sempat melawak.
Aku dpt apa?Aku dpt duduk dlm kedai cenderahati yg ber-aircond. Tu je. Lg parah kena beli Quran kalu nk. Aku tk beli Quran tp beli MP3 30 juzuk dibaca oleh imam Masjidil Haram. Souvenier utk diri sendiri. Kilang ni byk hasilkan Quran. Dalam berbagai bahasa terjemahan pun ada. Kebanyakkan jemaah yg dpt Quran free tu dorang akan wakafkan di masjid. Lg parah ada pulak penjual di kaki masjid jual Quran dan kononnya utk jemaah wakafkan ke masjid. Pandai dorang cari duit. Quran yg free dorang jual. Mmg hampeh.

~senyum je walau tk dpt msk kilang.hampeh~

Masanya dah tiba utk balik ke hotel. Bersiap sedia untuk berangkat ke destinasi lain. Sempat la jgk snap gmbr istana raja. Aku tgk mcm bukan istana je. Cuba korang tgk. Istana ke tu? Lokasi istana atas bukit tinggi.


Jadi ini aje ziarah yg ada sepanjang keberadaan aku di kota Madinah.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...