Madinah Al Munawarah

Perjalanan ke Madinah lebih kurang 3-4 jam dari Jeddah. Suasana sepi dan sejuk dalam bas. Lenguh tengkuk. Tak selesa tolak tepi asalkan mata terpejam. Hilangkan penat. Di pertengahan perjalanan jemaah berhenti untuk makan.

Makan?Alahai aku ni mengantuk tak lapar pun. Rezki jangan di tolak. Makan juga la. Nasi bungkus. Sedap tp tak dapat nk habiskan, terlalu banyak kuantitinya. Org Arab mmg mkn sebanyak tu. Aku Malaysian perut conet je.

Sesampai di Madinah azan subuh dah berkumandang. Melihat ramainya orang berpusu-pusu ke masjid. Alhamdulillah sampai juga aku di sini. Air mata dah bergenang. Terpegun tgk Masjid Nabawi. Nah depan mata.

Kami tak dapat nak solat subuh di masjid pagi ni sebab perlu selesaikan semua urusan bilik dan beg. Aku berkongsi bilik bersama seorang jemaah. Bilik katil 4 tp kami berdua. Selesa.

Selesai urusan dan bersarapan, semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah iaitu ziarah dalam. Bermaksud ziarah ke Masjid Nabawi. Disitu terletaknya makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat, raudhah dan perkuburan Baqi.

Aku terpinga-pinga. Cuba membayangkan suasana di dalam. Dari sok-sek makcik pakcik yang berpengalaman macam ssh je untuk tembus ke makam dan raudhah. Hati mula gelisah. Kelajuan degupan jantung luarbiasa. Kalau tak silap 3 pintu untuk kaum hawa masuk ke masjid. Setiap pintu ada pengawal. Tak tahu apa yang dorang cari dalam beg. Yang aku tahu tak di benarkan untuk bw masuk kamera/handphone. Nasihat aku, usung je kasut/selipar kemana pergi. Takut kehilangan. Tp kalau dah hilang redha kan je.

Dengan langkah kanan masuk ke dalam masjid. Terpegun lagi dgn seni bina dalam. Solat tahiyatulmasjid di laksanakan. Selesai sahaja aku terus ikut jemaah lain ke raudah. Ramainya.....Sedang kami berjalan tetiba di sergah oleh pengawal . "Duduk ibu, duduk..." Terkejut aku. Pengawal tu boleh berbahasa Melayu. Tp pelat arab ttp ada.

Untuk masuk ke raudhah ada masa yang di tetapkan. Tak menentu. Kena selalu tanya pengawal kalau nk ke sini berulang kali. Dari apa yg aku lihat, semua jemaah yang sedang tunggu giliran untuk masuk di letakkan mengikut negara. Malaysia bersama Indonesia. Serumpun. Kalau bangsa Arab senang-senang je dapat masuk raudhah tanpa perlu beratur dan menunggu lama. Ada juga jemaah yang cuba ciluk-ciluk masuk, pengawal dapat tangkap. Geli hati juga tgk gelagat dorang.

Sambil menunggu, berzikir ke...baca Quran ke...jgn biarkan masa terbuang. Tp aku tk boleh nk kusyuk. Asyik la mata meliar lihat gelagat orang di sini. Jakun la jgk. Akhirnya dah dekat pkl 11am lepas hampir tunggu 2 jam tunggu, tiba giliran kami untuk bersedia masuk. Bila mana pengawal membenarkan masuk, berasak-asak, tolak-menolak jgn citer lah. Pengalaman pertama. aku tak dapat nak bayangkan. Di dalam sana...aku tak nk citer. Korang alami lah sendiri.

Rezki untuk masuk ke raudah untuk kali ke-2 dan seterusnya tiada. Dia hanya izinkan aku untuk sekali sahaja. InsyAllah masa mendatang...aku redha dengan apa yang aku dh dapat. Alhamdulillah selesai urusan ziarah. Tunggu solat zohor.

Berjalan kaki balik ke hotel. Bukan jauh pun. Kota ini kota yang tenang. Bandar yang di diami oleh Rasullullah. Penduduk sini ada budi pekertinya. Laluan ke masjid bersih. Tiada apa yang nak di takutkan. Jiwa tenang berada di sini.

Untuk shopping, jgn risau. Sekitar hotel dah memadai. Deretan kedai, shopping mall ada di sekitar hotel. Bila-bila masa terluang boleh pergi. Sanggup untuk tinggal di kota ni. Aman je. Lagipun Madinah bertambah maju. Madinah ada starbuck (mcm manalah bole lepas masuk brand Yahudi ni?), ada subway dan mcm2 lagi outlet yg moden2. Tp yg plg penting ada Masjid Nabawi hehee.

Lepas solat asar, rehat2 diri untuk maghrib pula, tp tah mcm mana aku & roomate bole terbabas tido sedar2 pkl 10pm. Buruk perangai. Isyak pun terlepas. Aduyaii..Godaan syaitan kuat sggh. Kepenatan sggh nampaknya...Taubat

Tinggalkan cerita ziarah ini dengan foto-foto tenang suasana sekitar Masjid Nabawi


Semoga and semua punya semangat yang berkobar-2 untuk abdikan diri di sini jua. InsyAllah

Comments

  1. doa2kn ina plak..tp sblm tu doakn ina dpt keje cpt2

    ReplyDelete
  2. sumer umat muhammad mesti nk merasa pegi leen..

    ReplyDelete
  3. my sis : dh doa. InsyAllah
    ibu kami : yup truth. Ur turn soon

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN