SKYTREX ADVENTURE

Skytrex Adventure ~ walk - crawl - glide - swing - challenge your fear - test your agility.

Saje try extreme activity kali ni. Cabar diri pada ketinggian. Sememangnya ada sikit gayat wujud dlm diri. Ada 3 jenis adventure. Little Adventure, Big Thrill & Extreme Challenge. Hah 1st timer trus amik Extreme Challenge. Harganya RM50. 

Extreme Challenge ada 34 halangan perlu di lalui. Bole ke lepas ni? Gayat....Platform Height up to 22m. Dengar skit taklimat dh buat dada mula berdebar. 

Tambahan bayaran selain bayaran Skytrex as per list below
  • Entrance fee for Taman Botani Negara - RM3 Adult; RM1 Child
  • Glove - RM3 *if yg free ada, used glove*
  • Bekas gantung botol air - Rental RM1 + Deposit RM5
  • Locker - RM1

Jangan ingat they don't make extra money...Business minded mmg hebat. Reminder lagi before dtg sini better booking sbb tk di jamin tempat untuk walk in. Ada timing for each group. Bas disediakan dr entrance gate to skytrex-FOC. Duration of time at least 2 hours to finish out all the obstacle. Berpeluh ketiak. Ada platform yg di jaga guide. Ada yg tak. Keselamatan diri terletak pada diri sendiri. Huh.

Just us


For more info log on http://www.skytrex-adventure.com

Saya dah....anda bila lagi????

Destinasiku Makan : Istimewanya lunch...

2 hari berturut-turut makan makanan yg tk penah terlintas di kepala otak. Rezeki jgn ditolak. Telan jua.

2 hari bertugas di 2 Kem tentera yg berbeza sekitar johor, pengalaman baru bila berurusan dgn tentera ni. Hampir 2 thn bekerja kat Johor tk penah la jamah menu2 menarik ni.

~ Hari pertama...makan NAPOH. Mulanya igtkan kari ayam. Pergh mmg feveret ler. Nsb baik diberitahu yg tu NAPOH. Eh mende nyer tu? Napoh = pelanduk / kancil. Cuba seketul je. Sedap jugak isi halus.
BELUT goreng pun di hidang depan mata. Nampak sedap. Mulanya igtkan ikan masin. Nyaris nak ambil, nsb baik waiter tu cpt inform. Belut mmg tk bole nk telan. Tolak tepi. Selesai keje balik rumah ptg tu rasa pening2. Tak kan penangan Napoh kot????

P/s : Gambar menu napoh dan belut tak sesuai di paparkan di sini....cari sendiri dlm google. :)


~ Hari kedua....hidangan lagi pelik (pelik bg diri sendiri). Aduh. Kalu tk di cuba tk tahu rasanya. Baik cuba skit. Kalau sedap layan. BELANGKAS. Binatang 2 alam. Hanya bole makan telurnya shj. Ada 1 kedai fames di Kota Tinggi - Gerai Belangkas Mahkota. Search dekat google byk info psl gerai ni. 

Jgn terlepas signboard


Limited parking space


Suasana dalam gerai

Tauke gerai. Sempat la jumpa dia hari tu

Belangkas

Hari kedua ni menu macam2. Sedap2 belaka. Mmg selera lah. Mkn smp kenyang. 

Ada...Asam pedas ikan *feveret*


 Ada...Kupang

Ada...Pari bakar *feveret*


Ada...telur dadar *feveret*


 Akhirnya....Siput gonggong (1st time makan dan tak tahu bole mkn)



Bole jana pendapatan kulit siput ni

Pengalaman yang menarik jugak....


P/s : Semua foto di atas adalah ehsan dr Google Image. Pinjam.

Destinasiku Makan : Raikan mereka...

Last friday Buffet lunch @ Equatorial Melaka untuk meraikan mereka. 

Meraikan kejayaan 2011 dan meraikan kepulangan 2 orang yang di pinjam 2 bulan yg lepas untuk mula bertugas semula di Klang Valley pada bulan 2 ni..

Keraian mcm ni la mengeratkan kerjasama antara kita yang berada jauh antara satu sama lain. Moga kita tetap utuh kuat bersatu untuk kejayaan mendatang...cewah kata2 perangsang dr taiko korang.
Cuma hari tu tak sempat nk belek2 lauk buffet coz smp ngam2 dh close buffet time. Tp sempat la merasa dessert. Sedap. Harga buffet pun still reasonable.

Dh hbs drift dr JB. Ptt nya hari tu tkde appointment tp gatal gak set appointment. Tugas harus di dahulukan. Last2 terjebak lewat. Aduh. Tkpe la aku yg lewat asalkan mereka berbahgia dpt jamah lauk pauk. Tambahan Melaka yg jem. crowded. Maybe Chinese still on holiday.

Dh kenyang dan puas gelak ketawa, time to say goodbye. Sekali kali dpt berkumpul mcm ni mmg best. almaklum jarak memisahkan kita semua..JB, Melaka & N9.

Next time, ada rezki melimpah kita mkn2 lagi...Tq guys for what you all have done to support me. The best team. Keep up the good job!

My team - Southern Region


Before balik menyinggah kat Hard Rock Shop beli t-shirt kwn kirim. 

Newly open

Then cari dodol utk mak. Mmg wajib kan kalu ke melaka.

Dodol Melaka

Balik JB...penat!

KONSERT - eLLA vs aWIE

ROCK! Gegaran masih terasa. Last dapat jumpa Ella dan Awie face to face masa era 90an. Pergh lama jugak. Now era 20an. Dh tua dorang, termasuk aku jugak la.

Walau dah 'tua' jiwa tetap rock. Hehee. Konsert 2 mggu yg lepas mmg best. Mmg layan habis. Kalu bukan kat IB, dh lama hanguk2 cewah! Sbb dlm IB so control diri. Tertib skit.

Konsert start jam 3pm. Dpt plak last seat. Tkpe asalkan dpt seat, dari tk dpt lgsg. Ni 1st time tgk konsert dlm IB. Slalunya tgk theater.

3.15pm ada announcement berbunyi begini "Tuan2 dan Puan2 diminta berdiri dan nyanyikan lagu Negaraku" ahah....gelak kami. Tapi semangatnya...bergema satu dewan.

Opening lagu Baldu Biru...dan seterusnya layan habis. Tak sempat nk kira brapa lagu dorang nyanyi. Ada medley...ada acoustic. Overall aku bagi 10 bintang.

 Layan dgn sister

Tak dapat Ella dan Awie, artis ni pun jadilah 

Taiko konsert 

 Salah sorang guitaris

Dgn poster pun jadilah..Dh tk dpt artisnya

Dengarnya konsert ni akan di tayang kat Astro. Buat teman yg tk dpt join me on that day. Sila la layan sendiri kat kaca TV. eHehehe.

Marathon : MPSJ RUN 2011

Penutup utk segala larian.

For this year lah...Nxt yr kalau masih ada kudrat start balik beginning of the year. Cewah semangat btl. Awal thn dh nk mula larian. Now pun dh hujung thn. Bila masa la nk jog. Asyik2 hujan je ptg. Mencari-cari alasan.

10km makin jauh jarak larian ni. Tema hijau. Sbb sponser by Herbalife. Dh mcm kaler corporate company aku je.

Lps subuh berdesup ke Subang. Naik highway. Line clear, mahluk2 lain masih berdengkur. Yang kelihatan dan sibuk berlari hanya kami mahluk berbaju hijau.

Lepas larian, apa yg sgt frust tkde sijil penyertaan. Hye! Dh la medal utk 20 places je. Dh sah2 tk layak, ni sijil pun tkde. Kedekut taik hidung masin. Berkali2 tanya kwn yg smp finishing line awal, betul ke tkde sijil. Tk puas hati.

Moralnya next time tgk T & C betul2. Alahai setakat sijil pun ssh ke nk bg. Nak simpan buat kenangan. Thn dpn mmg dh tk nk msk. Heheee.. berkira

10km bukan jarak mudah bg 'athlet' mcm aku ni...Tp berjaya juga dlm waktu yg dh set.



~Ceria dlm hijau. Mcm Shrek je~

 ~Masing2 muka tk puas hati~

~Hati tenang lepas minum Milo. Segarnya~

Till we meet again next year @ start line...

Destinasiku Wedding : Walimatulurus 2011

Tiap thn ada je wedding invitation.

Apa yang di harapkan dari Masjid yg baru di bina ni of course kebahagian selamanya. Itu yg di doakan untuk anda sekalian.

Iswandi & Yazidatul - 18 Sept

~Geng lepaking~

Org tgh sbuk beraya dorang sibuk pukul kompang hehee. Apa2 pun teman ucapkan kome berbahagia ye yop. Cpt2 buat anak. Sekali-kala turun la lepak. Nasib baik la teman ada kat KL. Dapatlah teman gi wedding kome yop.



Mardhiha Nadia & Suhaili Samadi - 12 Nov

 ~Us-best hsemate ever~

Gonna miss her lot. Our hsemate. Lepas ni akk masak and mkn sorang2. Tkde dh geng mkn sama. Ke Muar la mkn kenduri. Aiseh. bole pulak baru nk gerak balik hujan lebat. Terpaksalah tunggu hujan reda baru gerak ke destinasi ke2. 


Nurrul Aieen & Amir Hafiz - 12 Nov

~6 jahanam bikin kecoh~

Lepas Muar berdesup ke Tg Kling, Melaka. Dah lewat. Harap2 ada la makanan lagi. 3.30pm orang dh mula mengemas. Kiteorg geng 6 jahanam buat selamba makan. Lauk sedap beb, memang kena makan puas2 lah. Lagipun nk blk JB jauh. Biar perut terisi, baru senang hati. Yg ni officemate. So mmg wajib jugak kena attend. Nsb baik sempat jmpa pengantin. Sedia maklum lah zaman skrg pengantin lps je mkn hilang buat outdoor photoshoot. 

Selesai je singgah kejap Dataran Pahlawan. Beli dodol. Kalu pegi Melaka sure kena beli dodol. Tu mak pesan. Kalu tk beli nnt mak lari ke batu belah batu bertangkup. 

Terima kasih atas undangan.

A long journey and so so so tired.

Destinasiku Kerja : Team building lagi...


Sekali lagi kena attend team building but this time with different group. Malasnya...sbb semua indoor activities. Sengal rasanya otot.

Location tu jauh nun kat Pulau Langkawi. 2x team building, 2x ke Langkawi tahun ni. Apa nk di kisah semua di tanggung. Bwk duit skit utk beli coklat Daim. Itu wajib kena shopping.

Terbang ke sini dgn MAS. Lama betul tak naik MAS :) Alhamdulillah selamat smp.


Terpegun jap bila enter resort ni. Macam mana terpana dgn Burau Bay Resort dulu sama lah situasi kat sini. 

Zoom in....




Dah puas zoom in. Rest & Relax. Malam ni opening ceremony. Maka bermula lah sebagai tahanan 3 hari 2 mlm utk team building ni. Kira ok la semua aktiviti indoor tk membosankan.

Esoknya. 1st thing aktiviti morning breath. Elok la dr terperap dlm dewan. Kuarkan peluh bg cergas skit otak.



Antara aktiviti....



Closing kena buat persembahan. Alahai kena menari plak. Keras. hahahaa



Akhirnya selepas 3 hari, its time to go home. Lega rasanya. Before tu of course le mak2 orang sibuk shooping. Heran. Kat mana2 pun sure nk shopping sakan. Laksa yg ku cari..





Bye Langkawi. Ntah bila jejak kaki kat sini lagi.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...