Ziarah & takziah

Entry hari selasa lepas...

Saje je minggu ni aku byk nk story mory.


Selasa after working hour aku gi ziarah offismate aku. Nape nak ziarah dia? Actually his father passed away on sunday. Isnin baru tahu kabarannya dan memandangkan ada meeting and lepas meeting otak bercelaru jd tk dpt lah nk ziarah. Tunda hari selasa.

Selasa jd mangsa. Berbekalkan alamat dan sedikit petunjuk kerumah dia. Den rodah jalan dr cyber berdosup ke PJS 4 dgn harapan den smp sana b4 Maghrib sbb eden pose onam. den nk blk berbuko dongan omak den. Mcm sompek. Malangnyo den tk jumpo arah. Trusan den jd tk tentu arah. I hate malaysia signboard. Pjs 1 ado...Pjs 2 ado..alih2 Pjs 5..mane poie Pjs 3 & 4. Lotak kat ne lah signboard nie. den hangat hati botui..nk marah den pose sobar je lah. Nsb baik den teror geography. Den tkdo GPS pasai den tk mampu nk boli. Kalu takat Selangor & KL den pojam mato jo cari..Ptt lah tk jumpo pojam mato...hikhikhik.

Selasa berlalu begitu saje. buang maso cr umah org nie. den torus kan usaha gak. Alhamdulillah jumpo akhirnya. Berakhir pencarian ini dan malangnya den sampai ngam2 azan. Segan silu msk sobab dorang wat kenduri tahlil lps Isyak. Kironya den ni tetamu nyomak je dtg Maghrib2. Nak tk nk terpaksa dorang bg mkn kat den yg dh kebulor...hikhikhik.

Niat den ikhlas utk ziarah org yg kehilangan insan tersayang. Ziarah ini adalah tuntutan agama kita. Sobak hati den bilo igt offismate den dh kehilangan ayah terchinto..den tk leh nk bayangkan kalo den di tmpt dio. Seminggu pun bolum tontu sedih nk ilg. Sobab den dgn bapak den member kamcing..

Den nk igt kan lah teman2 sekalian pd yg masih ada ayah jgn di abaikan. Yg lamo dh tk jenguk ayah cari lah sedikit masa. Pd yg tinggalkan ayahnya di rumah org tua agak2nya bilalah nk ke sana dan ambil dia.

'Ayah pasti pergi. Sekiranya bukan esok, lusa. Bukan minggu ini, mungkin minggu hadapan. Atau bulan hadapan'


Sambil2 baca blog ni kenang2kan semula adakah tanggungjawab kita telah selesai kepada ayah kita? Kalu belum jgn ditangguhkan. Aku ada satu tugasan terakhir yg sgt bsr perlu aku langsaikan sebelum Tuhan menjemput ayahku buat selamanya. Ke hadrat Ilahi ku pohon supaya dikurniakan kesihatan dan di panjangkan sedikit usia, memberi kesempatan kepada ku untuk tunaikan tanggungjawab itu.

"Mereka berkata, hidup itu hanyalah kehidupan dunia semata. Kita mati dan hidup, dan yang membinasakan kita hanyalah zaman (waktu). Tetapi tentang itu, mereka hanyalah mengira-girakannya sahaja."

(Surah al-Jasiyah, ayat24)

Ingat sebelom terlambat. Terima kasih Selasa kerana menemukan aku dgn ziarah. Kepada Haniff akak doakan semoga roh ayahmu dicucuhri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan org yg beriman. Ayah Haniff berbangga mempunyai anak seperti mu. Jgn lupa sedekahkan Al Fatihah sentiasa...Semoga keluarga mu tabah & tenang menghadapi dugaan ini. Setiap yg hidup pasti mati. Itulah janji manusia yg tercatat di Luh Mahfuz...

'Buat anak-anak yg tinggal, pesan ayah hanya satu, INGATLAH ALLAH SENTIASA'

Al-Fatihah....

Syawal ini..

Aduhai..rajinya sorang blogger tu mengupdate kisah2 Syawalnya. Seronok betul aku baca kisah gumbira dia.

Bagi aku...
Syawal ini sunyi skit sbb semua adik beradik yg berkahwin beraya di rumah mertua. Jd kemeriahan raya thn ni kureng skit. Tiada riuh rendah di pg ry. Tkde deretan anak buah mntk duit ry. Aduh sggh tk best.

Syawal ini pecah tradisi mlm raya lps pengumuman baru sibuk2 nk masak rendang. Kebiasaanya ptg raya dh buat. We break the record.

Syawal ini gak tkde ketupat bawang & palas. Ini semua gara2 adik aku yg preggy tu request jgn buat until dia balik beraya kat umah. Kuasa veto sggh. Pagi raya beli lemang je le.

Syawal ini raya pertama dok rumah je. Pakai baju ry cuma 4jam je. Slalunya raya pertama dh kerumah makcik & pakcik. Kunjung berkunjung.

Syawal ini tkde gambar raya keluarga.

Syawal ini jatuh pada hari lahir aku. Heheeee.

Tp syukur sbb...
Syawal ini di izinkanNYA utk aku laksanakan solat sunat raya. Hepi betul. Thn2 lepas ada perkara yang tak mengizinkan aku.

Selitkan kat sini gambar2 raya thn2 lps. Kemeriahan Syawal....



"My younger sister..may this yr br kawin
expecting new born january 2010"



Ini lah sebahagian dari kisah Syawal ku...semoga Syawal akan dtg lebih bermakna dan meriah bagiku. Semoga panjang usia kesemuanya utk kita ketemu dan menyambut Syawal bersama thn dpn. Amin

Berakhirnya Ramadhan

Pejam celik dh abis bulan Ramadhan. Nk gak story mory psl kisah yg dh berlalu. Tak sempat nk update blog. Kesuntukkan masa.

Tp aku sedih skit sbb tahun ni amal aku kurang. Semoga aku bertemu Ramadhan yg akan dtg dan diberikan kelapangan dan kesihatan untuk aku ganti apa yg kurang tahun ni..

Alhamdulillah walau tk banyak amalan tp ada lah skit2 kerja kebajikan yg dibuat. Bukan lah nk menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman je...

Ramadhan kali ni department aku berjaya mengutip derma utk di "hadiahkan" kpd anak2 yatim & yg susah. Projek ni dh lama aku plan akhirnya ada jugak yg sudi jalankan dan aku penyokong kuat ler. Harapan aku biarlah aktiviti ni dpt diteruskan walau bkn pd bln Ramadhan. Pd yg berminat boleh trus liase dgn pihak pengurusan. Semoga Allah merahmati kebajikan kita. Saling ingat meningati sebagai bekalan ke Destinasi akhir nanti.

Ramadhan kali ini juga kemalasan yg amat sgt utk buat kuih raya. Nk kata setan hasut semua dh di gari rupanya nafsu "M" lg dasat. Terok bebenor (org perak kata lah). Jd konklusinya kuih order je lah.

Ramadhan kali ni persiapan raya ala kadar je. Elok juga kan beli apa yg perlu bkn beli apa yg mahu. Jimat duit thn ni. Baju raya beli dh siap. Standby sbb rasanya tailor tk sempat siap. Apa nk jd dh 2 kali Ramadhan baju aku tk siap. Terok bebenor.

Akhirnya Ramadhan pun berlalu meninggalkan kita. Ada org yg sedih ada org yg gembira. Yang sedih golongan bertaqwa. Yang gembira golongan "berauta" (paham2 je la).

"Antara org kuat utk aktiviti ni. Sara & K.syima semoga apa yg kita buat ni diberkati dan
sebagai kenangan abadi kita. Mana lah tahu kot lps ni msg2 kerja di tempat lain"


**Sedikit info psl pusat jagaan ni. Locationnya terletak di area puchong. Yang kami pergi adalah asrama puteri. Asrama putera juga di Puchong tp area yg lain. Rumah ni di kawalselia oleh seorang ustaz muda bersama isterinya. Ahli keluarga rumah ini lebih kurang dlm 20 org. Jd bg sape2 yang berminat pada masa akan dtg bleh survey lebih info dlm internet. Semoga Rumah Amal Limpahan Kasih akan menerima kunjungan korang pd masa akan dtg. INSYALLAH.

09.09.09

Menarik je date tu. Hari itu jugak jatuh pd 19 Ramadhan. Angka 9 lagi.

Mcm2 yg berlaku pd tarikh tu. Ada org yg bersedih, ada org yg gembira, ada org yg marah2 sbb date tu. Date tu jgk adalah hari radio day. Bagai berebut2 manusia utk dptkan date tu sbg satu lakaran sejarah utk di ingat.

Ada juga yg memilih date tu sbg wedding day. Aku ada terbaca news...couple ni they're malaysian pilih date ni as their wedding day. They engaged on 07.07.07 and suppose to get marry on 08.08.08 but think it too early for them so then come another date 09.09.09. Because of the date they can wait for another year juz to get marry. Org melayu kalu bertunang lama2 ni byk yg tk kesampaian ke jinjang pelamin.

Dari facebook aku baca date ni adalah worse day for some of my friend. Maybe its not their day so they put the blame on the date. Hahaha funny.

BUT for me....sama je. Hari yg biasa kena kerja jgk with extra work to do and xtra hepi sbb dpt berbuka dgn offismate+x-mate. Tu je..When come to meeting my friends for sure i'm the most happier girl. Aku mmg suka lepaking sambil borak2 at the same time can release all the tension. Itu lah terapi kentensionan aku. Lupa segala masalah keje, masalah hidup, masalah penduduk, masalah rakyat malaysia dan masalah negara hehehehe...

So on this date aku berbuka dgn kengkawan kat Nandos Alamanda. Lama tk mkn Nandos. Tp food that day tk berapa tasty like before. Maybe bln pose kot...Ramai customer so msk cincai..So bad. Kami 7 org dok 'memekak' kat meja sambil tunggu time berbuka.

"Telan liur tgk air"
"Very supportive friends..
Tunang org ada, mak budak ada, bini org pn ada"

"see...i told u.
hepi bila lepaking with my friends"

Ok kengkawan 09.09.09 will be a sweet moment for us to remember ya! Maybe nxt yr 10.10.10???

Pagi Sahur

Pagi ni bgn sahur tgk kat meja makan tkde lauk baru. Sempatlah mengelamun kejap memikirkan apa yg nk di makan. Nape bonda tk goreng ikan/ayam????

Oh ptt lah...rupanya ada kejadian yg tk di ingini berlaku. Dapur gas kacanya retak seribu. Nasib baik lah bonda ku tidak apa2. Bahaya juga ye. Masa tu dia tgh goreng tonggeng ayam, tetiba kaca2 tu retak dan meletup terkena mukanya. Alhamdulillah tkde kecederaan.

Macam2 hal di bulan pose. Dh nk raya ni. Kena lah beli dapur yg biasa tu dulu. Lps raya baru bleh ganti balik. Mampoosss ooo kang lari budjet nk raya.

Dapur tu aku dpt hasil dari contest KFC. Lama dah usianya. Rasanya 4 thn dulu kot. Tp adakah setiap dapur yg begitu akan pecah begini bila dh lama guna???Takut gak nk beli yg mcm tu lagi...

Selalunya camni lah. Kita plan nk beli brg lain tp ada je yg halang. Actually aku nk beli peti sejuk nk menggantikan peti yg lama yg dh goyah tu tp kena tambah peruntukan plak utk beli dapur. Huhuhu...sian aku.

Tkpe lah ada hikmah atas kesemua kejadian tu....Ayat standard bg semua org utk sedapkan hati sendiri.

Scuba Diving : Open Water Diver Course Final Episode

Last day course.

Day 4-7.30am dh standby. Still tk berapa sihat. Kepala pusing lagi. Demi lesson yg terakhir. Today we go to Renggis Island with the boat. Dlm lesson mmg ada boat diving. Seramnya...bkn apa sbb aku still sick takut jd mcm ptg semlm. Suspen...

Korang mesti penah tgk diver yg turun ke laut dr bot. Instructor aku turun dulu. Aku dh mula goyang. Fenin. Then Andrea dia pun cuak gak but still cool. Then my turn..Lama gak aku decide utk terbalikkan diri msk dlm air. Kalau tk kerna fenin lalat for sure aku relax je wat semua aktiviti. Kedebushhhhh....tergolek dlm air and i did it. hahahaha.

Itu cabaran pertama. Cabaran kedua plak masuk kedlm air dgn pegang tali. Makin dalam telinga aku sakit. Need to equalize. Mmg betul u need to relax and equalize baru semua berjln lancar. Dup...dap...dup...dap...jauh ke dalam lagi. Akhirnya smp pada dalam 17.8m. Sejuk.We hope dpt jumpa Mr Shark or Miss Turtle. Tp nsb tk baik hanya ikan2 yg comel2 dan cantik2 belaka je yg jumpa cthnya Great Baracuda. Selain tu coral yg mengasyikkan aku. OH oh...angin dlm perut dh mula wat hal. Cuba atasi dan berjaya. sekurang-kurangnya kena dive 30-45 minit keliling pulau ni.

Ada satu destinasi dr jauh batu bsr buat aku takut sbb imiginasi aku dh jd lain. Hehehe. Aku mmg fobia dgn objek2 besar. Alamak instructor aku dive arah situ plak eh makin dekat. Aduyaiii. Stop plak kat situ. Iskh...oh rupanya final dive before naik ke surface. elok lah tu sbb angin dlm perut dh makin meragam. Jom naik selamatkan diri.

YAHOOOOOOO!!!!!berjaya dgn diving aku. Walau fenin ku tahan dr nk termuntah. Naik je bot mmg tk leh nk cover line lagi uwekkkkk...Sekali lagi air laut tercemar. But i'm feel ok and hepi sbb berjaya dgn semua rintangan selama 3 hari berkawan dgn laut dlm. Air laut dlm tk friendly dgn aku lah..

Bersihkan diri. Dan packing utk balik. Tp aku ada beberapa soklan final yg tk jawab lagi. Buat sungguh2. Aku lulus 90% mark. SPM pun tk dpt result camni.

Dgn ini di umumkan diri aku telah berjaya menjadi diver. Dan mempunyai lesen yg sah utk tenggelamkan diri di dlm dasar laut pd bila2 masa dan di mana2 shj.

Pada sape2 yg berminat dgn aktiviti ini boleh lah contact Mr Reynolds Esteva 019-3308062 or email him raydiveadv@hotmail.com or pd yg dh ada lesen boleh join group FB Ray's Dive adventure.

Besides Diving Courses they also provide other services such as Snorkeling, Island Hopping, Fishing Trip, Jungle trekking and organized diving trip to other destination.

Aktiviti scuba kat Tioman dibuka dari bulan Mac-Oktober.Jadi apa tunggu lagi...korang pun layak dapatkan lesen mcm aku. Kalau dh minat jgn pendamkan juz do it..Mana tahu kita boleh jd buddy diver.Hidupan di dasar laut begitu indah dan sukar dijelaskan dgn kata-kata.

Aku harap apa yg tercatat dlm blog ni dpt beri sedikit gambaran tentang diving course. Juz spend 4 nights 3 days to get this great experience. Believe me...tk akan rugi apa2 utk enjoy dgn aktiviti ini. Lebih dekatkan diri kita dgn ciptaan-ciptaanNYA di dasar laut.

My next dive will be next year. Location not decide yet. Hopefully i can improve my diving skill.

"Renggis Island. My last stop"
"Hepi together. Sweet memory""Gonna miss u all a lot.
Thanks Ray for being my good & cool instructor

For Andrea hope to see u again.
Last but not least all the Cabana's Pirates keep up a good job"

Scuba Diving : Open Water Diver Course - Story II

Continue our lesson. Another 2 days to go. Byk bersabar.

Day 3-Lupa nk bg tahu mlm semalam kena abiskan 2 chapter lagi. Dh le penat kena study lagi. Today appoinment at 9.30am. Kali ni aku ada partner. A girl from London. Dia dtg bercuti kat sini and juz walk in je utk amik course ni. Pagi ni instructor akan terangkan semula psl equipment and buddy system. Perlu tahu lah diving tk leh solo mesti ada partner. Sbb apa2 yg berlaku dlm sana at least ada penyelamat. Mmg penting buddy system ni. Enjoy skit lah kan ada geng baru. Dpt share experience sama2.

Confined water dive 2-Basically kita akan apply apa yg dh belajar dan buat praktikal dalam air. This time cara2 bagaimana sekiranya kita kehabisan gas dan share gas dr buddy kita. Review lesson semalam gak which my instructor want me to do it within 10 second (if not mistaken). Byknya benda nk kena buat. Huhuhu. Kena igt common hand signal gak. Byk kan nk kena igt. Plus fikiran kita yg fikir bukan2. Bila sebut psl buddy system every diver must always remember this code BWRAF.
Begin=BCD
With=Weights
Review=Releases
And=Air
Friend=Final okay

Utk sesi confined water ni lama gak amik masa 30 minit at least. Selesai lesson ni get ready for dive 2 & 3 afternoon.
"Check your fin"
"Weight belt. Berat 3kg.Utk bantu kita imbang badan"
"My buddy Andrea Hafner"
"Listen carefully""Check your equipment""Apply the BWRAF""Ready to rock?"
"Enjoy...."

Open water dive 2-Kali ni dgn kedalaman 9m. Time to enjoy.Hati ni berdebar2 je. Iskh..Relax tarik nafas hembus...tarik hembus..Dlm air aku still berusaha perbaiki imbangan badan. Terus berusaha.Tp makin lama aku mula rasa nk muntah.Tahan....tggu.Cptlah dh tk tahan.Naik je surface aku trus muntah.Aku igt aku tkde seasickness tp dalam air td aku rasa pening gak. Yg pelik kalu snorkeling tk plak fenin. Naik bot pun tak.Tkpe tggu nxt dive kalu still perkara yg sama jd confirm aku mmg seasickness. Bahaya ni...Aku tk larat nk berenang ke pantai. Jauh tau. Nsb baik lah my buddy tu baik hati. Dia lah tlg bw aku ke pantai. Sorry buddy.

Perlu igt dlm air penglihatan berbeza. Kita nmpk objek tu dekat tp sebenarnya jauh. Utk dgr bunyi mmg sukar. Makin dalam kita pergi warna penglihatan akan bertukar gak.Byk cabaran kan?

Open water dive 3-Lewat ptg skit for another dive.Huhu. Harap2 this time aku ok. Dive kali ni ada 2 org lagi yg join. Sorang mat salleh ahli marin biology (ntah kurang pasti plak) utk wat research psl course ni and sorang lagi pakcik yg ku anggarkan umur dlm 50an utk assist mamat tu. Aduh nk kena berenang lagi ke tengah. Bila tiba masa...tenggelamkan diri utk ke dasar. 8m je. Byk hidupan laut yg pelik2 aku jumpa kat dlm tu.Mmg enjoy tp suddenly aku pening lagi. Oh no again!!!!Ada perkara pelik jd kat aku and aku kurang pasti sebabnya. Hanya tuhan saje yg tahu perasaan aku masa tu.Lupa nk tnya instructor. Naik je surface sekali lagi aku muntah. Kali ni lebih teruk. Hahaha. Muntah ada darah skit. Iskh. So apa lg instructor aku le tlg bwk ke pantai. Tk abis2 nyusahkan org. Confirm aku mmg ada seasickness.
So nxt time b4 dive aku make sure telan ubat mabuk byk2. Aku mmg flat. Dh la knowledge review chapter 5 tk siap lagi. Mlm ni nk review dan final exam plak tu. Dgn masih fenin lalat. Tp aku gagahkan juga. Exam ni kita lulus 75% above. Kalau tk lulus paper 1 ada peluang kedua paper 2. Hopefully aku lulus lah. Jawab dalam keadaan fenin...

Jumpa nxt story for the ending of this journey.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...