Destinasiku Thailand : Patong Beach Phuket

Sorry ye lama tk update. Lama betul cari idea nak update. Mind dh rest skit jom continue.

Selamat check in. Lega tgk room + bathroom. Tarik nafas lega..

1st thing we do we went to Patong Beach. Member aku dr KL tk hbs2 sebut beach ni. Best ke. Dh mula excited lah...

Naik taxi..eh ni ke taxi?? Harganya THB50/person. Merempit lah kami bertiga (aku, member + mat rempit tu). Dia punya layan selekoh tk hengat. Dalam 10min dh sampai beach. Mmg kat sini moto taxi naik 3 org. Yg penting driver je pakai helmet. Penumpang tk penting pun. Beza undang2 sini. Taxi moto ni byk so don't worry ada je kat mana. Or else mintak je pekerja hotel panggilkan.

Wah cantiknya (pandangan jauh). Setapak demi setapak makin dekat WARGHHHHhhhhhhhh. Tak sanggup nk tgk aksi2 lucah. Ke kiri salah, kanan salah, depan salah, belakang pun salah. Pejam mata je tk salah. Heheee. Di ingatkan kat sini nk duduk kat kerusi kena charge ye + payung skali THB100 (kena paw lagi!).

Layan lah mandi. Tapi air tk berapa best. Bacin (mcm member aku ckp). Faham2 lah ye. Kuikui. Kat sini mcm2 aktiviti boleh buat. Lukis tatoo, urut mengurut, water sport & payung terbang (tah lupa apa namanya).

~Pelampung2 air ni bukan free. Nk enter main kena byr~~Tu la payung terbang (version aku)~
After menikmati 'panorama indah' di petang hari. We decide to look around the town.

~Lagi satu public transport menggantikan tut tut~
Ada Mc'D - perut lapar tp tahan...
Ada Starbuck-tahan dahaga (sbb semuanya tk halal).
Kiri kanan pub sesaja. Jalan lagi tiba satu tempat kiri kanan penuh dgn rumah urut. Berderet2 perempuan2 'pemikat'. Sorry miss i'm more interested to look for our hotel which we feel that we've lost.

REMINDER..jgn lupa bwk map. Aku bwk map tp lupa bwk map hotel. Bahananya nama jln hotel lupa. jgn berangan lah sebut nama hotel. Org tk tahu unless 5 stars.

Part yg plg lucu bila aku tanya org tempatan kat mana fire station. Dorang haram tk tahu apa tu FIRE STATION. OMG!!!aku pun tunjuk lah fire-buat aksi2 kot2 leh phm. haram. Puas minah2 tu pikir. Lantak la. Bye. Let me find on my own. Jalan lagi jmpa POLICE STATIOn. Hopefully they can help me. Sama je tk tahu gak. Nsb lah ada sorang pegawai polis tu leh phm english. So aku tnya local people sebut fire station apa? Oh pttlah lain rupanya. Akhirnya jumpa hotel. Nsb baik aku leh igt jln yg mat rempit bwk td.

PENATNYA....bersihkan diri. Jap lagi aku bwk gi makan & tgk nite life phuket

Destinasiku Thailand : Jom cuti di Phuket

Time to rest my mind.

WHERE TO? This time kita rehat kat PHUKET-amazing Thai. Nk gak tahu best ke air lautnya. Apa specialnya?

Badan masih letih penangan dinner. Mata still layu coz at 4am gerak dr rumah to airport. Letihnya. Sesampai kat airport Phuket, 1st thing we do...


  • Tukar matawang. Ada info kata tukar kat sini murah. Wat lah calculation sendiri nnt inform aku mana lagi murah. Kat Thai matawang Buy =8.81 ; Sell = 10.25. Kat M'sia Buy = 11.20; Sell = lupa nk tgk masa tu. Rate everytime berubah.



  • Survey hotel. Kat sini byk kaunter utk book hotel. Cuti this time 'terjah je'...cari penyakit kan. Jgn lah amalkan ye. Kelak merugikan diri. Sbb ms deal kat kaunter airport seem semua ok. Salegirl tu mcm phm je apa yg kita nak. But bila smp kat hotel rupanya jauh dr pantai. Itu yg tension skit.


Communication sshnya lah. English local people sgt lah teruk. But ada yg fluent smp kalah aku nk bercakap. Thai kan tulisan sendiri jd ssh nk fhm kalu tkde englishnya.


From Airport to Patong Beach amik masa dlm 45 min. Kat airport kita leh amik taxi or minibus. Taxi mahal skit THB500-600. Kalau bus murah sgt THB150 per person). Tp nk kena tunggu penuh van tu baru bergerak. So waste our time kat airport lah. Tunggu lebih 1 jam baru gerak.

~the one & only minibus service. Comfortable~

Tp syarikat bus ni dorang ada komisen dpt dr travel agent. Jd OTW to Patong bus akan stop kat ofis travel agent. Kat sini kita akan di offer penginapan & Island tour dgn harga yg kita sendiri pun tk tahu mahal or berbaloi. Rasa terkilan kejap bila kita dh book kat airport then kat sini plak akan ckp negatif about our hotel. Mula lah nk marah. Sbb rasa tertipu. Tp go & see first then judge. Itu yg kami buat.

Selamat lah sampai kat hotel. Bila smp negara org kita rasa negara kita better. Bertuah kita di bumi Malaysia. Kat hotel kena tunggu lagi sbb check in time 12pm. Tunggu lagi. Waktu thai lewat sejam dr m'sia. Ngantuknya....Rate hotel ni not bad THB1400 per night.

~hotel ni actually ok je for us cuma jauh skit dr beach. Jln kaki patah.
Kenalah naik transport~

Ok korang baca dulu intro ni. Nnt aku update nxt story. Byk info nk bg ni. Tgh cari idea

Nota kaki : RM1 = THB10

Alahai Dinner

Last year tkde company dinner. So this yr bila ada mesti wat yg gempak. Lagi2 tema tahun ni cam best je. So kena la layan. Wat kat mana...ermmm kat sini ler

SUPERHERO NITE. Sbb apa super hero sbb kami HEBAT! eheheee

Punya la last minit baru ingat nk cari costume pastu tema superhero. Pakai je superheroin custome. Not bad. Hentam je.

Dinner time..mcm2 karakter ada. Team ni paling aku suka. Cool & Style!



Dinner this year tk berapa best sbb food tak berapa ummph then cabutan bertuah hadiah mcm hampeh.


Nsb la ada pengacara yg best giler. High class performer. 3+1. Dia leh nyanyi. Suara commercial utk iklan and not bad kelakar gak.

And also the comedian performer. Tu je la yg buat aku terhibur. The best comedian


Everybody wait till the end of the day coz hopefully there will be an announcement by our Chairman for BONUS. Part tu yg plg di nanti2 kan ahahaaa...hampeh! Tgk la Chairman aku gelak je atas pentas.

Ok for all the superhero and heroin of the nite gua solute u all lah...Keep up the good job for 2010. together we reINVENT cdc.



~Department aku yg mmg ceria je~

Apa pun sangat berterima kasih pada company yang masih lagi nak terima aku bekerja.

Lawatan ke Muzium

Assalamualaikum...Anybody home.Lama tuan rumah tk balik jenguk blognya. Pttnya tahun baru mesti penuh semangat mengupdate blog tp di sebaliknya. CORRECTION bukan malas tp bz skit.

Untuk 1st entry 2010 kita ke destinasi santai2 je. Moh ke Muzium. Opss bukan Muzium Negara ye tp Muzium Kesenian Islam. Apa ada kat sana???

Awal thn hari tu bwk parent ke muzium. Lepas penat lelah memikirkan nk bwk depa gi jln2 kat mana so ke sini ler. On that day ada pameran En Route To Mecca-Pilgrims' Voices Throughout The Centuries (Menuju ke Makkah-Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman). Dah nama pun muzium penuh le dgn informasi yg tk penah kita tahu.

Walaupun pameran khas ni cuma 4 ruang aje tp puas hati. Bayaran pun ok lah. Ada pulak peraduan. Mana tahu kalu rezki murah menang dua tiket UMRAH. Sape tk nak kan.

Aku suggest korang pegi lah ke Muzium ni if dh tkde hala tuju. Isi masa yg terbuang dgn aktiviti berfaedah ni. Selain pameran khas kat sini nnt boleh tgk2 galeri lain. Pendek kata mcm2 ada psl kesenian Islam. Amazing Islam.

Starting from 7 January-8 April ada pameran yg agak menarik gak - A Common Faith: Steve McCurry’s Travels through the Muslim World (pls refer to the pix below)

Apa kata singgah2 le ye. Bkn ssh nk cari seblah Pusat Islam, depan Masjid Negara.


sape yg penah tgk Dicovery Channel satu masa dulu
mesti tahu psl gmbar yg cantik ni.

Tasik Kenyir

Dah lama tk update tentang destinasi. End year limited time for holiday. Boring2 belek album lama tu diiaaa jmpa gambar lama kat Tasik Kenyir. Elok la share skit pengalaman kan.

Dolu2 kala masa tahun 1997. Idea coursemate kaki pancing le. Dia ajak join trip. Blasah je walau tk berapa eh salah mmg tk minat memancing. Yg utama jejak kaki kat situ. Gila glamer btl.


Masa tu pakej kalu tk silap dlm RM170. Makan + bot. Ada chef yg msk hari2 utk kami. Mmg best lah Kenyir. Malam memancing, esoknya gi mandi air terjun. 2+1 tk rugi pegi. First time la aku pegang joran (joran ye salah taip kena gelak nanti). Dlm kul 12 mlm dorang start memancing. Tk sangka berseni jgk tangan aku. Dpt hasil walau kecil je. Tp bab letak umpan mmg ada 'assistant' khas tk bergaji. Umpan ikan aku alergic dgn darah ikan mau 3 hari pengsan kalu terlebih hidu. Sbb tu la aku tk suka memancing.

Kenyir sesuai utk org yg sempoi. Kalu pompuan yg ala2 mak datin tk sesuai le sbb tido atas bot. Mungkin tk selesa. Adventure la best. Cuti2 tk adventure better dok umah tido atas katil.
Kenyir letaknya ikut pemahaman geografi aku jauh nun lps KT. Pastu Kenyir ni bsr. Byk tempat pilihan utk labuhkan bot. Mcm yg aku pegi tu kalu tk silap dekat2 area Lasir Waterfall. Selain tu ada Saok & Tembat Waterfall. Mmg best waterfall kat sini.

Besar sangat Kenyir ni dh macam lautan plak. Korang pegi la rasakan sendiri kenikmatan keindahan alam. Mmg best! Pilih je nk jelajah gua, memancing, tmn negara pun ada. Lepas tu jgn lupa singgah kat Empangan


Ada skit gambar lama utk tatapan. Quality tk berapa cantik le nama pn gambar lama kan heheee.


Keindahan tasik
Keadaan dlm botBest kan
Jgn lupa singgah kat Empangan Kenyir

6th reunion SMSP

Pejam celik pejam celik dh msk thn ke-6 Reunion bekas pelajar SMSP. Apa SMSP maknanya Sek. Men. Sri Pantai Kg Kerinchi, KL.

Every year without failed mesti kena buat reunion. Dh jd tradisi. Thn ni plg kritikal lah. Disember br berjaya kumpul kwn2. Plan seawal thn. Biasa la bkn sng nk kumpul kwn2 walau kebanyakkan ada di KL. Setahu aku hanya kelas aku je yg msh terus bereunion.

This year buat kat Cititel. Buffet lunch. Not bad food kat sini for RM45.Weekday. Ermm fhm2 je la bila weekday + end yr so msg2 susah nk dpt cuti. Maka ada yg EL, MC & cabut dr keje kejap semata2 nk meriahkan keadaan. Yg dh berbelas thn tk jumpa akhirnya sudi gak join kali ni.

Kena plak that day ada J card member sales kat MId Valley. Elok lah tu menyelam smbil minum air. Nsb baik that day cafe Cititel tk penuh. Only our group je yg ada. So...we all lah yg gamat kat situ. Hepi.

Aktiviti kali ni very limited but best sbb dpt duduk berjam2 borak2 sambil imbau kenangan skola. 14thn yg lepas sukar dilupakan. Aku plak bwk semua gmbr2 skola gelak sakan tgk rupa fizikal msg2 zmn skola. Oh sungguh slim.

This yr 10 org yg attend reunion. Really appreciate their support. Of course as Miss Moderator aku cukup bangga dan respect pd kengkawan yg tk henti2 sokong utk adakan reunion.

Lepas dh kenyang. Ajak dorang gi rounding skola tgk apa yg dh berubah. Luckly Mid valley tk jauh dr skola. 10 minit drive but that day more than 10 minit coz crazy sale kat Jusco.

Hujan plak masa kat skola terbantut skit aktiviti but still fun. Errmmmm :)

Really enjoy that day. Nxt yr hope trip jauh utk reunion. Hopefully. Dh lama berharap tk tahu bila kesampaian.

For me, reunion adalah satu2 jln hubungan tuk kekalkan persahabatan.Pd yg tk pernah nk attend try la skali. Kalu rs tk sesuai dgn diri tk yah join nxt time. But am sure tentu korang rasa rugi kalu dh penah join & tk join the next reunion.

My best friend since form 1

Akhir kata semoga persahabatan ini kekal selamanya walau di mana jua kita berada. Hope to see u all nxt yr

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...