-Hari Kelima-
Selamat pagi dari Oslob. Sunrise dulu.
Aktiviti pagi ni nak tengok whale shark. Merempit dengan habal-habal. P160 seorang. Seawal jam 6am dah ready. Jauhnya tempat whale shark tu dr resort dalam 8km.
Ramainya. Perlu dengar ceramah skit. Do & dont's. Kemudian bayar fee P1000/person. Pandai dorang ni bisnes. Paling penting jaga goggles jangan bagi hilang, kalau tidak kena denda. Naik sampan lebih kurang dalam 6km ke tengah laut skit. Tunggu masa whale shark untuk datang..
Beginilah...asal lalu je sampan putih maknanya ada la whale nya. Bagi makan mmg relax je la whale tu. Makan..makan..makan. Yang berani boleh berenang ikut whale. Yang tak berani macam kami la tak lepas dari kawasan buluh tu. Sekali lalu cuak jugak. Ada sekali tu tetiba muncul dari bawah kami. Besar. Cuaca hari ni air agak keruh tak berapa jelas whale. Yang tukang pegang gopro pon asal lalu je whale dia yang mengelabah giler. Maka tiadalah gambar kami berlatar belakang whale.
Say hello to whale...7 kali ulang alik whale ni. Abis sesi. Macam tu je sekelip mata dah selesai aktiviti.
Ok lah sekurangnya dapat sampai sini dan alami sendiri. Ok jom balik. Mabuk laut dah ni...Balik semula ke resort, sarapan tukar baju dan ready untuk destinasi seterusnya.
Terima kasih air laut Oslob. Tinggalkan Oslob untuk ke Badian. Badian here we come. Harapnya lebih fun di sana nanti.
No comments:
Post a Comment