Its more fun in PHILIPPINES : Manila City

-Hari pertama-

Ke sini untuk mendaki Mt Pulag. Gunung ketiga tertinggi di pulau Luzon.

Flight Cebu Pacific KL to Manila - RM208

Flight 1:20am dan selamat sampai di NIAA (shortform sebab panjang sgt nama airport) terminal 3 jam 5:00am. Surau 3rd Floor, Departure Area, North Head House. Alhamdulillah sekurangnya ada disediakan. Dapatlah solat dengan tenang.

Sementara tunggu pagi menjelma, jalan sekitar dalam airport untuk cari port rehat dan simpan luggage.
Kalau nak dapatkan kemudahan boleh refer pada - Wings Transit Lounge, 4th Floor Mall Area. 
> Capsule Room - P1,000 net
> Twin Room - P1,800 net
> Family Room (4 persons) - P3,200 net
> Lounge - P700 net
> Shower Facilities - P300
> Luggage storage - P250 (3hrs) or P350 (24hrs)


We nego untuk luggage storage. Dapat lah murah skit berbanding dari luggage store yang lain. Selesai urusan luggage, maka officially kami pon melangkah keluar dari airport. Rasa tenang kejap. Kat luar trus ke taxi stand dah kena approach. Bargain price untuk ke bandar. Naik van pergi mall untuk brunch dan buang masa. Harga van kami dapat dalam P700.


Brunch di Martabak Cafe dalam SM Mall of Asia. Restoran halal masakan Indonesia. Layan tekak. Kemudian beli skit makanan di SM Hypermarket bersebelahan restoran. Susah juga nak masuk mall, nak kena scan bag ssetiap kali masuk. Habis Mall kami jelajah terasa bosan.


Cuba nasib untuk ke area Quiapo tapi sorang local pun tak tahu tempatnya. End up jalan kaki ke Manila Bay. Tepi laut. Panas. Tak boleh lama2 kat sini. Lepak sekejap ambil angin laut.


Lambat pulak rasa masa berlalu. Cari port untuk solat, takde yang sesuai jadi kami pon proceed balik ke Aiport. Buatlah airport ni macam 'hotel'. Dalam pada borak-borak dengan local, sorang mamat ni bagi suggestion ke Pasar Malam Baclaran Di sini ada jual makanan halal.

Kami pon ikut la mamat ni menapak keluar dalam 1KM dari airport untuk naik Jeepney. Jakun dibuatnya naik Jeepney.


Suasana macam Petaling Street. Kalau byk masa boleh la shopping skit. Harga mampu beli.


Gerai makanan tu jauh kebelakang. Macam-macam lauk. Tapau apa yang boleh dimakan. Halal food.


Nak balik ke airport huru hara sekejap lost tak jumpa Jeepney untuk ke airport. Padahal just tunggu dekat simpang jalan besar yang turun tadi je. Kenapa la korang ajak aku menapak cross jalan. Jauh tau. Berjaya kembali ke 'hotel' semula. Bersihkan badan dan berehat di 'our lounge'. Masuk airport kena scan bag.


Bersedia untuk long journey. Naik van ke Victory Liner Terminal. Di sini guider dah setia menunggu. Kena tunggu bus pukul 11pm untuk ke Baguio City. Tunggu lagi. Mata dah sayur ni. Perjalanan 6 jam. Balik kampung! Sejuk gigil dalam bus.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...