Pakej hiking harga P5,688/person. Kami guna private tour www.mountpulagadventures.com
The Tour Inclusions:
• Bus fare (Manila-Baguio-Manila)
• Jeepney (Baguio-Bokod-Ranger-Bokod-Baguio)
• DENR fees
• Local guide fees
• Food: 3 meals (Day 1 Dinner/Day 2 Breakfast and Lunch)
• Tents
• Group equipment (stove, cookset, lanterns; we do the cooking!)
• Facilitators
• Travel Insurance
• Souvenir Item
Arrangement ok. Harga murah sedikit berbanding tour lain.
Perjalanan lancar dan kami sampai di Baguio City lebih kurang jam 4am. Aduhaii sejuk gigil. Kemudian perjalanan diteruskan ke Bokod, Benguet menaiki jeepney yang jaraknya lebih kurang 5jam lagi. Sambung tido dalam Jeepney. Yeah Jeepney ride. Mt Pulag here we come...
Guider/Chef dan driver. Cool.
2nd pit stop di sebuah empangan. Relax amik gambar.
3rd stop di sebuah jambatan bekas kuari. Relax lagi amik gambar. Letih dah ni tk sampai. Tapi enjoy dengan view superb.
4th stop DENR Ambageg. Guider settlekan dulu urusan registration. Sepatutnya dengar briefing tapi sebab ramai sangat kami lepak-lepak tengok barang jualan. Apa barang yang tak lengkap boleh beli disini.
Best dapat duduk atas bumbung jeepney. Cantik betul pemandangan. Jakun la jadinya.
Perjalanan hari ini berakhir disini. Alhamdulillah selamat sampai di base camp. Siapkan khemah. 3 khemah untuk kami ber-7. Private pakej dapatlah camp site sebelah tandas. Hari biasa masih tak ramai yang ada. Tenang sikit.
Sementara tunggu dinner, jalan-jalan sekitar biasakan diri dengan suhu sejuk. Melihat karenah kanak-kanak.
Malam hujan renyai. Gagal untuk lenakan diri. Melawan sejuk. Pakej ni tak termasuk sleeping bag dan karrimat. Kalau nak perlu bayar extra charges. So kami bawak sendiri.Cuaca sangat sejuk. Pukul 1am perlu bangun ready for summit attack.
Good nite. Semoga ketemu keindahan esok.
No comments:
Post a Comment