-Hari Ketiga-
Wake up! It summit time.
Wake up! It summit time.
Paksa diri celikkan mata walau tak cukup tidur. Paksa diri untuk makan walau masih belum ada selera makan. Prepare for summit attack. Entahkan apa yang bakal kami tempuh. Berlapang dada berserah kepadaNya.
Sampai puncak lebih kuran jam 5:40am. Sejuk macam biasa menikam tulang. Sabar menunggu mentari. Sabar...sabar lagi...dan lagi. Mata makin layu. Lena seketika.
Mentari gagal muncul. Kabus tebal. Awan karpet tak nampak. Bukan rezeki kami. Yakin ramai yang frust tu. Apa pun tetap gembira selamat tawan puncak dalam keadaan yang baik.
Bulan februari mungkin cuaca tidak sesuai walau pon dinyatakan sesuai. Sebaiknya cubalah bulan november atau disember. Jam 7 guider arahkan kami berundur. Berat kaki melangkah.
Mt Pulag tetap awsome dengan keindahan tersendiri. Sejuk tetap sejuk. Kami enjoy hiking sini.
Hutannya mossy sedikit. Ada laluan seakan-akan berada di trek Kinabalu.
Menyusur keluar dari hutan...Subhanallah awan kepul tebal.
Melihat pekerjaan penduduk disini. Kutip hasil tanaman, ubi kentang kecil. Mula lah perut terasa lapar.
Ada yang menunggu kalu perlukan khidmat samada motosikal atau jeepney. Kami ni bab duit berjimat skit. Sanggup la berjalan ke camp site walau sebenarnya dah tak larat. Kira jauh lagi dari sini.
Lebih kurang jam 10am sampai di camp site. Rehatkan badan. Breakfast. Sambung layan pemandangan di camp site. Sebahagian khemah yang ada bersama semalam. Sekejap lagi akan mula dipenuhi dengan kedatangan yang lebih ramai dan sesak. Hujung minggu memang akan penuh disini.
Sepatutnya kami berangkat jam 12pm. Tunggu jeepney tak sampai, hinggalah jam 3pm baru kami selamat tinggalkan camp site. Jalan pun berselisih dengan banyak jeepney berbanding hari sebelum. Singgah di DENR office. Beli souviner. Kami dapat souvenir mug. Jadi perlu lah beli T-shirt kenangan dan tinggalkan kenangan disini. Harga T-shirt depend pada design dalam range P25.
Kami sampai lewat di terminal bus disebabkan jalan sesak. Weekend. Perut dah kebulur. Naik bus jam 9pm back to Manila. Lagi sekali tempuh perjalanan yang jauh dan kesejukan dalam bus.
No comments:
Post a Comment