Its more fun in PHILIPPINES : Osmena Peak

Last day di sini. It's time to pack your bag and go home.

Sarapan pagi we ordered pancake dari tuan rumah. Penginapan kami di sini melalui Air B&B dan kami minta untuk uruskan transport juga Osmena dan airport.

Naik van ke Osmena Peak. Satu jam lebih perjalanan dari Homestay. Mula-mula driver lost tak jumpa jalan. Nasib baik dia jumpa juga. Masuk ceruk kampung baru jumpa starting point untuk naik ke Osmena Peak ni.


Sampai di sini, macam biasa dah kena serbu oleh local people especially kanak-kanak. Offer diri untuk jadi guide. Kami deal juga dengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Bila tanya 'Why you don't go to school? dia dengan selamba jawab "No teacher". Pulak....apa-apa lah dik janji kau tunjuk kami jalan yang benar ke atas tu. 

Ni guider kecil kami. Murah dengan senyuman.


Dari bawah ke puncak dalam setengah jam. Semput juga. Tapi view subhanallah i like.


Di atas lagi best. Angin agak kuat. Boleh nampak lautan. Kira penat lelah berbayar lah. Tak boleh lama sangat sebab perlu ke airport.


Yang tak best perjalanan ke airport bila van yang kami naik kurang selesa kerusinya. Patahh tengkuk sebab takde tempat sandar kepala. Dah lah jauh. Bertahanlah wahai kawan-kawan.


Apa pun kesudahan perjalanan ini sesuatu yang baru. Banyak tempat boleh explore di sini. Semua happy walau journey memenatkan.

Terima kasih buat semua teman-teman yang terjebak dengan trip ini. Inshallah kita jumpa lagi di trip akan datang.

Its more fun in PHILIPPINES : Canyonnering at Kawasan Fall

-Hari Kelima-

Dari resort ambil bas jam 9:30 depan resort ke Bato bus terminal. 30 min (17km). Bus fare P40. Kemudian dari Bato untuk ke Badian naik bus lain. Perjalanan lagi 1 1/2 jam (66km). Bus fare P52 non aircond.

Make sure you ride a "Bato via Barili" route otherwise, it won't pass Barangay Malabago. Buses are leaving every 45 minutes (ordinary buses) and every 1 hour (aircon buses). It takes approximately 3 hours to get here.



Aktiviti canyonnering boleh refer http://www.highlandadventuresph.com Ni host kami Highland Adventures located in Barangay Malabago, Badian, Cebu

Who we are:
Highland Adventures is a proud member of Association of Kawasan Canyoneering in Badian (AKCOB). We are group of local tour guides in Badian who spent most of our time playing, swimming, cayoneering, climbing, and other activities in Kawasan Falls since we were kids so we know the trail very well! We will brief you about where and how to jump off the waterfalls. We strive to make your canyoneering experience exciting, safe, and memorable.

What is canyoneering or canyoning?
Canyoning (known as canyoneering in the U.S.) is traveling in canyons using a variety of techniques that may include other outdoor activities such as walking, scrambling, climbing, jumping, abseiling (rappelling), and swimming.

So view website untuk Canyoneering package.

Host ni operasi di rumah. Tapi dia tengah expand business dia nak buat homestay. Sampai sini prepare untuk aktiviti. Peralatan semua dah include in package. Dia galakkan pakai kasut (aqua shoes) So ada kasut disediakan.


Ready to take challenge?. Canyonnering ni include walking, climbing, swimming, jumping and sliding. 15 minit naik habal-habal ke Kanlaob River. Berhenti sekejap untuk log in di tourist office. 

Suprise! Takde pilihan as introduction perlu terjun 20 kaki. Aduh senak perut. Jantung rasa nak terhenti. Sorry guys...might take times for me to jump. Habis bateri go pro nak rekod ha!ha!

Aktiviti ambil masa dalam 3-5 jam untuk selesai. View superb! Airnya buat nak berendam lama.






Penat jugalah. Penutup kalau berani silalah buat terjunan 60 kaki. Finale! Lunch provide. Makan ikan bakar fresh. Sedap plus lapar.

Lepas makan habiskan masa mandi di Kawasan Fall. Bambo Massage the best. Kami enjoy walau penat. At least dapat new experience. Host kami service tip top. 



Balik ke homestay. Homestay ni tepi pantai. Walking distance dalam 10 minit ke pantai. Rehatkan diri. Esok last tempat nak pergi dan balik Malaysia.

Yeay!

Its more fun in PHILIPPINES : Whale Shark in Oslob

-Hari Kelima-


Selamat pagi dari Oslob. Sunrise dulu.


Aktiviti pagi ni nak tengok whale shark. Merempit dengan habal-habal. P160 seorang. Seawal jam 6am dah ready. Jauhnya tempat whale shark tu dr resort dalam 8km.


Ramainya. Perlu dengar ceramah skit. Do & dont's. Kemudian bayar fee P1000/person. Pandai dorang ni bisnes. Paling penting jaga goggles jangan bagi hilang, kalau tidak kena denda. Naik sampan lebih kurang dalam 6km ke tengah laut skit. Tunggu masa whale shark untuk datang..


Beginilah...asal lalu je sampan putih maknanya ada la whale nya. Bagi makan mmg relax je la whale tu. Makan..makan..makan. Yang berani boleh berenang ikut whale. Yang tak berani macam kami la tak lepas dari kawasan buluh tu. Sekali lalu cuak jugak. Ada sekali tu tetiba muncul dari bawah kami. Besar. Cuaca hari ni air agak keruh tak berapa jelas whale. Yang tukang pegang gopro pon asal lalu je whale dia yang mengelabah giler. Maka tiadalah gambar kami berlatar belakang whale.


Say hello to whale...7 kali ulang alik whale ni. Abis sesi. Macam tu je sekelip mata dah selesai aktiviti.


Ok lah sekurangnya dapat sampai sini dan alami sendiri. Ok jom balik. Mabuk laut dah ni...Balik semula ke resort, sarapan tukar baju dan ready untuk destinasi seterusnya. 

Terima kasih air laut Oslob. Tinggalkan Oslob untuk ke Badian. Badian here we come. Harapnya lebih fun di sana nanti.

Its more fun in PHILIPPINES : Cebu Island

-Hari Keempat-

Lepas survive dari Mt Pulag....destinasi seterusnya.

Jam lebih kurang 3am sampai di Manila. Suram aje terminal. Turun dari bus dah ada taxi yang approach. Dalam keadaan mamai kami reject offer. Terkial-kial cari arah. Blur. Akhirnya amik juga khidmat taxi untuk ke airport. Dengan yakin kami dihantar ke Terminal 3 tempat yang sama sampai pada hari pertama.

Mentang-mentang lah jalanraya lenggang, taxi driver drift. Turun dari taxi, sebelom enter terminal airport lagi skali kena approach dgn taxi driver. Rezki sebab kami salah terminal. Padan muka. Untuk Domestic flight di TERMINAL 4. Extra fare to pay naik taxi lain. Cuai betul. Ingatkan semua dalam ni. Drift skali lagi ke terminal yang betul. Cuti perayaan penuh terminal.


Flight ke Cebu jam 10:45am. Lebih kurang sejam lebih la sampai Airport Cebu. Lagi perjalanan yang jauh. Masa trip ni harga flite AA RM103


Trip kali ini kami round Cebu Island. Banyak aktiviti disini. Kami akan ke Oslob dan Badian untuk 3 aktiviti yang sempat dibuat.


Dari Airport naik teksi ke South Bus Terminal. Mudah nak cepat naik je taxi. Option lain naik bus tambang P25 turun di Parkmall. Naik jeepney pula tambang P10 ke terminal bus. Kami pilih taxi. 15km aiport to bus terminal. Taxi fare dalam P215. Sharing boleh jimat.

Nak cuba dapatkan bus ke Oslob jam 2pm. Cebu to Oslob another 2-3 hours journey. Nangis! 

Dah la terminal macam sardin. Confuse kena beratur tapi tengok ada je yang main redah naik. Pastikan naik bus bertanda BATO via OSLOB/BARILI. Bus 2 jenis. Aircond (Cores Liner Yellow Color) dan non aircond. Tambang kami bayar untuk aircond P145.



Lama juga tunggu bus. Makin hangat hati. Akhirnya guna 'kuasa luarbiasa' mintak tolong guard yang boleh speaking malay. Dapat jua naik bus walau lewat dari jangkaan asal. Alhamdulillah. Cuaca kat pulau tau ajelah bahangnya.

Lewat petang lebih kurang jam 6pm sampai di Sacha's Resort. Dalam bus inform conductor mana nak stop. Dia akan tolong ingatkan kita. Jadi jangan risau. Bus berhenti betul-betul depan resort.

Dinner malam ni, beli ikan bakar dan nasi kosong di kedai nearby. Additional food masak kat resort. Nasib baik la ada kemudahan untuk masak.

Sacha's resort dari booking.com. Ok lah bersih. Ada kolam renang. Tepi laut. Boleh la lepak makan sambil ambil angin laut. Rehat je hari ni. Letih perjalanan yang sangat jauh.



Tenang-tenang dulu hari ni. Esok 'badai' akan bergelora semula.


Its more fun in PHILIPPINES : Adventures above the clouds

-Hari Ketiga-

Wake up! It summit time.

Paksa diri celikkan mata walau tak cukup tidur. Paksa diri untuk makan walau masih belum ada selera makan. Prepare for summit attack. Entahkan apa yang bakal kami tempuh. Berlapang dada berserah kepadaNya.


Sampai puncak lebih kuran jam 5:40am. Sejuk macam biasa menikam tulang. Sabar menunggu mentari. Sabar...sabar lagi...dan lagi. Mata makin layu. Lena seketika.


Mentari gagal muncul. Kabus tebal. Awan karpet tak nampak. Bukan rezeki kami. Yakin ramai yang frust tu. Apa pun tetap gembira selamat tawan puncak dalam keadaan yang baik.



Bulan februari mungkin cuaca tidak sesuai walau pon dinyatakan sesuai. Sebaiknya cubalah bulan november atau disember. Jam 7 guider arahkan kami berundur. Berat kaki melangkah. 

Mt Pulag tetap awsome dengan keindahan tersendiri. Sejuk tetap sejuk. Kami enjoy hiking sini.


Hutannya mossy sedikit. Ada laluan seakan-akan berada di trek Kinabalu.



Menyusur keluar dari hutan...Subhanallah awan kepul tebal.


Melihat pekerjaan penduduk disini. Kutip hasil tanaman, ubi kentang kecil. Mula lah perut terasa lapar.


Ada yang menunggu kalu perlukan khidmat samada motosikal atau jeepney. Kami ni bab duit berjimat skit. Sanggup la berjalan ke camp site walau sebenarnya dah tak larat. Kira jauh lagi dari sini.


Lebih kurang jam 10am sampai di camp site. Rehatkan badan. Breakfast. Sambung layan pemandangan di camp site. Sebahagian khemah yang ada bersama semalam. Sekejap lagi akan mula dipenuhi dengan kedatangan yang lebih ramai dan sesak. Hujung minggu memang akan penuh disini.


Sepatutnya kami berangkat jam 12pm. Tunggu jeepney tak sampai, hinggalah jam 3pm baru kami selamat tinggalkan camp site. Jalan pun berselisih dengan banyak jeepney berbanding hari sebelum. Singgah di DENR office. Beli souviner. Kami dapat souvenir mug. Jadi perlu lah beli T-shirt kenangan dan tinggalkan kenangan disini. Harga T-shirt depend pada design dalam range P25.


Kami sampai lewat di terminal bus disebabkan jalan sesak. Weekend. Perut dah kebulur. Naik bus jam 9pm back to Manila. Lagi sekali tempuh perjalanan yang jauh dan kesejukan dalam bus.

Bye Mt Pulag. Terima kasih untuk sebuah keindahan. Tahniah semua we survived! Alah takde lah susah sangat pendakian, letihnya perjalanan dari manila ke sini. Yang ingin kan cabaran dan masa yang lama di trek sila pilih Akiki Trail. Lebih awesome!


Its more fun in PHILIPPINES : Journey to Mt Pulag

-Hari Kedua-

Pakej hiking harga P5,688/person. Kami guna private tour www.mountpulagadventures.com

The Tour Inclusions:
• Bus fare (Manila-Baguio-Manila)
• Jeepney (Baguio-Bokod-Ranger-Bokod-Baguio)
• DENR fees
• Local guide fees
• Food: 3 meals (Day 1 Dinner/Day 2 Breakfast and Lunch)
• Tents
• Group equipment (stove, cookset, lanterns; we do the cooking!)
• Facilitators
• Travel Insurance
• Souvenir Item

Arrangement ok. Harga murah sedikit berbanding tour lain.

Perjalanan lancar dan kami sampai di Baguio City lebih kurang jam 4am. Aduhaii sejuk gigil. Kemudian perjalanan diteruskan ke Bokod, Benguet menaiki jeepney yang jaraknya lebih kurang 5jam lagi. Sambung tido dalam Jeepney. Yeah Jeepney ride. Mt Pulag here we come...


1st Stop di kedai makan. Selera terbuka tengok ayam. Tapi dapat tengok dan bau aje. Non halal. Kami order scramble egg. Nasib baik lah bawak roti. Jadilah untuk breakfast pagi ni.

Guider/Chef dan driver. Cool.


2nd pit stop di sebuah empangan. Relax amik gambar.


3rd stop di sebuah jambatan bekas kuari. Relax lagi amik gambar. Letih dah ni tk sampai. Tapi enjoy dengan view superb.



4th stop DENR Ambageg. Guider settlekan dulu urusan registration. Sepatutnya dengar briefing tapi sebab ramai sangat kami lepak-lepak tengok barang jualan. Apa barang yang tak lengkap boleh beli disini.


Best dapat duduk atas bumbung jeepney. Cantik betul pemandangan. Jakun la jadinya.



Perjalanan hari ini berakhir disini. Alhamdulillah selamat sampai di base camp. Siapkan khemah. 3 khemah untuk kami ber-7. Private pakej dapatlah camp site sebelah tandas. Hari biasa masih tak ramai yang ada. Tenang sikit.


Sementara tunggu dinner, jalan-jalan sekitar biasakan diri dengan suhu sejuk. Melihat karenah kanak-kanak.


Malam hujan renyai. Gagal untuk lenakan diri. Melawan sejuk. Pakej ni tak termasuk sleeping bag dan karrimat. Kalau nak perlu bayar extra charges. So kami bawak sendiri.Cuaca sangat sejuk. Pukul 1am perlu bangun ready for summit attack.

Good nite. Semoga ketemu keindahan esok.


Its more fun in PHILIPPINES : Manila City

-Hari pertama-

Ke sini untuk mendaki Mt Pulag. Gunung ketiga tertinggi di pulau Luzon.

Flight Cebu Pacific KL to Manila - RM208

Flight 1:20am dan selamat sampai di NIAA (shortform sebab panjang sgt nama airport) terminal 3 jam 5:00am. Surau 3rd Floor, Departure Area, North Head House. Alhamdulillah sekurangnya ada disediakan. Dapatlah solat dengan tenang.

Sementara tunggu pagi menjelma, jalan sekitar dalam airport untuk cari port rehat dan simpan luggage.
Kalau nak dapatkan kemudahan boleh refer pada - Wings Transit Lounge, 4th Floor Mall Area. 
> Capsule Room - P1,000 net
> Twin Room - P1,800 net
> Family Room (4 persons) - P3,200 net
> Lounge - P700 net
> Shower Facilities - P300
> Luggage storage - P250 (3hrs) or P350 (24hrs)


We nego untuk luggage storage. Dapat lah murah skit berbanding dari luggage store yang lain. Selesai urusan luggage, maka officially kami pon melangkah keluar dari airport. Rasa tenang kejap. Kat luar trus ke taxi stand dah kena approach. Bargain price untuk ke bandar. Naik van pergi mall untuk brunch dan buang masa. Harga van kami dapat dalam P700.


Brunch di Martabak Cafe dalam SM Mall of Asia. Restoran halal masakan Indonesia. Layan tekak. Kemudian beli skit makanan di SM Hypermarket bersebelahan restoran. Susah juga nak masuk mall, nak kena scan bag ssetiap kali masuk. Habis Mall kami jelajah terasa bosan.


Cuba nasib untuk ke area Quiapo tapi sorang local pun tak tahu tempatnya. End up jalan kaki ke Manila Bay. Tepi laut. Panas. Tak boleh lama2 kat sini. Lepak sekejap ambil angin laut.


Lambat pulak rasa masa berlalu. Cari port untuk solat, takde yang sesuai jadi kami pon proceed balik ke Aiport. Buatlah airport ni macam 'hotel'. Dalam pada borak-borak dengan local, sorang mamat ni bagi suggestion ke Pasar Malam Baclaran Di sini ada jual makanan halal.

Kami pon ikut la mamat ni menapak keluar dalam 1KM dari airport untuk naik Jeepney. Jakun dibuatnya naik Jeepney.


Suasana macam Petaling Street. Kalau byk masa boleh la shopping skit. Harga mampu beli.


Gerai makanan tu jauh kebelakang. Macam-macam lauk. Tapau apa yang boleh dimakan. Halal food.


Nak balik ke airport huru hara sekejap lost tak jumpa Jeepney untuk ke airport. Padahal just tunggu dekat simpang jalan besar yang turun tadi je. Kenapa la korang ajak aku menapak cross jalan. Jauh tau. Berjaya kembali ke 'hotel' semula. Bersihkan badan dan berehat di 'our lounge'. Masuk airport kena scan bag.


Bersedia untuk long journey. Naik van ke Victory Liner Terminal. Di sini guider dah setia menunggu. Kena tunggu bus pukul 11pm untuk ke Baguio City. Tunggu lagi. Mata dah sayur ni. Perjalanan 6 jam. Balik kampung! Sejuk gigil dalam bus.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...