Dari Kawaguchiko naik bus ke 5th station 1 jam
untuk start hiking melalui Yoshida Trail.
Bus fare : 2100Y return
Entrance Fee : 1000Y
Bus awal Kawaguchiko Lake 8:20 – Mt Fuji 5th station 9:15
(every one hour)
Bus akhir Mt Fuji 5th Station 17:50 – Kawaguchiko Lake 18:35
7 trips bus run every day. Mungkin jadual berubah ikut masa dan
keadaan.
Buat preparation di sini. Dah terasa sejuk. Makin lama makin sejuk. Kalau ada kelengkapan tak cukup ada kedai yang jual barangan. Ada cafe.
Dengan lafaz Bismillah start hiking jam 18:00. Dah mula
gelap. Sejuk menyengat. Hike up until 8th station. 5 -7 jam duration.
Kalah dengan kesejukkan.
Singgah café yang ada untuk rehat dan dapatkan haba
panas sambil minum lemon tea dengan harga 400Y. Mahal!
Jam 23:00 smp di 8th station kami rehat di luar
resort shj. Sebab untuk penginapan mahal kosnya. Tapi kalau dah ada budget dari
awal and pilih untuk rehat di dalam better amik. Boleh panaskan badan. Di luar
sgt sejuk mmg tewas walau dengan sleeping bag. Angin dengan tiba2 datang.
Tandas bersih...tapi berbau la. Bising pulak tu tak henti2 arahan rakaman cakap apa tah. Ada satu ketika dah tak tahan sejuk rasa nak stay aje dalam tandas ni.
Jam 2:30 mula mendaki berbaki 1.5km ke puncak. Sebabkan
sejuk rasa putus asa untuk teruskan mendaki. Gagahkan diri. Another stop di
café untuk lemon tea. Di café ni rehat di benarkan hanya ½ jam shj. Amboi
kedekutnya. Makin sukar pendakian sebab dah mula AMS. Menguap dah berapa kali.
Mata dah mula berat nak buka. Bersandar pada batu nyaris terlena. Semangat
Malaysia Boleh! Terus mendaki.
Jam 4:00 mentari mula terbit. Subhanallah cantik dgn kepulan
awan macam gula-gula kapas. Tangan pun kebas nk ambil gambar.
Jam 7:00 berjaya di puncak. Waktu ini suhu adalah -5 darjah
celcius. Kononnya nak makan sup di sini tp tak halal. Rasa nak nangis menahan
sejuk. Nak tengok kawah gunung berapi pon tak mampu melangkah ke sana.
Tak lama di puncak terus turun ke bawah. Sebelum turun nampak ais di celah2 batu. Patut pun sejuk beku. Batu kecil2 kena
berhati semasa turun. Silap langkah jatuh terduduk. Terasa jauh nak sampai di 5th
station.
Ada laluan dan papan tanda yang mengelirukan jadi berhati-hati memilih
laluan. Kabus lagi.
Akhirnya rasa dah nak sampai di 5th station bila mula nampak hijaun pokok-pokok.
Alhamdulillah bila mendongak ke atas nampak puncak gunung, dan semuanya selamat sampai ke bawah tanpa sebarang kecederaan.
Kami terpaksa ambil bus lewat kerana salah seorang lewat
turun dari puncak. Sepatutnya plan asal adalah untuk ke Roponggi Hill di Tokyo.
Dah lewat..perjalanan kami terus ke Osaka.
Pengalaman yang tidak akan di lupakan di Mt Fuji. Syukur
semuanya selamat. Untuk daki Mt Fuji sesiapa pun boleh. Perlu kuat mental tahan
sejuk. Aku mmg akan kalah dgn sejuk..hehe. Bye Mt Fuji.
Sentiasa akan rindukan awan itu...
Balik semula ke Tokyo ada pulak train direct. Sampai Tokyo
St. cari loker, sebab semalaman tinggalkan ingat2 lupa jalan ke loker. Rushing
sebab ke Osaka dari Tokyo lebih kurang 1 Jam 30 Min.
Kami tnya uncle kat
platform utk amik train ke Osaka, dia tunjuk seberang. Kami dgn gopoh gapah berlari
ke platform yg dia tunjuk and terus ada train ke Osaka. Masuk aje..baru nak
duduk tnya passenger seblah untuk confirm train. Salah train. Ni train antara
bandar. Akan sampai ke Osaka tapi lambat. Dia tunjuk platform depan. Hahaha
jadi betul la uncle tadi tunjuk platform yang sama cuma tadi bila naik je
tangga nmpk train terus naik. Kesilapan besar kalau tak tanya tadi. Make sure jangan
salah train ye..
p/s credit photo to all of them
No comments:
Post a Comment