Selepas Bali ke Beijing pula. Tahun yang sama dengan tempat
yang bermula huruf “B”. Secara kebetulan. Penerbangan dengan MAS. Berbaloi. Harga tiket RM1000 return. Harga Matta Fair. Masa
beli dah compare dengan price AA , lebih kurang sama jadi amik MAS terus.
Ahhh dah lama tak naik MAS. MH370 dalam memori. Awal bulan November, Beijing adalah musim autumn. Suhu boleh
cecah ke 5 darjah celcius.
7
jam dalam flite macam-macam fikir sebab perjalanan kali ini adalah lain dari
sebelum ini. Tunggu dan lihat apa yang kami buat di China bila plan last minit
berubah.
Jam 6.30am di airport…Damai dan tenang. Macam biasa nak kena
isi form imigresen dulu then settle bagasi next kami perlu cari tempat untuk
beli tiket train ke Huang Shan. Yang ini
penting sebab selain Beijing kami perlu ke daerah ini untuk hiking Yellow
Mountain. Ni la plan last minit add into our itenary. Sangat susah untuk
communicate dengan mereka di sini. Rata-rata tak boleh cakap English. Semua
information counter kami tanya tapi semua gagal tak faham. Last cari signboard
railway office. Still gagal untuk communicate. Nak marah + gelak kami di
buatnya dengan officer yang bertugas. Dah lah macam orang baru bangun tido.
Ayam dan itik bercakap.
Last information counter kami tanya untuk ke railway
station. Dan baru lah kami tahu di China ni ada dua jenis pengangkutan. Subway
dan railway adalah berbeza walau dalam kategori train. Atau kami yang salah
hehehe. Macam di Malaysia pelbagai jenis pengangkutan train. LRT, Komuter, ERL. Ada 4 train station - Beijing Railway Station, West, South & North.
Refer https://www.travelchinaguide.com/china-trains for more info.
Refer https://www.travelchinaguide.com/china-trains for more info.
Beli tiket Airport Train ke Beijing Railway Station cost 25
Yuan. Then tukar naik subway di Dongzhimen station terus ke Railway Station . Bahagianya dapat keluar dari airport. Cuaca sejuk mula terasa. Bila dapat
naik subway satu hal sebab takut terlepas tempat nak tuju.
After struggle a little bit kami berjaya sampai ke Beijing
Railway Station. Masalah lain timbul nak beli tiket train. Nasib la officer tu
faham kehendak kami. Actually dah buat booking tiket train dari Malaysia tp sebab gagal nak cari info we decide purchase trus di kaunter Railway Station. Nasib baik la time tu tak ramai org que. Urusan di permudah selesai another chapter.
Dekat area sini pelbagai rupa penduduk China. Culture yang paling kena tahan dorang suka meludah tak kira tempat dan masa.
Dekat area sini pelbagai rupa penduduk China. Culture yang paling kena tahan dorang suka meludah tak kira tempat dan masa.
Selesai penderitaan di kaunter tiket kami perlu ke hostel. Hostel dari Malaysia kami dah booking. Direction yang di beri jelas
dan berjaya sampai tanpa sesat.
Security kat stesen subway nak kena scan dulu beg. Masuk or keluar kena scan. Leceh betul. Subway di sini serupa dengan Korea. Kalau dah pernah pergi Korea so tak culture shock la tengok suasana station. Sampai lunyai map subway ni kami refer.
Repack makanan, breakfast dan rehat sebentar.
No comments:
Post a Comment