Banyak tempat yang boleh di kunjungi. Kalau amik pakej tour semua tempat dapat singgah. Di sebabkan ada last minit ADD ON itenary, jadi pilih beberapa sahaja. Hari pertama ke Summer Palace (tempat WAJIB untuk pergi selain Great Wall dan Forbidden City) dan Niu Jie sahaja ikut masa yang ada.
SUMMER PALACE
Entrance Fee : 20Yuan
Location : 19 Xinjian Gongmen
Getting there : Xiyuan or Beigongmen subway
Opening hours : 7am-7pm, sights 8am-5pm summer, 8.30am-4.30pm winter
Subway exit di sini
"Being the largest imperial garden in China. Was first built in the Qing Emperor Qianlong's time in 1751 and burned down in 1860 by the French and Biritish army and restored by the Dowager empress Cixi for her own enjoyment. It became a favourite haunt of Cixi, who preferred it to the Forbidden City, and named it Yihe Yuan meaning the garden oh health and harmony."
~Senibina banyak pengaruh Buddha~
Di kelilingi tasik
Taman yang indah
Budak yang comel..hehehe
Kalau banyak masa explore...explore..explore...
Jangan lupa layan makan timun dalam cuaca dingin mmg sedap.
NIU JIE
Location : 18, Cow Street, Xuanwu District, Beijing
Getting Here : Bus No 10, 109, 61 or 6. Get off at Cow Street; Metro take subway Line 2 to Changchun Jie Station. Take Exit C1 and walk about 1.5km south to the mosque. Or exit from Exit A and take bus no. 10 for 4 stops to the Niujie Mosque.
Niu Jie kawasan Islam Muslim yang besar di Beijing. Ada sebuah masjid tertua. Tujuan pilih tempat ni nak ke masjid, nak rasa makanan halal muslim di sini dan tengok kehidupan Islam. Tapi sebab dah malam, cuaca hujan sedikit renyai. Masa yang singkat tempat ni agak sukar pulak nak jumpa. Dengan bantuan orang tempatan yang nak sangat menolong malah anjing yang cute pun nak tolong dapat juga jmpa tempat ni.
Cuba cari restoran sedap di katakan tapi penuh sesak kena tunggu giliran. Sempat la menjengah supermarket muslim. Masjid pula jauh dari situ. Tak dapat la nak ke masjid. Kalau datang waktu siang lagi seronok kawasan ni.
Ke hulu hilir pilih restoran, decide masuk kat sebuah restoran. Cuba order. Masalah communication lagi. Sampai pelayan tu guna e-Kamus utk translate. Bila dah order, pelayan tu dtg semula dan tunjuk kamus yg tertulis 'you may not eat this' sambil tunjuk satu jenis yang di pilih. Aduh pening tadi kata boleh lepas tu tak boleh. Apa pun syukur sebab dorang respect apa yg ptt kami makan.
No comments:
Post a Comment