Destinasiku Lombok : Summit Attack, Gunung Rinjani

Seawal 1 pagi dikejutkan bersiap sedia untuk summit attack. Kemalasan yang amat untuk bangun dalam cuaca yang sangat dingin. Makanan sudah siap terhidang. Jam 2 pagi cabaran sebenar Gunung Rinjani bermula.


Permulaan sahaja dah tercabar. Trek penuh dengan batu kerikil kasar. Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek amat panjang dan cukup menyeksakan. Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki. Di sinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri sebenar.

Diri hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang. Adakala hampir terlena.

Sendirian menempuh pendakian ini. Pada jam 5 pagi matahari mula terbit aku masih duduk menikmati keindahan. Saat ini seperti biasa sendirian mengungkap kata-kata 'cukuplah setakat ini di sini'...

Matahari mula muncul. Jam 5:38am
Awan mula menunjukkan diri. Masa ni diam tiada perasaan. Jam 5:52am
Dah mula malas nak melangkah. Layan perasaan sambil layan dengar brother depan ni (entah siapa) rekod video.
Sedikit teruja dengan awan karpet. Jam 6.04am


Nah indah kan. Buat apa nak ke puncak sini pun dah indah (alasan) 👊
Akhirnya perjuangan di teruskan jua. Walau dah dekat tapi kepayahan nak melangkah aku je lah yang hadap. Kedepan melurut ke bawah. Woi sampai bila ni???

Sampai di kaki puncak lebih kurang jam 7.40am. Rehat dan terlena 10 minit. Peduli lah nak ambik gambar ke apa. Yang penting mata aku dah letih. Bila terjaga dari lena, buka mata subhanallah cantiknya pemandangan.

Aku rasa ini gambar pertama di puncak yg diambil selepas terjaga. Jam 7.50am

Ada yang dan tawan puncak seawal 5-6am. Apalah yang korang buat awal sangat tu. Sejuk kan kat atas. Gelap lagi. Bergambar sepuasnya sambil tunggu rakan yang masih dibelakang.

Rasmi telah kutawan mu Rinjani. Gunung kedua paling susah selepas Gunung Fuji
Segera turun ke bawah sebab matahari mula terik, perut mula lapar.

Ini lah tempat aku lepak awal pagi tadi. Begini rupanya batu-batu ni
Antara Gunung yang akan dirindui.
Terubat rindu pada awan di Fuji

Ini lah yang kita lalui awal pagi. Cantik!
Alhamdulillah semua peserta berjaya sampai ke puncak. Yang bagus tentang Uncle Karat ni, dia akan pastikan semua orang sampai ke puncak.

Uncle Karat akan pastikan semua sampai ke puncak. Tarik pak!
Kuatkan semangat mu wahai kawan
Disebabkan ada peserta yang lewat turun, hari ini kami masih tidur di camp site asal. Kalau ikut perancangan awal hari kedua adalah camp site di tepi tasik. Yahuuu tak perlu rushing packing. Dapat rehat sepuasnya.

Congrate! XPDC kita berjaya. Alhamdulillah


Aku nak tidur lena malam ini.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...