Hari terakhir. Untuk hari ini menurun sahaja. Walau pun hari terkahir tetap perlu berhati-hati dan elak cedera.
Laluan berpasir dan berdebu.
Laluan berbatu juga. Elak dari terjatuh.
Semua perlu hati-hati sambil melayan pemandangan. View sini berbeza.
Selepas laluan berbatu dan pasir, suasana hutan pula. Memang suka bau hutan. Fresh.
Hampir separuh perjalanan, kami break untuk lunch. Makan spaghetti dalam hutan. Sedap pulak.
Akhirnya sampai juga di Pintu Senaru. Segala penat hilang serta merta.
Semua gembira. Syukur semua selamat. Terima kasih kepada teman-teman dan thumb up to team Uncle Karat Adventure untuk layanan top. Bayaran yang kami bayar setimpal dengan service yang diterima. Puas hati dan tiada apa perlu nak complaint.
Dari sini perlu jalan sedikit untuk keluar dari kawasan Taman Nasional. Di pintu keluar jeep dah menunggu. Elok hujan pun turun renyai-ranyai meraikan kami.
Jom lah balik ke homestay. Mandi, makan dan rehat time. Petang tu kami keluar berjalan-jalan sekitar kampung. Cuba local food. Lihat gelagat orang kampung. Seronok. Cuaca dingin.
Disini untuk semalaman sahaja. Jumpa esok
No comments:
Post a Comment