Dari Kuala Lumpur naik bas Sani Express dengan harga RM44. Semua urusan tiket beli secara online. Zaman sekarang makin mudah urusan. Bertolak dari BTS jam 10.30pm. Naik bas terus tidur.
Day 1 - Tiba di KT
Tiba di stesen bas KT sebelum subuh. Cari Masjid berdekatan untuk solat subuh sementara tunggu van sampai untuk bawa ke jeti.
Perjalanan ke jeti Merang singgah sarapan di gerai tepi jalan. Perlu isi perut sebelum dilambung ombak. Dari jeti tengok air laut rasa tak sabar untuk sampai pulau. Sambil tunggu bot mengimbau kenangan lalu. Selepas zaman sekolah trip aku banyak bermula dengan pulau. Pulau Tioman, Redang, Perhentian, Kapas dan Pangkor. Bermula pada lewat tahun 90an. Boleh dikatakan setiap tahun. Masa berlalu dan berubah. Pulau tetap pulau yang sama. Pulau di Malaysia memang terbaik.
Jam 10.30am sampai Redang Mutiara Beach Resort. Welcome! Sementara nak tunggu waktu lunch dan aktiviti snorkeling hari ni, apa lagi mandi laut lah. Mana boleh tahan tengok air laut kebiruan. Dapat bilik sea view.
Agak lama tak buat aktiviti snorkeling. Harap tak mabuk laut. Basically mana-mana pakej pulau itinerary hampir sama. Melainkan kalau ada lesen scuba, boleh diving sampai lebam. Aku ada lesen pun simpan je buat kenangan. Belum masa yang sesuai untuk kembali serius dengan scuba diving. Harap suatu masa tu akan hadir untuk aku tak sia-siakan lesen yang ada.
12,45pm : Lunch
2.30pm - 4.30pm : Snorkeling
4.30pm : Hi Tea
7.45pm : Dinner & indoor activity (karaoke)
Habis snorkeling hari ni, waktu petang tengok sunset dan malam layan karaoke. Pecah kesunyian di pulau dan sebelum tidur cubaan untuk stargazing. Cantik. Handphone tak berapa canggih jadinya ambil gambar guna 'mata' je.
Day 2 - Snorkeling Lagi!
7.45am : Breakfast
9.45am - 12.45pm : Snorkeling to Marine Park
12.45pm : Lunch
2.30pm - 4.30pm : Snorkeling trip 2
4.30pm : Hi Tea
7.45pm : Dinner BBQ
Balik dari snorkeling, mandi laut sepuasnya. Buat terjunan tiruk di jeti. Main volley ball. Tak pandai main pun buat sakit tangan je. Just for fun. Malam terakhir kami santai-santai lepak tepi pantai lepas dinner. Esok nak balik KL. Entah bila boleh datang lagi ke sini.
Day 3 - Pulang marilah pulang
Last day sebelum bertolak dari sini jam 10.30am lepas breakfast just ambil angin laut. Bergambar. Tak banyak yang boleh buat.
Boleh recommend tempat ni. Aku macam biasa mana-mana pergi tiada apa nak complaint. Semua bereh. Bilik ok bersih. Makan sedap. Kalau nak selesa sangat duduk rumah. Hidup ni perlu rasa syukur selalu. Tempat orang lain padang...(betul ke pepatah ni?)
Ok adik jom kita balik. Hilang dah stress mengadap buat testing sistem seminggu. Balik ni banyak lagi keje bakal menunggu. Work hard > Saving > Travel > Repeat. Till next time. Hari ni balik naik flight sebab nak sampai cepat. Sebelum ke airport singgah beli buah tangan. Kepok lekor dan losong wajib!
Selamat tinggal Redang
No comments:
Post a Comment