Destinasiku Gunung : Mendaki Kinabalu 3.0


Kali ketiga untuk Kinabalu. Memenuhi permintaan sahabat untuk teman menawan puncak. Slot kali ini dapat pada bulan Januari. Memang banyak masa untuk persediaan fizikal dan mental. Kebanyakkan mereka pertama kali jejak ke sini.

Trip dengan rakan sekerja. Kongsi duit untuk penginapan, makan minum dan petrol. Kenderaan kami gunakan kereta rakan kerja di Sabah.

Kinabalu kini aku kembali. Izin kan aku untuk menawan mu sekali lagi. Kinabalu tidak pernah mengecewakan. Apa jua pemandangan yang dihidangkan tetap menarik dan buat jatuh cinta. 

HARI PERTAMA - PERJALANAN KE KUNDASANG


Dalam perjalanan ke Kundasang kami sempat singgah di Cowboy Town tempat baru dibuka di Tuaran. Tiada  yang menarik di sini. Biasa-biasa saja. Mungkin baru dibuka. 

Jam 6 petang kami selamat sampai di Kundasang dan check in homestay. Makan malam kami masak dan sedikit lauk yang sudah siap dimasak dibawa dari semenanjung. Makan berjemaah memang menyelerakan. Selamat menjamu selera dan istirehat.


HARI KEDUA - PERJALANAN KE PANALABAN


Selamat siang semua! Sudah bersedia untuk menikmati keindahan alam yang pasti buat kalian jatuh cinta? Isi perut dan untuk tenaga. Sediakan sarapan dan lunch pack.

Dari homestay ke Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran. Guna khidmat lokal ejen. Senang berurusan dengan dia. Alhamdulillah setakat pagi ini semua berjalan lancar.

Warm up dengan bergambar dahulu. Ceria-ceria saja kawan. Jangan stress. Enjoy the view. Melihat puncak dari bawah makin berdebar jantung. Semoga 8 orang ini berjaya di puncak. Dipertengahan jalan KM5 hujan renyai. 



Hujan renyai tidak berpanjangan. Syukur. Hari ni dapat pelangi kembar. Awan kepul-kepul. Pemandangan indah. Melayan karenah bergambar. Seronok sebab sudah berjaya sampai Laban Rata tanpa ada sebarang tragedi. Semua sampai on time.




HARI KEEMPAT - PERJALANAN MENUJU PUNCAK


Muka terpaksa bangun awal dan makan. Alhamdulillah tiada hujan dan dapat teruskan pendakian. Cuaca kali ini sejuk juga. Apa jua rintangan kami akan hadapi untuk sampai ke puncak.

Semalam dapat pelangi, pagi ini dapat bulan penuh terang. Apa lagi nikmat yang nak didustakan?


Aku seperti biasa melayan perasaan sepanjang ke puncak. Kena sampai sebelum jam 7pagi. Semua berjaya menawan puncak. Tahniah! Kondisi badan agak kurang memuaskan pada pendakian kali ini. Tetap enjoy.


Selamat tinggal Kinabalu. Aku pasti akan datang lagi jika diizinkanNya. Kekal lah ohsem sepanjang masa. Tiada jemu untuk ku kembali.





Kak Long dengan bodyguardnya


Selesai misi 'Mount Kinabalu Challenge'. Nama ini sempena ada antara rakan kami yang tidak pernah hiking. Ada yang bekerja di Sabah dan tidak pernah naik gunung ini. Jadi, kita challenge diri masing-masing. Terima kasih tidak terhingga buat 2 orang guider yang sangat supportive dan pastikan semua orang sampai puncak. Kembali ke homestay dan rehat sepuasnya.


HARI TERAKHIR - PERJALANAN PULANG KE KK


Singgah sebentar di Dairy Farm. Pertama kali sampai. Mahu juga lihat apa yang dikatakan sebagai New Zealand Malaysia. Lepak sambil makan ais krim dan pizza.



Aku ambil peluang untuk ke pulau. Happy sokmo dapat ke pulau. Malam ini kami raikan kemenangan di kedai seafood. Puas dapat makan seafood segar. 


Esok aku akan kembali ke Semenanjung dan tinggalkan rakan baik yang masih bertugas di Sabah. Aku doakan semoga dia cepat dapat kembali bekerja di Semenanjung. Cukup lama 7 tahun di sini. Balik lah! Kenangan terindah buat aku dan dia Tahniah beb! Tak sangka kau mampu ke puncak.


No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...