Destinasiku Gunung : Mendaki Gunung Agung

Selepas Marathon Bali, malam tu kami check out dan bertolak ke daerah Karangasem.  Dari penginapan ke Pura Besakih ambil masa dalam 1 jam. Kami ambil local guide. 

Menadaki seramai 5 orang. 2 orang siang tadi berlari 42KM dan 2 orang 21KM. Kuat mereka ni. Malam mendaki gunung.

Selain Gunung Agung, di Bali terdapat satu lagi gunung yang mudah untuk di daki iaitu Gunung Batur di daerah Kintamani. Gunung Agung bleh dikatakan trail yang susah. Terdapat pilihan routes. Yang ada masa boleh bermula di Besakih. Laluan ini paling susah tetapi view superb.

Yang mudah sikit (tapi tidaklah semudah mana) bermula di Pura Pasar Agung. Boleh pilih route ni untuk ke route pertama, ada laluan bertembung. Kami pilih route ni sebab kami kejar masa untuk flight malam nanti.

Keletihan dan mengantuk. Jam baru 4:30 pagi. Masih jauh lagi puncak tu.


Jam 6 pagi masih belum sampai puncak. Matahari dah mula terbit. 


Kuatkan semangat lagi untuk ke puncak.


Dan akhirnya ketemu puncak. Sebelah sana adalah puncak dari trail pertama. Hello! kami disini. Ada sesiapa ke disana..Crater rim yang masih aktif.


Dari sini boleh nampak Gunung Rinjani. Nampak tak? Puas hati walau naik ikut trail ni. Jadilah yang penting puncak. Seronok bila berada di puncak.


Dua orang local guide yang baik. Terima kasih pak bikin kopinya, biskutnya dan pisangnya. Ya jam 7 pagi kami disini. Sarapan ringan dan perlu turun sebelum jam 9 pagi.


Setinggi ini pun ada juga "dia' di sini. Nak makan pun tak tenang asyik nak kacau.


Bila dah gembira sampai dipuncak, masa untuk turun. Jauh nak tempuh perjalanan turun. Cuaca mula panas. Jam 8 pagi kami mula bergerak turun. Masing-masing dah keletihan sebenarnya. Rehat tak cukup.



Inilah laluan awal pagi tadi. Tiada pokok dan panas.



Jam 11 pagi masih belum sampai starting point. Mengantuk mana-mana pun sempat nak lena. Kesian kawan aku ni. Siapa suruh bagi idea giler Marathon + Hiking


Pengakhiran pendakian akan berakhir bila sampai semula di temple dan laluan tangga. Segalanya selesai dan kami selamat sampai jam 12 tgh. 


Kalau ikut sumber yang dibaca untuk naik ke puncak ambil masa dalam 3.5jam dan turun dalam 2.5 jam. Tapi kami lebih berjam-jam ha..ha..ha

Bermula tengah malam, sampai di puncak untuk sunrise, turun semula sampai tengah hari. 12 hours of climbing, scaling, crawling, freezing, and hallucinating the entire way back down. Definitely wasn't just any hike.

Apa pun don't ever underestimate any mountain. Kami tinggalkan tempat ini secepat mungkin sebab ada antara kami flight petang ni. Aku dan sorang kawan lagi flight last malam. Jadi kami bersihkan diri, makan dan rehat di airport sahaja.

Seronok bila dikenang kembali trip ini. Semua adalah dariNya. Kekuatan, kesihatan dan rezki untuk datang ke sini dan buat semua kegilaan ini.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...