Destinasiku Lombok : Air Terjun & Gili Trawangan

Cabaran Rinjani telah berakhir. Awal pagi kami ke air terjun berdekatan dengan homestay. Terapi diri, bagi urat-urat tegang naik turun gunung kendur sikit. Hilang semua sakit kaki, lutut, badan.

Ada dua air terjun disini. Bestnya dapat mandi air sejuk.


Kita sampai di Air Terjun Sendang Gile dulu. Massage badan naturally.


Air terjun kedua yang tak sabar nak kesana....Tiu Kelep. Subhanallah cantik.


Mandi sepuasnya disini. Memang puas hati.


Pakej terakhir untuk trip Rinjani adalah ke pulau. Namanya Gili Trawangan. Naik bot tengahari. Tapi sebelum naik bot, makan tengahari di tepi sawah sambil nyopping souviner.



Time for boat ride ke pulau. Gili Trawangan yang paling femes antara tiga pulau di Lombok.


Sebelum kembali ke tanahair rehat disini melayan angin bayu untuk satu malam.

Menarik di sini sama dengan pulau-pulau lain. Hari ni kami nak santai sahaja. Enjoy sepuas hati. Bila dah start keje kena work hard untuk next destinasi. Puas berehat. Hari ni kami sewa basikal dan kayuh keliling pulau


Makan seafood murah dan minum fresh avacado jus.


Layan air laut dan sunset.




Last sebelum tido kita layan music reggae. Ni jelah hiburan yang ada di pulau.


Bila dah puas rehat selepas turun dari gunung, no excuse untuk cuti balik dari sini. Kerja kena semangat.

Tamat siri Gunung Rinjani.

Destinasiku Lombok : Plawangan ke Senaru, Gunung Rinjani

Selamat pagi Plawangan. Hari yang indah


Hari terakhir. Untuk hari ini menurun sahaja. Walau pun hari terkahir tetap perlu berhati-hati dan elak  cedera.


Laluan berpasir dan berdebu.


Laluan berbatu juga. Elak dari terjatuh. 


Semua perlu hati-hati sambil melayan pemandangan. View sini berbeza.



Selepas laluan berbatu dan pasir, suasana hutan pula. Memang suka bau hutan. Fresh.



Hampir separuh perjalanan, kami break untuk lunch. Makan spaghetti dalam hutan. Sedap pulak.



Akhirnya sampai juga di Pintu Senaru. Segala penat hilang serta merta.


Semua gembira. Syukur semua selamat. Terima kasih kepada teman-teman dan thumb up to team Uncle Karat Adventure untuk layanan top. Bayaran yang kami bayar setimpal dengan service yang diterima. Puas hati dan tiada apa perlu nak complaint. 



Dari sini perlu jalan sedikit untuk keluar dari kawasan Taman Nasional. Di pintu keluar jeep dah menunggu. Elok hujan pun turun renyai-ranyai meraikan kami. 


Jom lah balik ke homestay. Mandi, makan dan rehat time. Petang tu kami keluar berjalan-jalan sekitar kampung. Cuba local food. Lihat gelagat orang kampung. Seronok. Cuaca dingin.





Disini untuk semalaman sahaja. Jumpa esok

Destinasiku Lombok : Tasik Segara Anak & Plawangan, Gunung Rinjani

Seawal jam 6 pagi dah mula sarapan dan prepare apa yang patut. Tak terkata bila tengok cantiknya bumi Allah ni. Sunrise...


Hidangan sarapan yang simple tapi sedap dan ngam. Kena pulak kopi panas. Muka masing-masing ceria sebab dah selesai episod semalam dan semua dah berjaya tawan puncak. Alhamdulillah



Sebelum ke episod seterusnya kita ambil gambar kenangan dulu. Seperti biasa mesti huru hara sesi bergambar.


Pagi ini diteruskan perjalanan untuk sampai ke Plawangan. Terpana dengan pemandangan dari atas sini. Tempoh hari kepenatan jadi tak dapat nak enjoy pemandangan. Cantik rupanya...




Puncak yang kami tawan semalam kini menjadi sejarah dan kenangan terindah. Selamat tinggal.


Luas mata memandang. Hilang rasa penat. Dari camp site hanya menurun sahaja sampai ke tasik.







Sampai di tasik suasana lain. Tenang dan damai. Ramai yang memancing. Tapi bau-bau disekitar kawasan tasik ni tak menyenangkan deria bau. Yang pernah sampai sini tau lah bau yang tak best ni. Cuma perlu hati-hati bila berjalan.



Kami terus ke kolam air panas. Mandi manda. Dua hari tak mandi. Oppss. Puas jugak dapat basahkan diri. Rasa segar.


Sebelum bertolak untuk teruskan perjalanan di hidangkan dengan makan tengahari. Perlukan tenaga sebab selepas ini akan mendaki sahaja. Menu Team Uncle Karat tak pernah mengecewakan.



Tetap dengan keindahan Rinjani. Rasa setiap masa berhenti untuk bergambar dan menikmati keindahan. Sangat berbaloi. Semua penat berbayar.


Mula mendaki semula. Tiada yang landai. Enjoy dengan view. Tak rasa letih.Semua orang masih mood happy.



Rehat di check point. Melepaskan lelah. View cantik dari sini.



Aku akan ingat setiap moment disini. No regret. 
Have enough courage to start and enough heart to finish


Group photo macam biasa huru hara. 


Mendaki lagi untuk sampai ke camp site. Masih jauh lagi pendakian ini.


Sampai di camp site kami di jamu dengan pop corn. Makan pop corn sambil menghayati pemadangan. Bagai melihat wayang gambar. Perkara paling suka disini adalah sunrise, sunset dan milky way. Petang itu sepuasnya dengan sunset.







Angin agak kuat di sini, sampaikan ada khemah yang hampir runtuh. Sejuk jangan ditanya. Bunyi angin berlawan dengan bunyi dengkuran. Akhirnya lena. Lenalah wahai kawan-kawan esok adalah hari terakhir perjuangan kita disini.


Selamat malam.






Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...