Seawal jam 6 pagi dah mula sarapan dan prepare apa yang patut. Tak terkata bila tengok cantiknya bumi Allah ni. Sunrise...
Hidangan sarapan yang simple tapi sedap dan ngam. Kena pulak kopi panas. Muka masing-masing ceria sebab dah selesai episod semalam dan semua dah berjaya tawan puncak. Alhamdulillah
Sebelum ke episod seterusnya kita ambil gambar kenangan dulu. Seperti biasa mesti huru hara sesi bergambar.
Pagi ini diteruskan perjalanan untuk sampai ke Plawangan. Terpana dengan pemandangan dari atas sini. Tempoh hari kepenatan jadi tak dapat nak enjoy pemandangan. Cantik rupanya...
Puncak yang kami tawan semalam kini menjadi sejarah dan kenangan terindah. Selamat tinggal.
Luas mata memandang. Hilang rasa penat. Dari camp site hanya menurun sahaja sampai ke tasik.
Sampai di tasik suasana lain. Tenang dan damai. Ramai yang memancing. Tapi bau-bau disekitar kawasan tasik ni tak menyenangkan deria bau. Yang pernah sampai sini tau lah bau yang tak best ni. Cuma perlu hati-hati bila berjalan.
Kami terus ke kolam air panas. Mandi manda. Dua hari tak mandi. Oppss. Puas jugak dapat basahkan diri. Rasa segar.
Sebelum bertolak untuk teruskan perjalanan di hidangkan dengan makan tengahari. Perlukan tenaga sebab selepas ini akan mendaki sahaja. Menu Team Uncle Karat tak pernah mengecewakan.
Tetap dengan keindahan Rinjani. Rasa setiap masa berhenti untuk bergambar dan menikmati keindahan. Sangat berbaloi. Semua penat berbayar.
Mula mendaki semula. Tiada yang landai. Enjoy dengan view. Tak rasa letih.Semua orang masih mood happy.
Rehat di check point. Melepaskan lelah. View cantik dari sini.
Aku akan ingat setiap moment disini. No regret.
Have enough courage to start and enough heart to finish
Group photo macam biasa huru hara.
Mendaki lagi untuk sampai ke camp site. Masih jauh lagi pendakian ini.
Sampai di camp site kami di jamu dengan pop corn. Makan pop corn sambil menghayati pemadangan. Bagai melihat wayang gambar. Perkara paling suka disini adalah sunrise, sunset dan milky way. Petang itu sepuasnya dengan sunset.
Angin agak kuat di sini, sampaikan ada khemah yang hampir runtuh. Sejuk jangan ditanya. Bunyi angin berlawan dengan bunyi dengkuran. Akhirnya lena. Lenalah wahai kawan-kawan esok adalah hari terakhir perjuangan kita disini.
Selamat malam.