Ziarah ke beberapa tempat menarik di Mekah. Antaranya Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah, Mina dan Ja'ranah
-Jabal Thur-
Tak jauh dari kota Mekah. Di sinilah sejarah Rasulullah dan Abu Bakar sembunyikan diri selama 3 malam dalam perjalanan berhijrah ke Madinah. Di sebalik Jabal Thur letaknya Jabal Nur. Dua2 merupakan bukit.
Kedatangan di sambut dgn unta. Unta tak mandi baunya semerbak eheeee..tk de la nk dekat dgn unta tu.
-Jabal Rahmah-
Seterusnya ke sini. Perlu daki bukit ikut anak tangga yang ada. Boleh tahan semput lah nak naik ke sini. Sepanjang nak naik tu byk peniaga dan peminta sedekah. Kadang2 peminta sedekah tu org yg sama kita jmpa di kota Mekah. Sampai kat sini pun boleh mintak sedekah. Bila dah sampai puncak berbagai ragam manusia. Ada yang solat sedangkan di maklumkan kat sini tidak boleh solat boleh jatuh hukum kurafat.
Selalunya org ke sini doa banyak-2. Cthnya mintak dpt jodoh. Aku ler mangsa keadaan. Kena perli dengan jemaah lain untuk tidak lupa doa untuk dapat jodoh cepat. Sabar je lah..
Kat tiang putih tu penuh dengan nama-2 org. Separuh tiang tu jadi hitam sebab di spray hitam untuk tujuan org yang dtg tulis lah nama kat situ. Kotor jadinya tiang tu.
Seronok bila ada kat puncak, bole tgk Arafah dari atas. Boleh bayangkan betapa luasnya Arafah dan di penuhi manusia pada hari akhirat nanti. Tegak bulu roma...
Sekitar bawah bukit banyak unta maka secara automatik banyaklah tahinya. Baunya semerbak.
-Muzdalifah & Mina-
Akhirnya jemaah akan di bawa ke Tanaim iaitu sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram untuk bermiqat. Terletaknya Masjid Aisyah. Di riwayatkan bahawa di sini beliau telah berihram umrah sekembalinya mengerjakan haji bersama Rasulullah. Niat mengerjakan umrah dan seterusnya balik ke Masjidil Haram untuk sempurnakan umrah.
Melintasi tempat-2 haji Muzdalifah dan Mina. Dapat lah bayangkan suasana musim haji. Meriah.
Selesai ziarah, balik ke hotel bersihkan diri dan terus sempurnakan umrah lagi. Alhamdulillah.
baru terjumpa akan blog leen. hehe..i follow.
ReplyDeletebest kan dapat tgk kaabah depan mata..rasa sayu sgt, rasa sgt rendah diri..
salam mummy adam..terima ksh sempat menyinggah sini.
ReplyDeletemmg best sgt2. plg indah.