Bagi yang ingin cabaran boleh lah daki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira'. Bayaran tambahan dikenakan. Kerana ini semua bukan dalam pakej umrah. Buat apa lepaskan peluang emas ni hanya kerna tidak mahu keluarkan sedikit duit. Selain duit kudrat pun kena kuat juga. Nama pun aktiviti daki jadi tenaga yang ada mestilah 100%.
Gua Hira' adalah tempat di mana Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas solat Isya'.
Ikut jadual asal 10mlm bertolak tapi ada masalah pengangkutan jadi agak lewat bertolak. Sesampai di satu perkampungan aku mendogak lihat tingginya Jabal Nur dalam kesuraman malam. Mampukah aku? Ya Allah permudahkan urusan kami.
Dalam keadaan gelap kami mula mendaki. Dengan semangat yg tinggi aku gigih mendaki satu per satu. Sedangkan Siti Khadijah pada usia 40+ tiap2 hari mendaki inikan kami yang muda mudi ni. Tapi dalam group kami ada juga veteran yg usia cecah 60thn berjaya sampai ke atas.
~Beginilah laluan yang ada~
Akhirnya berjaya ke puncak, hilang segala lelah bila dapat lihat keindahan malam kota Mekah. Masjidil Haram memancarkan cahaya ke langit. Indahnya...
Rupanya, ada lagi laluan yang perlu di tempuh sebelum sampai ke Gua Hira'. Aku mula hilang yakin nk turun kat laluan ni. Sebab terasa gayat. Tolong!!!!Tak pegi rugi.
Ada lagi cabaran, perlu lalu di celah batu-batu besar ni. Laluannya agak sempit & gelap gelita. ala Mutawif kami guna lampu dari handphone je sbg penyuluh. Tergelak aku.
Akhirnya berjaya kami lihat sendiri keadaan Gua Hira'. Keadaan gua kecik je. 2 org je yang muat masuk. Dari celah gua terdapat satu lubang kecil yang bole nampak terus Masjidil Haram. Masyallah. Di atas batu ada tertulis mcm2 perkataan. Tak faham.
Selesai segala urusan. Masing2 rehat dulu sebelum turun. Letih naik dan turun sama je. Tapi puas hati dapat jejak kaki tempat bersejarah. Selama ni baca dalam buku2 shj tiada gambaran. Kepuasan nampak di muka semua yg berjaya di atas sana.
Syukur tiada perkara buruk yg jadi. Pendakian berakhir jam lebih kurang 3 pagi. Balik hotel keletihan.
Keesokan hari kami di usik. Ada tak yang demam kot2 dapat wahyu malam semalam. Berderai tawa...
No comments:
Post a Comment