Destinasiku Bandung : 120509-Halooo

Org kata Bandung syurga shopping. Mcm mana lah Bandung boleh di angkat nama setinggi itu. Jom kita tgk sama2 betul ke statement org ramai psl Bandung. Apa yg best sgt kat sini sampai berlumba-lumba org Malaysia ke sini.

Keghairahan org m'sia membeli-belah di Indonesia bukan pelik jika ambil kira RM lebih tinggi berbanding Rupiah, harga murah, byk tempat beli belah, mudah komunikasi dan keseronokan tawar menawar. Bukan sesuatu yang menghairankan jika sesuatu barang boleh di tawar atau diskon (bahasa Indon) sehingga 70% dr harga asal. Itu lah sebab2 mengapa Bandung jd daya tarikan.

Bila aku sebut nk ke Bandung. Terbeliak biji mata org. Hebat Bandung nie detik hati ku. Blom lagi aku ckp nk ke Paris..Mesir..eh benua2 lain lah pengsan kot dorang. Baru Bandung org dh kata aku byk duit. Mmg lah kaya holiday oberseas, shopping oberseas. Matawang juta2 rupiah. Tu dia byk nya duit aku. Tp tahu tak seksa nk kumpul duit lah.

Ke Bandung pun sebab temankan kawan aku shopping. Dia yang beria2 nak pegi. Aku ikut je. Dh hobi travelling ajak lah mana pun aku pasti ikut. Since August last year bought the air ticket. Ok lah harganya RM220 per person (15kg). Tk tahu lah kalu ada yg dpt lagi murah.

Flight kami 9.20 am. Korang bayangkan 3 hours before departure kena ada kat aiport. Ini bermakna kul 4 am aku dh kuar umah ke KL Sentral. Dr sini naik je mana2 bas yg korang suka utk ke LCCT. Ada bas yg harga RM8, RM9 & RM10. Dr KL Sentral ke LCCT will take about 1 hour. Oh rugi tido aku utk hari ni.

Satu kelemahan yg aku kenalpasti kat LCCT ni signboard psl kaunter yg dh open utk check in. Me & Shela dok tgk info board yg besau tu until 7am no changes. Shela dh cuak dia takut terlepas flight. Kelakau lah kawan aku ni. Tanya la information centre. La dh open lama rupanya. Mula le mulut kami bebel2 tk henti2. Tkde pun passenger lain check in. Tggal kami berdua je. Mmg hampeh.

While waiting counter to be opened. We had our breakfast at Mc'D. Oh dh lama aku tk mkn di sini. Makan dgn tenang....

Poor us flight delayed. Oh tk suka!!!Akhirnya kami berjaya naik. Aku haus nk beli air. Tp pramugari bertugas very the slow men!Aku tertido tggu turn aku. Hilang selera nk minum.

Kami selamat landing kat Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung. Kecik je tempatnya. Que pjg utk check in. Nsb baik lah shela dh booking supir utk amik. Bayaran dlm 50krp. Kami stay kat Hotel Mutiara. Harganya 318krp per night. Ni hari biasa. Boleh tahan mahal gak lah. Betul2 dpn jln besar. Actually bukan masalah besar pun utk cr penginapan sbb kat sini ada hotel dari 2-5 bintang.

Utk entry kali ni aku cuba kongsi pengalaman dan tempat2 yg sempat aku jajah. At least leh sharing info psl budaya, masyarakat, tempat & makanannya. Travelling ni kdg2 byk mengajar kita erti kehidupan. Di Bandung aku tgk kehidupan mereka byk yg ssh berbanding M'sia yg ada segala-galanya. Syukur lah kerana kita lahir sebagai bangsa Malaysia.

Kalu korang ada masa & duit lebih bleh lah pegi ke Jakarta juga coz tk jauh dari sini. Bleh naik train. Cuma masa 2 jam utk ke Jakarta. Naik kereta pun boleh tp bayaran xtra skit ler. Bas pun boleh kira2 3 jam. Amik bas kat Leuwipanjang dan Cicaheum. Org kata kita boleh sewa van yang boleh muat 7-10 org yg bertolak tiap beberapa minit. Sewanya dari Jakarta ke Bandung utk tempoh beberapa hari dengan harga RM200-300. Pandai2 lah survey ye.

Bagi yg giler shopping bwk lah beg kosong xtra. Ye lah nk muatkan hasil barangan shopping. Cthnya kawan aku tu. Dtg 1 beg kecik + 1 beg besar (yg dlm tu ada beg2 lagi). So dapatlah korang bayangkan byknya dia nk borong. Hehehe jgn marah ye shela.

Kat Bandung ni mmg byk premis barangan kilang (factory outlet) di Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Sukajadi dan sekitar Setiabudi. Antara yang terkenal Herritage, Cascade, Summit, Oasis, Metropolitan, Secret, Terminal Tas, Edward Forrer, Stamp, Rumah Mode, Cargo, Cosmo, Diaz, Solution, Blossom, Grande...aduh letihnya nk menaip. Patah kaki nk ke semua tempat ni. Tp jgn risau sbb dalam satu jalan byk FO nya. So korang boleh lah plan utk satu jln 1 hari or 1/2 day. Yg nie psl FO.

Kalu korang nk beli baju fesyen2 indon, telekung, tas tangan, kain ela & mcm2 lagi pegi lah ke Pasar Baru. Hah yg kat sini harus lah amik 1 hari utk shopping. Mcm2 ada. Sampai nak muntah aku keliling cuci mata. Pasar Baru ni ada 7 tingkat. Setiap tingkat korang akan rambang mata. Aku pun sedikit sebanyak tertarik gak utk membeli.

Selain tu barangan kulit boleh dapat di sekitar Cibaduyut termasuk kasut, beg dan pelbagai aksesori lain dengan harga yang murah dan berpatutan. Aku tk pegi pun tk sempat. Kalu nk dapatkan beg buatan tangan jenama Elizabeth yang terkenal di Bandung ada kat Jalan Otto Iskandar Dinata. Beg2 tangan yg di jual kat Bandung ni ikut kategori Gred A atau B.

Kalu nk beli produk jeans korang leh pegi ke Toko Tiga. Tp bg aku jeans Levi kat sini tk menarik pun. Ada lagi satu tempat leh singgah kalu nk utk dapatkan produk jeans yang beraneka jenis di sepanjang jalan Cihampelas. Usah mengimpikan jeans jenama mahal kerana di sini produk tu dihasilkan penduduk tempatan dan dijual terus kepada pelancong. Jangan lak korang terkejut melihat patung gergasi Superman, Goku, Rambo dan bintang Hollywood terkenal berdiri gagah depan kedai produk jeans. Aku tk singgah pun sini sbb mcm tk menarik pun kawasannya. Sorry ini pendapat aku.

Untuk local transport u'll leh sewa khidmat supir or kalu brani cam kami naik je angkutan kota. Angkutan nie adalah sebiji van yg di ubahsuai ikut kesesuaian utk penumpang. Harganya jauh lebih murah dari sewa supir. Semurah 1000krp. Angkutan ni berlambak so usah gusar. Cuma kena tahu warnanya saje. Tp apa yg susah tanya je org tempatan sure bleh bantu. Malu bertanya sesat jalan kan. Org M'sia mmg dpt 1st class layanan.

Untuk tukar duit korang leh cari Golden Money Changes or mana2 money changes pun ada. Ratenya sama je. Aku dh survey. Lagi skali aku ingatkan better korang tukar duit siap2 kat M'sia sbb kita tk tahu currency boleh berubah bila2 masa. Aku yg rugi terlupa nk tukar duit bila smpai bandung 1st dy rate mmg murah RM346=1 juta rupiah. Msk 2nd day dan seterusnya RM350=1 juta rupiah. Tp kat KL leh dapt murah dr RM346.

Apa lagi ye.. Hah ada satu tempat jual Brownies sedap gak. Whether korang leh gi Kartika Sari or Amanda Brownies. Aku bg nama je. Kat mana tempatnya korang cari lah sendiri.Heeeee

Selain syurga membeli belah, bandung juga hebat dgn pelbagai aneka makanan. Dr nasi padang, makanan sunda, bakso, batagor, martabak, soto, lotek, mi kocok, mi ayam, nasi tembel, mi naripan, laksa, sate (sate kelinci=sate arnab) dan nasi uduk. Dengan belanja antara 20krp to 100krp makan dan minum lah sepuas hati. Itu pun kalu tekak leh terima semua makanan nie.
Jika nk makan ikan bakar ala Sunda dgn suasana persekitaran ala kampung, boleh cuba di Kampung Daun Jalan Sersan Bajuri. Sedanya dpt makan di pondok kecil beratap rumbia dan ditemani dengan deruan air terjun semulajadi. Aku tk dpt mkn kat sini sempat singgah je sbb kejar masa.

Aku tahu utk acara kebudayaan, muzium atau melihat gunung berapi hanya sebagai acara mengisi masa terluang. Tp tk salah kalu korang singgah ke Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu. Masukkan acara ni utk pagi hari then lepas tu korang pegi lah sambung shopping. Rugi kalu dh ke Bandung tk ke sini tgk sendiri kawah gunung berapi yg masih aktif. Subhanallah....
Turun dari situ, singgah lah kawasan air panas semulajadi di Sari Ater. Kalau ada masa lagi mandi kat air terjun Maribaya.

Rasanya takat ni je lah info yg aku ada. Nasihat aku wat survey dan cari info sebanyak mana pun psl Bandung before plan to come. Byk info kat internet such as forum utk further info. Kumpul je info tu jadi satu buku. Kamus rates currency jgn lupa sediakan supaya kita tahu bila tgk harga barang dlm rupiah dan bila convert duit kita brapa byk. So tahu lah berbaloi tak beli brg tu.

Conclusionnya...Bandung best lah gak utk shopping. Tp aku mmg kurang skit utk shopping nie. Aku suka adventure travel. Bagi aku kat M'sia pun syurga shopping. Jgn lupa PS Butik, Pdg Besar, Rantau Panjang dan lain2 tempat yg jual mcm2 brg. Mmg ada kekurangan info di sini tp ini je yg aku sempat ingat. Rasanya ikut pengalaman aku sepanjang 5 hari di sini.

Akhir kata trima ksh pd shela sbb ajak aku ke sini. If not tah bila aku nk dtg. Nsb baik dia dh wat survey psl bandung. Byk info yg dia sediakan. Sorry lah aku mmg tk sempat nk wat tu semua sibuk dgn keje + keje kenduri wedding adik aku. Apa2 pun aku harap ko dpt semua apa yg ko nak. Jgn plak termimpi2 brg yg ko tk dpt tu. Next trip ko nk kemana?Bg tahu aku leh je temankan. Apa pun we share sweet memory together ya!

So next entry nnt aku tunjukkan tempat2 yg sempat aku snap. Dh penat menaip ni. Otak dh empty. 2 b continue. Chow...

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...