Makan sedap?

Diam tak diam, mau tak mau dh "mastautin' di JB selama 7 bulan.

Hidup seorang perantau amat perit. Perit jiwa & raga. Empty life. Agak2 cukup tk ayat2 tu nk tunjukkan penyeksaan jiwa ku. Bukan la nk ngada2 tp my life tertinggal kat KL slalu lupa nk angkut sekali ke JB. Warghhh!!!

Org kata merantau ni byk bole blaja erti kehidupan. Lar..ye ke. Kat KL pun aku mengerti ttg kehidupan. Tak payah merantau jauh2. heheee

Ok cukup la 2 perenggan luahan perasaan. apa la kena mengena perasaan itu dgn entry kali ni. TAKDE kaitan langsung.

Seorang sahabat penah berkata "2 thn aku keje kat Johor, satu je aku suka ttg Johor, makan sedap beb" Lar..ye ke. nape aku tk tahu?? Sebab aku slalu masak sendiri. Tak kira la telur goreng pun aku msk sendiri.

Maka, 2011 aku mulakan expedisi aku mencari makanan yg sedap2 tu. Kerja sebagai 'despatch belacan' bole la rantau2 cari makanan sedap tu. Tak sedap siap ko sahabat ku..

Hasilnya...di Pontian.

Kabarnya ada gerai Asam Pedas marbeles. Kecur liur aku bila sebut asam pedas. Termenung kejap kenangkan asam pedas mak & along ku. Malangnya sahabtku tu tak ingat langsung nama gerai yg nk suh aku cr. Hampeh kan.

Aku usaha jugak, asalkan asam pedas. Jumpa satu gerai.

ASAM PEDAS MADU TIGA?ooo ownernya kawin 3, isteri2 dia la yg run the business. Amboi pakcik mesti pikat isteri2 tu dgn asam pedas kan? Tak kisahlah asalkan jgn pakcik tu 'tertarik' dgn aku, jadi madu ke-4. Hah naya ko..

Cerita psl gerai ni penah masuk dlm majalah Harmoni. Ok la kan not bad. Ramai yg dtg makan. Pelbagai bangsa. Gerai sederhana bawh rimbunan pokok. Nyaman. Letaknya di Pekan Nenas, Jalan Industri 14. Dekat dgn Kilang KLS Marketing. Ada contact no. 014-6114019. Mana ler tahu ada somi2 isteri ngandung ngidam nk mkn bole la calling2 dulu.

Jom2 layan asam pedas. Pilih ikan dulu, baru la dorang masak asam pedas. Ok kak tlg kira. RM15.00 WHAT?????????????tk penah aku mkn asam pedas semahal ni.

~Bila tk berjaya mencari kedai asam pedas kat pekan Pontian, amik angin jap tepi laut~

~Set lunch ku asam pedas ikan merah+ Kangkung grg + teh o limau suam~

Kisah menu ni pulak, aku dpt tahu dr seorang client. Dia cuba terangkan menu ni sambil lukis gambar di papan putih. O ssh nya dia nk bg bayangan pada ku. Lawak la tuan! Tp aku tk amik port sgt sbb terus lupa psl menu ni.

Tp baru2 ni bila tgk rancangan Jalan2 Cari Makan dgn hosnya yg setia buat aku terliur, aku nekad nk cari gerai KACANG POOL. Hajatku di luahkan pada hsemate. Dan....

Mmg sedap. Tp mkn sekali je. Bole muak mkn byk2. Puas hati dpt penuh kan nafsu makanku. Kacang Pool Haji ni mmg femes. Carilah Balai Bomba Larkin gerai tu dekat situ. Menunya kuah kacang pool (yg bhn2 nya kacang kuda, kacang peas, daging & serbuk rempah), roti dan telur mata. Layan..

Gmbr tkde lupa nk amik, sebab time tu tgh kebulur yg amat.

Selamat makan. sebelum makan jgn lupa doa makan. Lepas mkn jgn lupa jilat jari (sunah nabi).
Sape2 yg ada idea tempat makan best tlg igtkan aku...

Comments

  1. leen, pontian dah dekat ngan umah mak mertua le tu.. kalau nk makan asam pedas dtg je umah mak mertua mmg mabeles asam pedasnya...

    ReplyDelete
  2. Oh Ibuuu tlg bg alamat umah mak mertua ye. mana tahu leh singgah. tk pun bila blk umah mak mertua tu jemput2 la org JB mkn asam pedas

    ReplyDelete
  3. leen.. raya cine kitarang balik... leen ada kt JB ke time tu... nnti ina roger2 wokey :)

    ReplyDelete
  4. ala..dh sah2 i pun blk...KL ehee mana bole lepas peluang coti2 mesti mau blk maa

    tk dpt la nk jmpa sob sob

    ReplyDelete
  5. asam pedas madu tiga ade juga di kualijaya..terbaikk woo..aku rasa harna nye yg berpatutan..xpercya..kena pergi dulu.

    ReplyDelete
  6. makankuat bg la skit landmark kat kulai tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

It's PERTH

Alahai Dinner