Sudah lama idamkan untuk mencuba aktiviti mencadat sotong. Baru hendak mencuba. Ingin merasai sendiri pengalaman mencadat sotong. Entah berjaya atau tidak disebabkan ada penyakit mabuk laut. Risau juga sebab akan berada dalam bot tempoh yang lama.
Aktiviti mencandat sotong bermula bulan April hingga September, tetapi seawal bulan Mac sudah bermula. Aku pilih bulan Julai. Sebaiknya memilih hari ikut kalendar Hijrah di kala bulan penuh kerana ia menjanjikan hasil tangkapan sotong yang sangat lumayan. Banyak pengendali bot di Marang yang menawarkan Pakej Mencandat Sotong bila tiba musimnya.
Disebabkan kawan selalu mencandat, minta dia bantu uruskan dengan pakej mampu mencandat.
Jam 6 petang kami tinggalkan pantai menuju ke tengah laut kerana masa yang paling sesuai untuk keluar mencandat adalah antara pukul 7 hingga 8.30 malam atau 11 hingga 12.30 tengah malam. Aku harapkan tidak mabuk laut sebab sudah makan ubat.
Semua orang gembira disapa bayu laut. Kita tunggu nasib ditengah laut.
Bersiap sedia belajar cara untuk mencadat dan bertempur dengan sotong. Nampak mudah tapi perlu kesabaran juga.
Episod mencadat pun bermula dengan meriah. Makin malam menjelma semakin banyak dapat lihat bot-bot. Pesta mencandat yang meriah.
Awal mencandat ada kawan yang sudah mendapatkan hasil buatkan kami lebih teruja dan tidak sabar untuk mendapat hasil sendiri.
Seorang demi seorang berjaya mendapat hasil.
Malangnya aku gagal sebab mabuk laut yang 'menyapa'. Hanya mampu tumpang gembira dengan hasil kawan-kawan. Malam menjelma dan akhirnya 3 orang tewas dengan mabuk laut. Bila lihat kami tidak bermaya, tekong bertanya samada hendak pulang awal atau teruskan. Kami pilih untuk teruskan. Dari hasil tangkapan krew bot menyediakan makan malam yang sangat sedap.
Jam 5 pagi pulang ke darat dengan hasil yang lumayan. Kebanyakkan hasil yang dapat adalah dengan bantuan krew bot. Puas hati dengan perkhidmatan krew bot.
Kami tumpang bersihkan diri di tempat salah seorang kawan yang menginap di sini. Homestay yang menarik.
Hasil mencandat kami bahagikan 5. Semua berpuashati dengan pengalaman mencandat. Sebelum pulang singgah kedai keropok lekor untuk beli sedikit buah tangan. Kedai pilihan adalah Keropok Lekor 008 Kelulut. Sedap.
Buat kawan-kawanku, terima kasih sebab sudi join trip ini. Sudi untuk mabuk bersama. Ha Ha Ha. Akan ku kenang kenangan ini bila lihat gambar ini.
No comments:
Post a Comment