Morning...kena bangun awal untuk ke laut. 6.30am dah standby untuk naik bot. Berdebar. Bila tengok bot tu bertambah debar. Dah lama tak naik bot ke tengah laut. Seramnya.
Cuaca suram pagi ni. Masih awal untuk membayangkan tempat dolphin. Makin jauh ke tengah laut. Malam tadi hujan jadi matahari tidak kelihatan. Ruginya rasa. Tiba-tiba kelihatan banyak bot yang lain. Suasana riuh seketika menjerit-jerit 'jakun' nampak dolphin. Gelak besar kami dalam bot tengok gelagat orang dan diri kami.
Setiap kali dolphin muncul semua bot-bot kejar. Menderu...Ikut kata tour guide kalau cuaca elok lebih kurang dalam 70 ekor dolphin ada. Tapi hari ni kami dpt tgk dalam 5 ekor sahaja. Jauh beza jumlah tu.
Kami ni bayangkan dolphin melompat tingi...tapi alahai setakat skit-skit aje. Letih nak tunggu dolhpin keluar. Mabuk laut. Lepas sejam naik ke darat, breakfast then bersiap untuk pulang ke Kuta.
Balik ke Kuta ikut laluan lain dari semalam. Jadi kami dapat singgah di beberapa tempat yang indah pemandangannya.
Hentian 1 - KINTAMANI
Di sini untuk lunch sambil menikmati pemandangan active Batur volcano. Cantik sambil2 makan. Tapi kami tak makan sebab masih ada perasaan was-was halal. Buffet lunch boleh dapat dalam RP97k. So decide tahan aje lapar dulu. Sejuk mata memandang persekitaran.
Hentian 2 - TEGALALANG
Apa ada di sini? Rice terraces. Sekali lagi sejuk mata memandang. Bayar dulu entrance fee RP5k/person. Jalan-jalan persekitaran. Lepas penat dahaga pula. Mineral water cost me RP5k. Glup..glup..telan air mahal.
Hentian 3 - UBUD
Tempat di mana pelbagai hasil seni kreatif Selain itu kalau yang tak pernah tengok monyet boleh ke Wanarawana Monkey forest dan boleh masuk ke 'Saren' Ubud King Palace. Ada juga yang pilih untuk bermalam di sekitar Ubud sebab bila malam sejuk. Best juga kalau ada ongkos lebih. Kami tak singgah cuma lalu sahaja.
Perut dan menggelupur lapar. Bila nak sampai ni...
Perut dan menggelupur lapar. Bila nak sampai ni...
Hentian 4 - DEN PASAR
Jalan jem pulak...Tetapi syukur dari kejauhan dah nampak masjid. Supir kata ada kedai makan masakan padang halal di sini. Solat dulu..
Lepas solat..makan tak toleh kiri kanan. Di sulam dengan teh botol sejuk. Kenyang untuk hari ini.
Lepas solat..makan tak toleh kiri kanan. Di sulam dengan teh botol sejuk. Kenyang untuk hari ini.
Hentian 5 - TANAH LOT
'Temple that build on huge rock beside on Indian Ocean and sea stunning sunset'. Sila terjemah sendiri.
Entrance RP30k + RP5k parking. Supir dapatkan harga RP35k untuk 3 org. Sunset oh sunset. Cuaca tak berapa indah. Tapi kami enjoy view laut dan langit yang luas.
Temple di tengah popular. Bole ke sana dengan jalan kaki kalau air surut.
Bersabar menunggu sunset. Ramai yang ternanti-nanti. Tapi ni je hasilnya. Syukur.
Sekitar sini terdapat kedai-kedai jualan. Ada duit boleh beli souviner.
Temple di tengah popular. Bole ke sana dengan jalan kaki kalau air surut.
Bersabar menunggu sunset. Ramai yang ternanti-nanti. Tapi ni je hasilnya. Syukur.
Sekitar sini terdapat kedai-kedai jualan. Ada duit boleh beli souviner.
Hentian 6 - KUTA
Penat sangat dah tak sabar nak rehatkan diri atas tilam. Mencari budget hotel. The rest of the day di Bali kami stay di sini ~ Bunut Garden RP300k/night with breakfast. Tak berapa jauh dari jalan besar tapi mendamaikan. Berbaloi.
Dan berakhirnya perjalanan yang jauh dan pajang bersama supir kami. Esok kami akan cuba cari info lain untuk destinasi lain yang mungkin lagi jimat.
Dan berakhirnya perjalanan yang jauh dan pajang bersama supir kami. Esok kami akan cuba cari info lain untuk destinasi lain yang mungkin lagi jimat.
No comments:
Post a Comment