Destinasi ku kali nie...kenduri kawin
Bln March nie byk betul jemputan kawin. Tiap2 mggu ada je. Elok lah kan tuntutan agama. Mendirikan tiang agama. Pd kengkawan yg mendirikan rumah tangga aku doakan kebahagian kalian hingga ke akhir hayat. Jadilah pasangan suami isteri yang saling hormat menghormati, sayang menyayangi dan bakal ibu & ayah yg cemerlang, gemilang & terbilang.
”Ya Allah Ya Tuhan Kami. Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberikan mereka berdua serta menghimpunkan mereka berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin”
7 Mac – Jayafuddin & Abreeza (Dewan Centrum, Taman Setiawangsa)
Wedding reception kat Setiawangsa, hujan plak time aku reach wangsa maju. Bila dh tersalah pilih lorong end up sesat lah kan. Pd hal aku tahu kat mana location dewan tu. Malam dan hujan penglihatan terjejas. Cewah cover line.
Majlis yang meriah dan menarik. Semuanya berjalan lancar. I like.. Konsep pengantin biru air laut. Ada persembahan tarian tu yang buat org tk bosan. Kelas gitu.
*tkde picture tk sempat amik sibuk mkn*
8 Mac – Nina Elysa & Mohd Salman (Taman Sri Batu Caves)
This wedding aku lah pengapitnya. Sebagai menghormati permintaan sahabat. Hermm masuk nie dh 2x aku jadi pengapit. Sabahat lama yang dah lama tk ku jumpa. Tup tup dapat sms jemputan kawin. Kawan...kawan...akhirnya ko yg dulu dr aku ye. Masin mulut aku hehehe..Konsep merah jambu. Sweet. Sesampai je umah pengantin semua dh siap sedia. Menunggu pihak lelaki masa berlalu kul 2 baru sampai. Peluh ketiak beb. Maka bermulah tugas aku sbg pengapit professional. Selamat majlis aku mintak diri. Maaf kawan aku tk dpt lama coz nk fetch my sister. Moga kita jumpa lagi.
15 Mac- Mohd Endry (Go) & Faradila (Seri Kembangan)
Wedding nie confirm kena datang if not kena pancung dgn kawan baik aku. Kawan yg aku kenal since form 5. Timbul tenggelam lah sorang ni. Akhirnya tamat jua zmn bujang ko ye. Setiap tahun mencari pasangan hidup yg bersesuaian akhirnya jodoh ko tk jauh dr pintu rumah. Kelakar la lu beb. Itu lah berkat kesabaran bro. Aku dh kata jodoh yg baik2 ko akan dapat juz be patient.
Agak lewat aku sampai. Pengantin dh selesai mkn beradab. Tgh posing atas pelamin. Aku layan diri isi perut with my sister & anak2 buah. Konsep maroon + grey. Nice wedding dress. Wah cam pahlawan melayu terakhir lah bro. Control macho sgt lah lu beb. Hehehe. Lps kawin jg lupa aku le..Maklum org dh kawin nie ilang ingatan pd kengkawan.
21 Mac – Noor Sarawati & Mohd Hafizad (Kangar, Perlis)
This time travel jauh skit. Byk kenangan & rintangan aku tempuh sepanjang perjalanan ke sini. Actually both are my ofismate. Masa kenduri sebelah perempuan di Jerteh tk dpt dtg coz clash dgn wedding nina. Jd kenalah dtg ke Perlis.
Aku naik bas ke sana. Bas 20 Mac 11 pm. Lepas keje tumpang rumah kwn utk bersihkan diri dan relax2 before ke hentian duta. Di sebabkan terlalu fikir psl bas double decker yg aku nk naik, aku terlupa nk bwk seluar jeans. End up terpaksa ler pakai baju kurung keje ptg td. Uh tk selesa. Rasa pelik tgh mlm berkurung lagi. Hehehe. Sopan lah plak kan. Tapau KFC for dinner. Bila dh naik bas teringat plak kamera tinggal dlm beg keje. Frust. Benggang betul. Mcm tk bg je aku pegi. Seat dlm bas dekat tempat simpan beg. Tk dpt aku luruskan kaki yg panjang nie. Seksa. Lengguh kaki. Tanggung sendiri.
Bas berhenti kat Sg Perak selama ½ jam. Pkl 5.30 smp kat Kuala Perlis. Akhirnya tepat jam 6am aku smp Kangar. Alhamdulillah. Trimas pd both driver sbb memandu dgn berhati2. Amik cab trus ke Putra Palace Hotel. Subuh2 nie cab charge RM8. Tumpang bilik hotel kwn yg bertugas di utara. Lena lps subuh. Sedar kul 10am. Bangun for breakfast. B4 gi wedding tu sempat lah jengah kat Pdg Besar. Aku mmg suka beli jeans utk anak buah aku kat satu kedai nie Jazz Collection Enterprise kualiti jeans mmg ok.
Sampai tempat kenduri lewat skit. Bedal laksa utara..herm bestnya. Kul 4pm gerak balik KL mmg memenatkan but hepi dpt attend wedding kengkawan.
So for you both akak doakan semoga korang maintain as pengantin sempoi ye...and also jgn lupa maintain kan badan tu.
No comments:
Post a Comment