Mabul Island : Layan Laut Biru II

Tak sabar untuk aktiviti hari kedua. Wake up call. Hari ni semua kena cepat. 3 tempat nak cover.

Seawal pagi lepas breakfast...acara senam robik. Bersungguh instructor guide kami. Tudia peluh jejeh jugak la. Perlu extra energy sebab nak hiking bukit.

Wajah-wajah ceria sebelum di lambung ombak dan mabuk laut. Dua bot guna untuk trip ni.



Jom rock 'n roll. Dah tak sabar ni...


Korang kalau tgk air laut camni...apa perasaan?


1st destination - Bohey Dulang Island. Walau 600M je ketinggian agak mencanak dan mencabar juga bukit ni. Demi great view gigihkan semua. Tak sia-sia bila terhidang depan mata ciptaanNya Subhanallah. My fav. Tempat ni adalah wajib datang.




Penuh puncak bukit dengan group ni je...Korang ni mmg meriah.


Ini lah dia penganjur trip dan owner PERCUTIAN JIMAT SAYA. Sila search di FB kalau berminat nak join mana-mana trip jimat dalam dan luar negara. Abam sporting.


2nd destination - Maiga Island untuk Misi Kemanusian. At least kita share our happiness with them. They said this is gipsie's village. Mereka terbuang tanpa pengenalan diri. Tak di terima negara Malaysia dan juga negara asal mereka. Daif sangat daif. Ala mula la nak bergenang air mata ni..


At least something kami bawak untuk mereka. Mmg ini mereka nantikan dari setiap pengunjung. Tq penganjur sebab selitkan projek mcm ni. Dapatlah kami berbakti walau sedikit dengan insan lain.




Ok alhamdulillah...Misi berjaya. Tahniah semua.


Maiga Island memberi kami pelajaran dari kehidupan meraka.


3rd destination - Sibulan Island. Have fun with the clear water, snorkeling. Sebelum dapat mandi perlu register nama. Ada askar yang bertugas jaga pulau ni.

Air yang jernih ni buat aku lupa diri seketika. Pedulik la kulit itam. Kalau takutkan itam jangan dtg pulau. Mandi puas2. 




Terima kasih Mabul for this lovely colour.


Selesai semua aktiviti. Perut berbunyi minta di isi. Kenapalah jauh betul perjalanan balik ni. Angin dh masuk perut. Rupanya sebab air cetek boat terpaksa pusing jauh..sangat jauh.

Balik resort free and easy. Group aku beli ketam 5 ekor dengan harga RM20. Murah bangat. Then bayar upah masak RM20. Berbaloi makan. Lepas seharian penat di lautan.

Sebelum tido kira bintang di langit. Lepak di anjung depan resort. Damai....

Mabul Island : Layan Laut Biru

Wake up !

Breakfast dulu di kedai mamak. Then ke pasar untuk beli ikan. Tujuan untuk  menu dinner di island. Alamak terkejut tengok keadaan pasar. Macam lepas kena Tsunami. Rupanya Majlis Perbandaran roboh pasar untuk buat baru. Tapi aduhaiii kotor di tinggalkan begitu je.


Beli ikan dari nelayan yang parking boat di jeti Itu urusan penganjur untuk pilih ikan. Kami tolong angkat je.


Selesai semua, berkumpul di jeti untuk naik boat ke Island. Tapi acara wajib...photo group. Ramaikan. Happening and pening. Tapi semua mmg sporting. Meriah.


Banyak juga barang penganjur nak bawak ke pulau.


Lambungan ombak, laut terbentang luas...rindu betul bau air laut. Satu jam dari Semporna ke Mabul Island. Alhamdulillah selamat semuanya. Check in di Sea Horse Resort.


Welcome to our room...

Sementara tunggu untuk 1st aktiviti hari ni..Scan pemandangan laut dulu. Hari ni aktiviti adalah snorkeling. Tak jauh pun dari resort. Air cetek dan tak banyak ikan. 



Balik resort lepak kat pelantar...Kejap je datang la kanak2 minta duit, orang jual hasil laut. Demi kehidupan...



Balik resort rest...Petang aktiviti free and easy. Sepatutnya melawat ke sekolah di kampung belakang resort. Tapi sekolah tu dah di tutup. So kami round sekitar kampung. Lihat aktiviti harian penduduk sini. Daif juga.




Menapak sampai kaki dah letih. Singgah minum air kelapa. Basahkan tekak. Dapatlah penduduk sini jana ekonomi. Pelancong ramai datang.


Last sebelum siang melabuhkan tirai....sunset



Datang lagi yang meminta


Aktiviti malam. Dinner & ice breaking. Sesi berkenalan bertukar hadiah. Ok la boleh tambah kawan kaki travel. Bertukar cerita dan pengalaman.


Done for today. Masuk tido. Krohh! Krooh!

Mabul Island : Layan Laut Biru SEMPORNA

Dah lama teringin nak ke sini. Rezki. Dapat juga.

Pakej PERCUTIAN JIMAT SAYA. Tk perlu pening. Ikut je tour. Harga pakej dalam RM550. Flite tiket beli sendiri. Basically ni jadual 3 hari. Ramai juga ahli rombongan.


Dari Tawau Airport ke Semporna lebih kurang 45 min. Jalan liku simpang siur. Driver bawak macam kat litar lumba F1. Kecut perut. Sesampai di Semporna terus check in di Dragoon Inn. Floating resort. Nice interior, nice scenery, nice resort. Overnight sini dulu, esok baru ke Destinasi sebenar.




Lepas rehat qada tido ala kadar, jalan kaki melawat sekitar semporna ni. Ke kedai untuk beli skit jajan, bekalan ke pulau dan juga untuk sedekah pada penduduk di sana. Layan pemandangan kampung.



Lepas maghrib, jalan-jalan cari tempat makan. Nak belasah seafood malam ni. Tidak mengecewakan. Cuma service lambat. Sambil tunggu makanan sambil layan sunset.


Main dish dinner adalah sotong goreng tepung.


Balik resort..rehat and tido.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...