Menghayati kesan Tsunami. Tak pernah pula terlintas untuk ke
Acheh. Ikut rombongan Ustaz dan di bantu oleh 2 orang ustaz dari sebuah madrasah di Acheh. Trip ini dedikasi untuk Bonda. Harga pakej RM1350 all in. Telah ku jangkakan rombongan orang-orang pencen. Tapi sangat sporting pakcik dan makcik ni.
Hari pertama di Acheh, dari
Airport terus ke Restoran untuk sarapan tapi singgah di KUBURAN
MASSAL SIRON bersemadinya 46.718 korban jiwa Tsunami. Sedekahkan fatihah buat
mereka.
Sarapan pagi di taja oleh Restoran Ring Road Coffee. Sedap
juga menu sarapan pagi ni..
Check in hotel dan rehat sebentar. Besar juga biliknya untuk 3 org. Hotel kategori 3 stars. Tak kisah brapa star pun asalkan lena tidur itu penting.
Selesai urusan check in, rombongan ke Muzium Acheh. Belajar skit tentang budaya dan adat resam Acheh. Lebih kurang budaya Melayu.
Solat Zohor di Masjid Baiturrahman satu-satunya masjid yang terselamat di bandar Acheh selepas Tsunami. Ambil iktibar atas kejadian. Cantik senibina. Putih berseri.
Ke Muzium Tsunami tidak jauh dari masjid. Muzium di bina sempena memperingati peristiwa Tsunami. Besar juga. Menonton video tayangan tsunami. Tiada apa sangat di sini mungkin sebab baru dibina. Yang menarik laluan masuk dinding air seolah2 merasai kejadian tsunami. Bentuk muzium ni berupa sebuah kapal. Nama-nama mangsa korban terpahat dinding.
Lunch kami di taja oleh Warung Hasan. Ayam kampung goreng, panas-panas, sedap sangat dan lembut. Lauk-pauk memang kena dengan tekak kami. Lauk kampung. Terbaik!
Untuk solat Asar kami ke Masjid Rahmahtullah agak jauh sedikit dari bandar. Di sini pun ada cerita Tsunami. Seronok tengok waktu petang kanak-kanak di sini mula berkumpul untuk belajar ngaji. Subhanallah…bantu kami untuk sentiasa ingat padaMu.

Akhir sekali aktiviti hari pertama sebelum masuk waktu
Maghrib, kami lepak di tepi pantai Ulee Lheuh (sebutan Ulele). Sambil makan local food dan tunggu sunset. Kenyang makan bakso goreng, semua celup tepung dan goreng. Sambil tu dengar kisah hidup ustaz. Layan…
Malam menjelma, solat Maghrib di Masjid Baiturrahim tak jauh dari tempat kami melepak tadi. Masjid tepi laut tapi tetap selamat dan menyelamatkan beberapa orang penduduk di situ. Maha kuasa Allah.
Malam menjelma, solat Maghrib di Masjid Baiturrahim tak jauh dari tempat kami melepak tadi. Masjid tepi laut tapi tetap selamat dan menyelamatkan beberapa orang penduduk di situ. Maha kuasa Allah.
Sebelum balik hotel makan malam di restoran sebelah restoran pagi tadi. Makan ayam goreng kampung. Masih kenyang. Makan petang tadi masih berbaki dalam perut belum habis
hadam.
Kebanyakkan waktu kami tunaikan solat di masjid-masjid yang
selamat dari arus Tsunami. Mendengar cerita dari penduduk setempat. Pengalaman
mereka. Menyentuh hati.
Rest. Jadual pack. Puas hati