Destinasiku Selangor : Jom tgk lampu

Pojek sabtu lepas ptt nya ke Muzium Negara utk tgk pameran setem tp masa yg suntuk alih2 pusing stering ke s.alam.
Bwk mak jalan2 kadang2 buntu, nk kemana? ntah..tkde idea. Ikutkan mak ku ni mmg kaki jalan, tp kaki dia dh tua tk mampu nk jalan2..di gagahkan jgk. mak..mak...geleng kepala je la anakmu ni. tkpe asalkan mak hepi, anak mu ni hepi2 je..

Akhirnya...ke I-city. Apalah ada kat sana ye? tgk gmbr dlm fb kengkawan mcm menarik je tempat ni. Tp bila diri sendiri yg pegi..ceh mcm hampeh je tempat ni. Mungkin menarik kalu di urus selia dgn baik.

Masuk je kena bayar RM10 per car. Bebel je mulut ku rasa tk puas hati. Dah la byk lampu yg malap..

Jadi malam tu berjalan-jalan sekadar utk lihat lampu neon. Rasa mcm membazir je buat semua ni. Bazir tenaga elektrik, bazir duit rkyat, bazir masa aku jgk eheeee

Boringnya....cuma little Asyraf je seronok tgk cahaya2.

~Menarik la jugak~
~Sekadar lampu~
~ Kawasan yg tk memuaskan~
~Malap~
~ Lampu yg dh mula malap~

~Little asyraf yg terpegun tgk lampu~

Lokasi I-City kat seksyen 7, Shah Alam. Cari la pintu masuk UiTM dekat area2 situ. Ada je signboard tk perlu pakai GPS nak cari eheee

Destinasiku Makan : Reunion di Armada Hotel

Many thanks to all my friends yg masih sokong REUNION. Really appreciate that.

Walau tk ramai yg join as we expect, tp ttp meriah seperti biasa. Konsep sama spt 2009-Buffet Lunch, masih ada kelainan.

Harapanku this year kita bg yg Bang Bang Boom!! InsyAllah

7 perkara tentang reunion ini

1) tempat kejadian, Armada Hotel PJ




2) muka2 baru



3) makanan sedap, bayar berbaloi




4) aksi2 mencuitkan



5) penuh dgn kejutan..suprise!!!


~hadiah plg best!. award winning~

5) sentiasa ceria

6) jawatan bendahari masih di pegang oleh Puan Khairani



7) 7th reunion, 7th December 2010

~Gambar kenangan yg klasik~

Sehingga berjumpa lagi pd reunion akan dtg.

Destinasiku Makan : Makan sedap?

Diam tak diam, mau tak mau dh "mastautin' di JB selama 7 bulan.

Hidup seorang perantau amat perit. Perit jiwa & raga. Empty life. Agak2 cukup tk ayat2 tu nk tunjukkan penyeksaan jiwa ku. Bukan la nk ngada2 tp my life tertinggal kat KL slalu lupa nk angkut sekali ke JB. Warghhh!!!

Org kata merantau ni byk bole blaja erti kehidupan. Lar..ye ke. Kat KL pun aku mengerti ttg kehidupan. Tak payah merantau jauh2. heheee

Ok cukup la 2 perenggan luahan perasaan. apa la kena mengena perasaan itu dgn entry kali ni. TAKDE kaitan langsung.

Seorang sahabat penah berkata "2 thn aku keje kat Johor, satu je aku suka ttg Johor, makan sedap beb" Lar..ye ke. nape aku tk tahu?? Sebab aku slalu masak sendiri. Tak kira la telur goreng pun aku msk sendiri.

Maka, 2011 aku mulakan expedisi aku mencari makanan yg sedap2 tu. Kerja sebagai 'despatch belacan' bole la rantau2 cari makanan sedap tu. Tak sedap siap ko sahabat ku..
Hasilnya...di Pontian.
Kabarnya ada gerai Asam Pedas marbeles. Kecur liur aku bila sebut asam pedas. Termenung kejap kenangkan asam pedas mak & along ku. Malangnya sahabtku tu tak ingat langsung nama gerai yg nk suh aku cr. Hampeh kan.
Aku usaha jugak, asalkan asam pedas. Jumpa satu gerai.
ASAM PEDAS MADU TIGA?ooo ownernya kawin 3, isteri2 dia la yg run the business. Amboi pakcik mesti pikat isteri2 tu dgn asam pedas kan? Tak kisahlah asalkan jgn pakcik tu 'tertarik' dgn aku, jadi madu ke-4. Hah naya ko..
Cerita psl gerai ni penah masuk dlm majalah Harmoni. Ok la kan not bad. Ramai yg dtg makan. Pelbagai bangsa. Gerai sederhana bawh rimbunan pokok. Nyaman. Letaknya di Pekan Nenas, Jalan Industri 14. Dekat dgn Kilang KLS Marketing. Ada contact no. 014-6114019. Mana ler tahu ada somi2 isteri ngandung ngidam nk mkn bole la calling2 dulu.
Jom2 layan asam pedas. Pilih ikan dulu, baru la dorang masak asam pedas. Ok kak tlg kira. RM15.00 WHAT?????????????tk penah aku mkn asam pedas semahal ni.
~Bila tk berjaya mencari kedai asam pedas kat pekan Pontian, amik angin jap tepi laut~
~Set lunch ku asam pedas ikan merah+ Kangkung grg + teh o limau suam~
Kisah menu ni pulak, aku dpt tahu dr seorang client. Dia cuba terangkan menu ni sambil lukis gambar di papan putih. O ssh nya dia nk bg bayangan pada ku. Lawak la tuan! Tp aku tk amik port sgt sbb terus lupa psl menu ni.
Tp baru2 ni bila tgk rancangan Jalan2 Cari Makan dgn hosnya yg setia buat aku terliur, aku nekad nk cari gerai KACANG POOL. Hajatku di luahkan pada hsemate. Dan....
Mmg sedap. Tp mkn sekali je. Bole muak mkn byk2. Puas hati dpt penuh kan nafsu makanku. Kacang Pool Haji ni mmg femes. Carilah Balai Bomba Larkin gerai tu dekat situ. Menunya kuah kacang pool (yg bhn2 nya kacang kuda, kacang peas, daging & serbuk rempah), roti dan telur mata. Layan..
Gmbr tkde lupa nk amik, sebab time tu tgh kebulur yg amat.
Selamat makan. sebelum makan jgn lupa doa makan. Lepas mkn jgn lupa jilat jari (sunah nabi).
Sape2 yg ada idea tempat makan best tlg igtkan aku...

Destinasku Vietnam : Perang di Chu Chi Tunnel

Day 3 - Dah masuk hari terakhir. Sooner or later we're leaving this country. Flite kami 9pm so kami ada masa utk penuhkan ruang2 masa yg tinggal.

Di mana kami?

*Chu Chi Tunnel*


Chu Chi Tunnel tempat yg mesti pergi kalu ke Vietnam. Hnya tempat tinggalan sejarah. Terowong bwh tanah yang di bina pada zaman perang antara Vietcong dengan America. Dalam tunnel ni ada hospital, penempatan dan macam2 lah. Tak tahu ler nk gmbrkan. Wait till we're there...

1 jam perjalanan dr town. Entry fees 80,000 dong. Kami tk guna khidmat travel agent. Redah je. Nasib kat sana ada guide. Mudah lah bg kami if not, tk tahu what to do & where to go. Kawasan luas...Bg lah tips pd guide tu. Best. Coz he can speak english well & his explanation very clear & understood.

Luasnya

Dengar taklimat dan tonton video

Tour guide bekas tentera

Lubang keluar tunner. Size badan Asia

Tadaa...ngam-ngam size diri

Self weapon area...sebahagiannya

Antara bahan letupan

Jom tour tunnel

Baru 5 min dah rasa sesak nafas. Gelap dan sempit

Selipar perang di buat dari getah tayar


Hidangan ubi kayu dan teh o hilangkan penat


*General Post Office, Notre Dame dan Independent Palace*

Balik dr Chu Chi mntk taxi driver utk singgah sebentar di Old Sai Gon Post Office and Notre Dame Cathedral. 2 building ni dibina oleh French colonial pd thn 1883 (cewah ada fakta sejarah lagi). Dr dlm taxi aku sempat la snap Independent Palace. Jadilah kan sebab sume bangunan yg ada dlm list travel agent aku dh jmpa. Cuma kami tk amik gmbr bgn Notre Dame sbb tu adalah gereja. Dh snap sana sini. Balik hotel. Hotel seblah Ben Tanh je so repeat shopping lagi mana yg tk cukup ler...Singgah sebentar di semua tempat ni. Berdekatan dalam kawasan yang sama.

General Post Office

Independent Palace

*Ben Tanh Market*

Borong lagi souviner yang tak cukup2. Penangan terakhir sebelum balik Malaysia. Sempat rest 2 jam di hotel before off to Airport.

Conclusionnya sgt puas hati dgn trip kali ni sbb fully utilise masa yg ada. 3 hari 2 mlm apa je yg bole di buat kan. Sedikit tips utk di kongsi.

Trasport - Pastikan guna taxi hijau kalu ke mana2. Rate dr Airport ke town center dlm VND70,000 or USD5-8. Setiap kali masuk taxi make sure meter mula pada 0.00. Dlm town rate first 2km = VND12000-15000.


Hotel - Banyak, jgn susah hati, tapi better book dulu sebelum pergi. Tp kami kan 'Geng Redah' eheee. Hotel sini below 4 star tk pakai credit card/deposit, tapi kena surrender passport sampai check out. Hotel yg kami stay Lucky hotel jauh skit dr Ben Thanh. 2nd nite stay kat Song Anh hotel (new concept hotel) not bad seblah market je (view website http://www.songanhhotel.com/). Rate pun murah jgk.


Food - Restoran halal ada tp pricely la skit. cuba cari Satay House (35, Mac Dinh Chi), Bon Mua (Four Seasons- 2, Thi Sach Street). Bombay (depan Sheraton Saigon~Don Du Street).

Shooping - Selain Ben Thanh, ada Russian Market (Thoung Xa Tach atau Satra). Kedai2 sepanjang Le Loi Street dgn Dong Khoi Street (mahal skit). Tp kebanyakkan malaysian suka ke Ben Thanh. Dtg sini je sume ada. Tapi yg dtg ke Vietnam matlamat shopping pegi la survey kat sume tempat shooping ni.

Tempat melawat - Dlm Ho Chi Minh ada Museum Ho Chi Minh, Opera House, War Museum (Le Van Sy Street) & China Town (District 5). Luar Ho Chi Minh bole ke Chu Chi Tunnel (1/2 day tour) or Mekong Delta (1 day tour).

Reminder - a) Please be streetwise, jaga barangan beg, kamera, handphone dan kalau streetvendor/beggars persistently nak kacau, just ignore and walk away.
b) Hati2 lintas jalan sebab banyak motor. Lintas slow2, jgn lari. Stop tengah2 pun takpe sebab motor kat sini slow je and go around you.
c) Nak tukar duit, pegi ke Money changer dlm kedai emas. Pd pendapat aku guna VND lagi murah berbanding USD. Tp ada setengah pendapat kata USD lagi byk boleh beli. So kena la pandai buat kira2 sendiri. USD tk memeningkan kepada, VND nilai besau2.
d) Hati2 juga masa tawar menawar, ada penjual yg garang. Kami dah terkena, promoter perempuan. Baru tnya harga T Shirt. Then kami kata ok just to know the price. Trus dia marah & argue with us. Cis...Tp ada yg sgt friendly, siap bole ckp melayu lagi.


Tu je la skit info yg dpt bg, selebihnya alami lah sendiri. Lain org lain pengalamannya. Special thanks to my buddy for this fun holiday...

Next destination kita pergi lagi ye...

Bye Vietnam

Destinasiku Vietnam : Trip to Mekong Delta

Day 2 - Kami pilih utk ke Mekong. Trip seharian. Perjalanan pergi & balik 6 jam. Campur aktiviti nak buat di sana nanti. Tak tahu best or tak kami belasah je. Sebab tempat ni antara yang disebut2 untuk jejak jika ke Vietnam. Tk kisah yang penting experience tu yg sukar di beli.

Pagi bertolak agak lewat sebab kena tunggu tourist lain. Bosan betul. Buang masa. Perjalanan kami dihidangkan dgn persekitaran yang adakala sejuk mata memandang, adakalanya buat kita bersyukur lahir di Malaysia..


Sampai di jeti, naik bot menyusur sungai Mekong.


~Cara peniaga market 'produk' jualan,
'produk' di lekatkan pd btg buloh utk di pamer~

1st place yg kami pergi adalah tempat proses makanan yg hasilnya dari beras & kelapa. Beras pun bole buat tuak. Selesai tgk tradisi proses makanan, kami ke tempat madu lebah.

~Proses paket gula2~

Sejukkan tekak dgn air teh + madu + limau. Manyak syiok. Padahal kat M'sia ada je..


Kemudian kami di pindahkan naik sampan ke satu village untuk lunch. Dapatlah merasa mcm mana hidup org di sini. Lunch kami sgt menarik. Buah2 tempatan (Rambutan, pisang & longan) Sbb non halal food provide. Oink2 main menu. Yark!Sorry. Tahankan perut yg lapar tu.

~Beli bj ujan, elok lps pakai je ujan berhenti~

Akhirnya selesai makan, masa utk tinggalkan Mekong. Dr Village ke jeti kami berbasikal. Bestnya dpt kayuh basikal. Lama dh tak naik basikal. Nasib baik tahu lagi camne nak kayuh ahahaaa...Town girl sgt la konon. Hari2 tekan pedal minyak kete. Igtkan Msia je ada tol rupanya projek Samy Vellu smp ke Vietnam.


Walau penat, harga sebuah pengalaman tu lagi beerti bg kami.

Foto2 menarik ni mengambarkan segalanya...


Berakhir jua perjalanan yg jauh ni..blk hotel sume tumbang. Hahaa


Nota kaki : Foto menarik ihsan dr Mr Geo. Credit to him.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...